NUFFNANG

Rabu, 13 November 2013

Kek Coklat Moist untuk kakak


~ Assalammualaikum ~

Inilah kek yg kak Nurul usha pd mlm tadi,mula dekat kul 12 siap dekat nak
kul 2 pagi dekonya.Dalamnya kek coklat moist dan kak Nurul gunakan
fresh cream.Piping bag, huruf a,b,c cerap tu dan fondant pink yg dibeli sblm ini
semuanya tertinggal kat kpg,jadi gunalah apa yg ada.
So jgn ketawa ya tgk hasilnya itu......
Kek ini kak Nurul buat utk kakak bawa sklh sbb katanya ada jamuan
perpisahan hari ini.
Malam nie dan esok nak buat utk si Najmi dan Izzat plk yg ada jamuan
perpisahan di kelasnya hari khamis dan jumaat.
Ok.......tada.



Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah




~ Assalamualaikum ~


Dikesempatan ini kak Nurul ingin ucapkan slmt menyambut Maal Hijrah
buat semua kwn2.Semoga kedtgan Maal Hijrah thn nie akan lebih
bermakna buat kita semua dgn amalan kita akan diterima  dan 
dosa diampuni oleh-NYA.

sumber gambar:http://www.klgreetings.com


sumber:Google


sumber:Google

Doa Awal Tahun. Dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Jumaat, 1 November 2013

Tadika Izzyan tahun depan.






~ Assalamualaikum ~


Salam jumaat buat kwn2 semua.Hari nie dah 1 November 2013,dah nak 
habis yea thn nie.

Perancangan utk thn depan ada stgh org dah buatkan!
Macam kak Nurul utk thn depan dah register utk kemasukkan Izzyan
di tadika yg sama.Yurannya plk dah naik lagi kepada RM350.
Untuk semua pendaftaran hampir jgk 1k tu.

Untuk thn depan dah malas rasanya kak Nurul nak cari tadika yg lain buat
Izzyan sbb kak Nurul tgk dia kat situ cam dah serasi.
Setakat ini tgk dia oklah dah boleh baca doa mkn,Al-Fatihah pun dah hafal,
(wlpn pelat,hehehe)ABC pun dia dah kenal.

Minggu lepas bawa dia potong rambut sbb tgk tu rambut dpn dia pun dah
pjgkan.Nak potong sbb minggu nie dia ada ambik gambar kelas dan gambar
konvo tu,jadi nak nampak kemas sikit.
Balik dari sklh ptg selasa tu sibuklah dia bercerita dah ambik gambar siap
pki makeup lg dia cite,dia memang suka bermakeup mengalahkan mamanya
yg x suka bermakeup itu.Tanya dia,cikgu ke yg makeupkan?
dia ckp org yg ambik gambar tu makeupkan.
Tunggu ajelah gambarnya nanti......










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...