NUFFNANG

Isnin, 18 September 2017

Apam Balik


~ Assalammualaikum ~

Hari tu,kan kak nurul ada ckp dah berjaya cube buat apam balik.
Nak makan apam balik yg dibuat sendiri nie memanggil2 je nak suruh
buat,jd bila hujung minggu tu x blk kpg kak nurul trylah buat.
rupenya mudah je nak buat apam nie....

kak nurul kongsi resepinya di sini di samping nak buat rujukan diri sendiri
nanti bila nak buat lagi.Resepinya pun kak nurul cr dlm internet.
so halallah ya...........



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah.Lipat dan angkat apam balik.










Selasa, 29 Ogos 2017

Alahai my blog



~ Assalammualaikum ~

Ada x sapa2 blh tolong,kenapa blog kak nurul jadi camni...
background dia klr benda nie....
dulu2 bolehlah edit blog sendiri,skrg dah tukar dia punya sistem
jd malas nak gode2 mcm dulu2...
lagipun masa pun xde....

tolong2..........hahahaha....



Sabtu, 26 Ogos 2017

Petua simpan cili tahan lama


~ Assalammualaikum ~

 Masak ape di hjg minggu begini? Hari minggu nielah masa yg pjg buat ibu2 yg bekerja tu dpt masak pelbagai masakan utk family tersayangkan!

Hari ni kak nurul sempat buat apam balik utk ank2...wlpn apam blk tu simple je dan senang nampaknya nak buat,tp bg kak nurul nak buatnya pun ambik masa,๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ
Actually lama dah nak buat tp asyik tunda2 je ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Oklah, actually hr ni just nak share petua je pun,๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚,jgn mare yea...resepi apam blk lain entry....ni petua nak simpan cili je supaya thn lame,petua ni dpt dlm fb,rasanya semua kwn2 pun dah tahukan...
Kak nurul baru nak cube...betul x cili ni thn lama...
Lg satu sblm ltk cili tu,lapik dulu dgn tisu,tangkai cili tu buangkan dan letak sebutir bwg putih yg dah dikopek dan tutupkan bekasnya dan simpan dlm peti ais...

SELAMAT MENCUBA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...