NUFFNANG

Khamis, 4 April 2013

" Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei "


~ Assalammualaikum~




Nak join sila klik banner di atas.
Tarikh tutup:Disember 2013

Kak Nurul kena join segmen nie sbb sama2 blogger  S'wak.
Jom join ramai2.

Rabu, 3 April 2013

Buat IC umur 12 Tahun


~ Assalammualaikum ~


Hari nie ingatkan ptg nak bawa si kakak buat ic,maklumlah
org dah 12 tahun. Jadi sblm nak pegi tu bukak laman web JPN
apa dokumen yg perlu dibawa. Untuk si kakak cuma bawa surat beranak
dan ic salah satu ibu bapanya. Cuti sekolah minggu lps x sempat nak bawa
dia so ptg nie ponteng kejaplah dia dgn  koko.


Pengalaman baru bawa anak buat ic nie.Ingatkan boleh bila2 masa saja lps
umur dia 12 thn,rupa2nya kena denda klu dah lebih 30 hari slps umurnya
12 thn,so kakak nie klu ikutkan hari nie lebih dah 30 hari klu ikutkan 
birthdaynya 3 hb 3 hari tu. Jumlah semua dendanya dlm RM11 camtu.


Apa2 pun semoga suksess dan cepat siap bila buat  ic tu,sbb skrg nie semuanya
services di kaunter cepat  dan cekapkan(harap2lah!).
Bukannya mcm dulu2 buat dan tunggu 2-3 bulan baru pergi tuntut balik
ic yg dah siap tu ke JPN.....memang membazir segala2nya,duit,masa,tenaga........


Panduan bersama bagi ibubapa yg nak buat ic anak yg dah capai umur 12 thn tu.....
dari JPN

SYARAT PERMOHONAN
  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

       PROSEDUR PERMOHONAN
       Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

       BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
  1. Warganegara
    Jadual Pembayaran 1A
    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (WARGANEGARA)
    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)
    BAYARAN
    PROSES
    (RM)
    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)
    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)
    12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI
    -
    -
    -
    -
    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN
    -
    10.00
    1.00
    11.00
    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
    -
    10.00
    2.00
    12.00
    14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN
    -
    10.00
    4.00
    14.00
    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
    -
    10.00
    6.00
    16.00



Nak tahu lebih lanjut klik kat JPN tu.........











nak tempek gambar kakak ngan ayah.....Dah 12 tahun ya kakak.

Selasa, 2 April 2013

Manisnya bau buah strawberry tu........


~ Assalamualaikum ~


Bersua  kembali setelah seminggu menyepi.Maaflah kwn2 kak Nurul x sempat
nak dtg rumah kalian,mode masih bz lg. Insya Allah ada kelapangan adalah menyinggah.

Manisnya bau strawberry tu........tapi bila dimakan ada masam2 sikit.
standardlah strawberry Cameron Higland.......jurujual yg ckp.
Inilah pokok strawberry anak2 punya.Minggu lps kitaorg naik Cameron tp disebabkan
masa x cukup nak pergi memetik strawberry,jadi belilah sepokok utk
mengubat kempunan anak2 yg sgt2 teringin nak memetik strawberry.
Nasib baik on the way blk tu ada nursery yg blm tutup lg jadi singgahlah
beli pokok strawberry nie. Maklumlah pergi Cameron mengikut org
pergi kerja jadi memang masa tu xde le nak berjln sgt.


Strawberry nie hubby gantung kat tingkap di dapur dan atas singki.
Jadi bila kak Nurul memasak ke cuci pinggan ke memang manis
je baunya strawberry tu.Harap2 bertahanlah pokok nie yea.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...