~ Assalamualaikum ~
Salam jumaat buat kwn2 semua.Hari nie dah 1 November 2013,dah nak
habis yea thn nie.
Perancangan utk thn depan ada stgh org dah buatkan!
Macam kak Nurul utk thn depan dah register utk kemasukkan Izzyan
di tadika yg sama.Yurannya plk dah naik lagi kepada RM350.
Untuk semua pendaftaran hampir jgk 1k tu.
Untuk thn depan dah malas rasanya kak Nurul nak cari tadika yg lain buat
Izzyan sbb kak Nurul tgk dia kat situ cam dah serasi.
Setakat ini tgk dia oklah dah boleh baca doa mkn,Al-Fatihah pun dah hafal,
(wlpn pelat,hehehe)ABC pun dia dah kenal.
Minggu lepas bawa dia potong rambut sbb tgk tu rambut dpn dia pun dah
pjgkan.Nak potong sbb minggu nie dia ada ambik gambar kelas dan gambar
konvo tu,jadi nak nampak kemas sikit.
Balik dari sklh ptg selasa tu sibuklah dia bercerita dah ambik gambar siap
pki makeup lg dia cite,dia memang suka bermakeup mengalahkan mamanya
yg x suka bermakeup itu.Tanya dia,cikgu ke yg makeupkan?
dia ckp org yg ambik gambar tu makeupkan.
Tunggu ajelah gambarnya nanti......









