NUFFNANG

Isnin, 9 Januari 2012

Mface VS Facebook & Twitter

Assalamualaikum.....

Apa dia Mface?apa bezanya dgn Facebook yg ada skrg?
Sebenarnya Mface adalah sama juga dgn facebook iaitu laman sosial
yg diasaskan dan dipengerusikan oleh seorang pengacara popular iaitu
Datuk AC Mizal.

Mface bermaksud Malaysian Face ini baru dilancarkan baru2 ini dan idea ini timbul
hasil bersama rakan kongsi Datuk AC Mizal Tedy Teow.Mface nie lebih kurang
sama dgn facebook dan twitter iaitu penggunanya boleh mengemaskini status,maklumat
terkini dan gambar dgn org ramai serta yg membezakan Mface ini dgn laman sosial yg lain
ialah reka bentuk paparan laman antara sesuatu laman web itu.

Selain itu utk menjayakan Mface ini, 60 orang artis terlibat dan mereka akan diberi
syer 100,000 unit dan ini akan menambahkan pendapatan mereka serta bila pengguna
Mface ini mencecah satu juta ianya akan disenaraikan dlm bursa saham Malaysia.

Sesiapa saja boleh menjadi ahli Mface ini tanpa bayaran, dan apa yg menarik sesiapa
yg aktif akan diberi markah tertentu dan hadiah mingguan ipad2 bg yg mendapat markah
tertinggi.Ini adalah promosi berterusan selama 6 bulan.

Bagi tahap keselaman laman sosial ini nanti akan dipantau oleh beberapa org petugas
utk memastikan Mface ini sentiasa bersih dr politik atau unsur2 yg mengaibkan org lain.

So,utk mendaftar lawatlah laman sesawang di www.mface.me
sumber:Kosmo

Jumaat, 6 Januari 2012

Salah tafsiran hal mengumpat

Salam Jumaat penghulu segala hari.
Hari jumaat nie aku nak share artikel 'Salah tafsiran hal mengumpat' dgn kawan2.
Sebagai renungan kita bersama agar sentiasa beringat2 selalu ......adakah aku mengumpat ?
Kredit to Harian Metro


SERINGKALI kita mendengar: “Aku bukan nak mengumpat, tapi ini cerita betul, sumpah aku tak tipu...” Kata-kata seperti ini atau yang seumpamanya dimanfaatkan oleh pengumpat sebagai pembuka bicara. Sedar atau tidak, sebenarnya mereka sudah melakukan dosa besar dan berhadapan dengan ancaman Allah. Hal ini berlaku kerana mereka memberikan tafsiran salah mengenai mengumpat. Bagi mereka, bercakap perkara benar yang dibenci pelakunya pada orang lain bukan dikategorikan sebagai mengumpat.
Apa itu mengumpat? 
Mengumpat dalam bahasa Arab adalah ‘ghibah’. Ia berasal daripada perkataan ‘ghaaba’ iaitu hilang daripada pandangan. Disebut ‘ghibah’ kerana perbuatan mengumpat dilakukan tanpa kehadiran orang yang diumpat. (Lihat: 'Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari oleh al-'Aini, 8/208).

Al-Imam al-Munawi berkata: “Ghibah (mengumpat) adalah menyatakan keaiban seseorang di belakangnya sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau isyarat.” (Lihat: Faidh al-Qadir Sayarh al-Jami' al-Shaghir oleh Zainuddin al-Munawi, 3/166).



Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam (s.a.w) pernah menjelaskan mengenai erti mengumpat. Sabda Baginda: “Mengumpat adalah menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai saudaramu (di belakangnya). Lalu seorang sahabat Baginda bertanya: Apa pandanganmu sekiranya apa yang aku sebutkan benar-benar ada saudaraku? Nabi menjawab: “Jika engkau menyebut sesuatu yang benar-benar ada pada saudaramu (sedang dia tidak menyukainya), maka kamu sudah mengumpatnya. Jika sesuatu yang kamu sebutkan tidak berlaku ke atas saudaramu, maka kamu sudah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Muslim, no: 2591)


Saya anggap penjelasan Nabi sangat mudah difahami. Semua perkara dibenci saudara kita untuk didedahkan walaupun ia benar, maka usaha mendedahkannya dikategorikan Nabi sebagai mengumpat. 



Ancaman Allah:

Firman Allah, maksudnya: “Dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu berasa jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 49:12)

Firman Allah lagi: Maksudnya: “Kecelakaan bagi pengumpat dan pecela.” (Surah al-Humazah, 104:1)

Sabda Nabi maksudnya: “Sesiapa yang menyelamatkan daging (kehormatan) saudaranya daripada diumpat, nescaya Allah akan membebaskan dia daripada neraka.” (Hadis riwayat Ahmad, no: 27062)

Ini bererti sesiapa yang mengumpat, balasannya neraka Allah, na'uzubillah. Bahkan banyak lagi hadis Nabi yang mencela pengumpat.


Mengumpat yang dibolehkan:

Al-Imam al-Nawawi menyenaraikan enam keadaan yang dibolehkan mengumpat.
(Lihat al-Azkar oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi, hal. 208). 



1. Ketika dizalimi. Orang yang dizalimi harus menceritakan mengenai orang yang menzaliminya kepada polis, peguam, hakim atau pihak berkuasa agar tindakan diambil.

2. Ketika memohon bantuan untuk mencegah kemungkaran. Jika kita terlihat maksiat, tetapi tiada upaya untuk mencegahnya. Seperti tiada ilmu untuk menegur maksiat tersebut. Maka, kita boleh memohon pertolongan orang yang berilmu untuk mencegah maksiat tersebut dengan ilmunya.

3. Ketika meminta fatwa. Seperti isu rumah tangga yang perlukan penyelesaian melalui fatwa hakim atau mufti.

4. Ketika mengingatkan seseorang daripada bahaya. Seperti menasihat penuntut ilmu agar tidak mengambil ilmu dari orang yang jahil.

5. Ketika menegur perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan.
Seperti teguran peminum arak, kaki judi dan lain-lain.

6. Ketika menjelaskan tanda pengenalan diri seseorang: Seperti kita ingin mencari seseorang yang kita terlupa namanya, tetapi kita hanya ingat sifatnya yang kurang sempurna. Lalu dinyatakan sifat tersebut agar dapat menemuinya. 



Al-Syeikh Salim Al-Hilali berkata: “Keharusan mengumpat untuk keadaan-keadaan di atas adalah hukum susulan bukan hukum asal. Oleh itu, jika hilang sebab-sebab yang membolehkan mengumpat, maka dikembalikan hukumnya kepada hukum asal iaitu haramnya mengumpat.

Katanya lagi, “Dibolehkan mengumpat kerana darurat. Oleh itu, perbuatan mengumpat itu diukur sesuai dengan keperluannya sahaja. Maka tidak dibolehkan memperluaskan bentuk- bentuk di atas. Bahkan orang yang berada dalam salah satu daripada keadaan darurat di atas (sehingga dia dibolehkan mengumpat) hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah dia menjadi termasuk di kalangan orang yang melampaui batas.” (Lihat Bahjat al-Naadzirin Syarh Riyadh al-Solihin oleh Salim al-Hilali, 4/35-36).


Isu dan tindakan kita:

Apa yang membimbangkan umpatan pada hari ini berunsur mengapi-apikan antara satu dengan yang lain. Bermula daripada isu politik negara yang membabitkan pemimpin kerajaan dan pembangkang sehingga isu anak melayu yang berkahwin sesama jantina, isu pelajar pintar yang dikatakan berubah sikap, isu gosip di kalangan artis dan lain-lain, kebanyakannya disebarkan dalam bentuk mendukacitakan. Bahkan dilihat seolah-olah melaga-lagakan sesama manusia. 

Takuti ancaman Nabi:

Maksudnya: “Tidak akan masuk ke syurga pengadu domba.” (Hadis riwayat Muslim, no: 06).

Kita perlu bertindak lebih matang dan menjaga prinsip sebagai seorang Muslim dalam mengulas apa jua isu agar tidak tergolong di kalangan pengumpat dan pengadu domba, apatah lagi pendusta. Memastikan kebenaran maklumat yang diperoleh, bersangka baik, menasihati secara berhadapan, membetulkan kesalahan secara umum, bersabar dan berdoa adalah jalan keluar terbaik.

Ruangan minda kali ini diakhiri dengan memetik pesanan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no: 6018)

Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan



Khamis, 5 Januari 2012

Persediaan yg last minit.........

Assalamualaikum.......
Tahun nie aku shopping peralatan kelengkapan anak2 sklh memang
betul2 last minit.Macam thn lepas aku siap tempah semua baju sekolah 
kakak dan begitu juga baju kafa Najmi.Aku suka tempah sbb rasanya 
susah nak beli baju saiz kakak padahal memang x pernah cuba cari pun
tahu ajelah dia tu  dah sama besar dgn aku nie tp baru masuk darjah 5.
xpe le kakak janji sihatkan!
Kasut sklh memang setiap thn aku setia pd kedai bata je......
Kedai kasut nie aku ngan hubby sempat shopping seminggu sblm sklh bukak.
Org Melaka mesti tahu kedai nie kan......setiap thn sentiasa ramai ibu bapa
yg bawa anak2 shopping kasut kat sini.
Ok kasut dah berjaya dibeli,kakak ada sepasang coz yg thn lps ada 2 lg
yg elok,Najmi beli 2 pasang coz dia nie lelaki lasak sikit kasut thn lps
dah hbs lunyai dan si Izzat aku beli sepasang saja sbb dia tadika lg
x pki kasut hari2.

Baju sekolah aku shopping kat Bee Loon,Melaka,org Melaka(org Melaka lg)
mesti tahu kedai niekan,dulu kedai kecik skrg macam dah ada bangunan sendiri,
besar dan selesa beli kat situ dan ramai pekerja nak melayan kita.
Tambahan lg semuanya ada kat situ kelengkapan sklh.
Nak potong baju atau seluar ikut  saiz kita pun ada sekali.
Baju aku beli hari ahad 2 hari lg sblm sklh bukak.

Beg sklh plk aku beli sehari sblm sklh bukak,hari selasa.
Pegi kedai lain nie,tgk ramai jugak org yg beli last minit macam aku.
Lupa plk nak ambik gelagat memilih beg sklh utk anak2.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...