NUFFNANG

Jumaat, 8 Jun 2012

Alahai anak-anakku.....



Assalamualaikum....

Salam jumaat pd semua kawan2 blogger.
Tentu hari nie ramai yg happy sbb esok dah start cuti sabtu
dan minggukan,aku plk rasa malas sbb minggu dpn nak pegi
kursus kat Perak.Bukannya apa aku malas nak kursus jauh2
sebenarnya klu buat kat sini je xpe plk.Nie minggu dpn
start sklh plk tu,tentu hubby kelam kabut nak uruskan rumah
dgn anak2 lg nanti.Dahlah pegi sana kena pegi sendiri,pandai2lah
nak cari transport,mula2 hubby mcm x suka aku kena pegi
kursus nie dan dia seolah2 x  memahami kerjaya aku nie,cewahh. . . . . .
Sehinggakan aku siap google cari jadual ETS utk nak pegi
sana . Last2 hubby nak juga htr aku hari ahad nanti wlpn jln
 mungkin jammed sbb habis cuti sklh.dgn syarat 
kemas semua  brg  keperluan spt baju sklh anak
 dan kerja dia.(x buat lg ingat blk keje ptg nie nak ion
 semua sementara tunggu dia bawa
Najmi dan Izzat potong rambut nanti.)Malam kang nak 
blk kpg sbb nak htr Izzat blk.

Dua hari lepas pegi pasar mlm bawa Izzat nak tunjukkan
dia pasar mlm di sini(Izzat anak ku yg ketiga duduk ngan
MIL di kpg).Dah nak blk monyok je sbb x dpt permainan
yg nak dia beli,tanya2 ngan dia nak beli apa,rupanya
nak keta control lg.Hai, dah berapa byk kali dah beli keta
control nie,kecik besar semuanya dah beli . . . . .  . .
Anak2 nie x pandai nak jaga,beli sekali cepat boring
lps tu x jaga dan simpan elok2......Lainlah kita(aku) dulu
nak minta arwah mak beli mainan memang x akan 
dpt punya sbb tu bila dpt permainan memang jaga elok2
dan boleh main lama2.

Smlm pegi Parkson Alamanda ingatkan nak redem
voucher yg expired smlm utk beli brg2 hubby.
Last2 beli lg mainan utk anak2. . . . . . . . .
X beli merenggek plk terutamanya si Najmi tu.
Tahu2 ajelah harga mainan kat Parkson nie.
Siap ayahnya pesan nie last beli mainan,nanti klu
ayah dah potong duit rumah nanti memang xkan beli mainan
nie semua(boleh percaya ke?). . . . . .huhuhu
Budak2 mana boleh pisahkan dgn alat2 mainan
ada aje yg nak minta beli.. . . . . . .


Mainan Izzat Spyderman naik moto.

Mainan Najmi org hutan boleh tukar jadi spyder.

Mainan Izzyan hp dan beg nya.

Mainan kakak dynasour tp kena pecah sikit tanah (mcm org gali artifek lama2)utk dptkannya.

Muka org suka dpt mainan........
Keta control Izzat "NASSAN"ya bukan "NISSAN"..............



P/s:Dua hari lepas aku mimpi Tom ada balik rumah(biasanya org ckp mimpi nie terbalik,mungkinkah
Tom memang x akan balik lg?)
Minggu dpn 3 hari aku xleh nak BW rumah kwn ya,Insya Allah lps tu aku kunjungi rumah kwn2 ya
lps blk kursus.

Khamis, 7 Jun 2012

Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum.....

Hari nie aku nak share resepi ikut cara
aku masak ayam goreng kunyit.
Aku masak ikut apa yg ada kat peti aisku di rumah.
Klu kawan2 nak tambah sayuran lain pun boleh
  lagi sedap.

Bahan2
1/2 ekor ayam
Sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit lada sulah
2 biji bawang besar holand
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
sebiji cili merah hidup
sedikit halia
stgh btg carrot
kiub pati ayam maggie

Cara2 membuat
Gaulkan ayam  dgn garam,kunyit dan serbuk
lada sulah,kemudian goreng stgh masak
kemudian dlm kuali yg sama masukkan bawang yg telah
dipotong tadi, masukkan kiub pati ayam maggie
yg telah dihancurkan,slps tu masukkan cili,carrot,dan halia
yg potong halus2.Masaklah sehingga ayam dah empuk.
Bila dah masak angkat ayam dan minyak yg berlebihan
tu toskan dulu(sbb tadikan goreng ayam dan terus masuk
bahan2 tumisnya sekali dgn minyak tu,kan...)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...