NUFFNANG

Rabu, 5 November 2014

Chocolate Lasagna


~ Assalammualaikum ~ 

Hari nie kak nurul nak share buat chocolate lasagna,hari minggu lps kak nurul dah cuba buat tau....
Ingatkan  chocolate lasagna nie buat pki kulit lasagna tu,..tu yg kak nurul fikir bila dgr namanya lasagna
Tapi xde guna langsung pun klu buat chocolate lasagna nie.
Resepinya kak nurul ambik dr blog ana,...blog yg byk resepi tu....minta halalkan ya ana.





Ok,kita buat step by step yea!


Mula2 sediakan bahan2nya dulu.... Ada tiga step besar yg kena buat,sebab kan ada
3 jenis layer tu,layer pertama biskut oreo,layer kedua coconut chocolate dan ketiga cream cheese,
kwn2 nak buat berapa layer tu terpulang,tp nielah antara layer2nya.

Adunan 1 (sediakan basenya)(Step 1)

Bahan2
2 bungkus oreo ~ 28 keping oreo
5 sudu besar butter di cairkan


Biskut oreo dihancurkan bersama dgn krimnya,kemudian digaul bersama dgn butter yg
telah dicairkan.Masukkan dlm bekas,Biarkan dulu,slps tu kita masak adunan kedua,coconut chocolate.


Adunan 2 (step 2)

Bahan2 Chocolate Coconut Pudding :

1/4 cawan tepung jagung ( 50ml )
1/2 cawan gula kastor ( 80ml )
Secubit garam
1 1/2 cawan susu segar ( 300ml )
1 1/2 cawan santan kotak ( 300ml )
200 gram dark coklat
1 penutup penuh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko


Cara2nya
Kesemua bahan2 di atas masak kaedah double boil.
Masak sehingga pekat dan tidak berketul2
* klu tgk resepi yg lain diorang guna fresh milk,tp kak nurul derhaka sikit guna susu full cream
Dah masak tu sejukkan dulu.


Adunan 3 (step 3)

 Cream Cheese

Bahan2nya


250g cream cheese
2 sudu besar susu segar
100 gram gula aising
300ml non dairy whipping cream




Pukul cream cheese yg pd suhu bilik sehingga lembut,kemudian campurkan
2 sudu besar susu dan gula aising,putar sehingga sebati dan ketepikan.

Kemudian pukul putar non dairy whipping cream secara berasingan. kak nurul 
guna jenama Rich's sehingga bertanduk atau kental,x tumpah bila bekasnya diterbalikkan.
Slps tu barulah cream cheese tadi dicampur dgn  non dairy whipping cream,gaul
kedua2nya sehingga mesra.

Ok dah siap semua stepnya,barulah kita layer2kan chocolate lasagna kita nie.

Lapiskan cream cheese nie di base oreo tadi,kemudian lapiskan dgn coconut chocolate,
kemudian cream cheese lagi,dan atasnya bolehlah kita hias dgn apa2,cthnya coklat chip ke
atau buahan2,kak nurul gunakan coconut chocolate tadi yg ditinggalkan sedikit buat
hiasan,tp tgklah hiasannya jadi comot plk,huhuhu........
~selamat mencuba~


Abaikan hiasan atasnya itu.....layer coklatnya pun x berapa nampak........

Selasa, 4 November 2014

Karipap kentang ranggup


~ Assalammualaikum ~

Semalam angin rajin datang untuk membuat karipap kentang.Sebenarnya ini mungkin
kali kedua seumur hidup kak nurul buat karipap sendiri.First dulu masa duduk kat Sarawak lg.
Klu tolong2 buat tu adalah,tlg  arwah nek,.........arwah nek nie seorang yg rajin memasak.
Kak nurul buat karipap inti kentang dan kak nurul campur sikit dgn udang kering.
Ptg tu sblm blk kerja kak nurul ada copy resepi karipap nie
Minta halalkan ya..... masukkan dlm blog utk rujukan diri sendiri bila nak buat lg nanti.

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 
    1. 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
     2. 1 biji bawang besar ( potong dadu)
     3. 3 ulas bawang merah ( dikisar )
     4. 2 ulas bawang putih  ( dikisar) 
     5. segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
     6. 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
     7. 3 sudu besar serbuk kari
     8. 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
     9.  Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

1. 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
2. dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau      marjerin )
3. satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 

Cara buat kulit karipap
Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.

Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup

Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup
buat atas meja,tp meja tu saya dah lapik guna plastik putih....


sbb buat tgh mlm dah,jadi goreng sekejap je,pg esok goreng lg.
bekal bawa opis.

Terima kasih pd blog yg kak nurul ambik resepi nie.

Sabtu, 1 November 2014

Lan Berambeh

~Assalammualaikum~


Lan kita pg
Ke Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.Ada byk aturcara yg disediakan utk para pengunjung.Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak  ini sebenarnya acara tahunan dan bermula dr thn 2008 yg lepas.

Karnival nie dah start hr ni 31 Okt. hingga hari ahad nanti 2 November 2014.Karnival nie tlh dirasmikan oleh Tim.Ketua Menteri Negeri Sarawak,YB Tan Sri Alfred Jabu.Tujuan karnival diadakan ialah bagi memperkenalkan Sarawak,adat resam,makanan dan sebagainya di samping membuka peluang usahawan juga.Selain itu ada pelbagai pameran dan perkhidmatan disediakan.Pada mlm ini diisi dgn Malam Kerohanian "PERPADUAN&KELUARGA" dan mlm esoknya diadakan Majlis Makan Malam yg akan dihadiri Ketua Menteri Sarawak dan TYT Sarawak. Masih blm terlambat lg anak2 swk yg berada di Semenanjung utk join majlis ini dgn daftar online di FB lan berambeh anak Sarawak 2014. Kak nurul nampaknya kali nie x dpt lg pegi ke karnival tu.,huhuhu........,::)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...