NUFFNANG

Jumaat, 27 April 2012

Bye2 Kitty,Bye2 Snow.....

Assalamualaikum.........

Dah dekat seminggu nie Kitty ngan Snow dah x bersama kita.
Rindu juga dgn dua2 ekor kucing tu.
Sebenarnya blk kpg minggu lepas husband dah htr(bg ganti 
perkataan jual) ke kedai yg selalu kita beli makanan,
pasir dan ubat-ubatanya.
Memang rasa berat hati jugak nak jual kitty ngan anaknya Snow
tp hubby x nak nanti baka dia akan terus bercampur dgn kucing2
kpg. Tauke kedai tu pun nak ambik sebab nak jadikan kitty nie
baka,jadi harap di sana tu kitty dan anaknya akan 
berjumpa byk kwn2 bermacam rupa....

Aku x ucap bye2 pun waktu kitty ngan snow nak pegi hari tu sbb
time tu aku tido lps dah cabut gigi gerahamku yg aku cite hari tu,
sbb takut sakit cabut kat klinik kerajaan jadi aku decide
cabut kat klinik luar je....Gigi geraham aku tu ada berlubang belah 
tepi antara dua gigi,doktor ckp sbb gusi dah kecut(dah tua sgt
bila dgr word kecut) tu yg boleh berlubang macam tu
dan lg sbb aku syg gigi yg sebelah tu,sbb tu aku
decide cabut jelah gigi ni x pyh nak tampal2......

Bila aku pegi cuci baju dan tgk kandang kitty dan snow 
(berdekatan situ) kosong sayu je hatiku,sbb biasanya 
mesti dua2 nie berlumba2 panjatlah
sambil menghulur tgn ke luar,huhuhu
Main2 dgn dua ekor nie boleh release kepenatan kerja seharian.
Bila aku ckp ngan hubby rindu pd Kitty dan Snow dia ckp
kat pusat tu seronok sbb jumpa kwn2 ramai terutamanya
kitty mesti byk kucing jantan nak kat dia(jahatnya mulut).

Sekarang nie kat rumah ada Tom sekor je,tu pun x lekat
kat rumah maklumlah jantan katakan,
Main2 ngan Tom ajelah utk melepaskan kerinduan pd Kitty dan 
Snow. Tpkan nampak si Tom juga 
macam x hepi je bila ke blkg
tgk kandang kosong xde Kitty dan Snow.....


Gambar ambik sehari sblm Kitty dan Snow di sini....


Si Snow bukan susah nak ambik gambar mcm tahu je kita nak berpisah.


Kakak main ngan Snow buat kali terakhir.

Khamis, 26 April 2012

Senyumlah......

Assalamualaikum.....

Hari nie maaflah kawan2 x sempat nak pergi menjenguk
rumah kawan2 semua,biasalah bz hujung bulan.....
Kerja perlu diutamakan dulu.
w/bagaimanapun kita tetap senyum
walaupun apa situasi atau sebz mana pun.

Senyum itu juga satu sedekah

Hadith:
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya"Rasulullah SAW bersabda "Tiap-tiap
perkara yang makruf menjadi sedekah.Antara perkara yang makruf itu
ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu 
(sesama anak Adam)biarlah dengan muka yang manis dan(kalau
ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke
dalam bekas air yang bibawanya"
(Ahmad)


Rabu, 25 April 2012

Bila pulak aku dpt COLA nie?

Assalamualaikum....


Tentu hari hari2 yg ditunggu oleh semua
penjawat awamkan.

Dapat tunggakan setelah SSM ditambahbaikan.

Aku kalaulah pihak bhgn admin x salah buat dptlah
extra RM300 bagi elaun COLA.

Tp jgn nak mimpi di siang atau pagi2 nie memang
xakan dikasi punya.

Sepatutnya aku memang x layak pun dpt elaun
COLA tsbt sebab aku pemegang IC tghnya
13 memang dah dapat elaun wilayah.

Jadi hari nie dpt RM300 tu pulanglah blk
pd bhgn admin,admin ada tanya nak bayar camne
ansur2 ke sekaligus,aku malas nak pegang duit yg
memang bukan hak aku, ckplah nak byr sekali
semua.....Kadang2 ada juga dlm kes lain terlebih
masuk  elaun ke atau tersalah kira klu tahu tu jgnlah x inform
pd admin klu diorg trace nanti byrlah blk w/bagaimana cara sekalipun.
Tp yg kasihan dan selalu berlaku sesiapa yg buat housing loan
tp blm ada potongan dlm slip gaji klu dah tertunggak 2 3 bulan
kena byr tu semua ya,bayangkan sebulan potong berapa
dan klu kena byr  2 bulan ke 3 bulan,.......
Setakat nie saja membebel pagi nie......
dan

Syukurlah apa yg kita dah ada.
Alhamdulillah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...