NUFFNANG

Rabu, 17 September 2014

Ikan Terubok


~ Assalammualaikum ~

Sapa tahu ini ikan apa? Rasanya mesti tahukan,ini anak ikan terubok yg kitaorg kat 
kpg panggil ikan perit.Rasanya sedap dan lemak sekali wlpn banyak tulang.
Ikan perit nie ditangkap dari sungai bukannya laut,sebab ada jugak ikan terubok dr lautkan.
Sekarang nie susah nak dapat ikan terubok mcm zaman kak nurul sklh rendah dulu selalu jgk abang ipar dpt ikan terubok.Skrg hanya dpt anak2nya saja.Musim ikan perit nie dlm bulan jun camtu,sbb tu kitaorg blk cuti bulan 6 thn lepas sempatlah tiap2 hari menikmati mkn ikan perit yg fresh.


Sedikit info ikan terubok nie


Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober. 

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah). 

Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak. 


Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura. 
Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import. 

Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja. 

Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal. 

“Saya orang pertama menjual ikan terubuk di Kuching pada 1989. Dulu harga sekotak ikan terubuk masin seberat 20 kilogram dijual dengan harga RM75 saja, kini sudah naik sehingga antara RM150 hingga RM250 sekotak mengikut saiz ikan. 

“Dengan dibantu 13 pekerja, saya menjual sehingga satu tan metrik atau 50 kotak terubuk sehari, dengan berat setiap kotak 20 kilogram,” katanya sambil menambah ikan kecil yang dipanggil ‘Semperit’ boleh dijual dengan harga empat ekor RM10, tetapi ikan besar yang dipanggil 'terubuk' dijual pada harga antara RM10 ke RM18 seekor,” katanya. 

Cara memproses terubuk masin cukup mudah dengan mengeluarkan ikan terubuk beku dari kotak dan terus merendam dalam air kira-kira dua minit, sebelum disiang dan dibersihkan. Bagi yang bertelur, telur akan dikeluarkan untuk dijual secara berasingan. Selepas itu, ikan terubuk yang sudah dibersihkan akan diletakkan garam yang diimport dari Thailand, sebelum terus dipamer untuk dijual. 

Bagi telur terubuk import ia dijual dengan harga antara RM100 hingga RM200 sekilogram, berbanding telur terubuk tempatan dari Sarawak yang dijual dengan harga RM300 sekilogram. 

“Kita hanya menggunakan garam yang diimport dari Thailand kerana ia paling halus dan lembut. Harga garam Thailand ini dulu hanya RM8.50 seguni (mengandungi 25 kilogram garam) berbanding sekarang sudah naik kepada RM16 seguni. Selain kos membeli terubuk sudah naik begitu tinggi, kos lain termasuk garam juga sudah naik, tetapi harga terubuk masin masih kekal sama, sekali gus menyebabkan kami tidak untung banyak,” katanya. 

Ibrahim yang juga pemilik Perusahaan U.I.T.M (Usahawan Ikan Terubuk Masin) turut menjadi pembekal tetap terubuk masin kepada Tabung Haji dan agensi yang menawarkan pakej umrah, untuk dibawa oleh jemaah sebagai makanan di Makkah, selain pernah menghantar terubuk masin sehingga ke London. 

Beliau turut mengakui, sepanjang Ramadan seperti sekarang, terubuk bakar atau terubuk panggang yang cukup popular di kebanyakan bazar Ramadan di Sarawak juga sebenarnya terdiri daripada terubuk yang dibawa dari Myanmar dan India, bukannya terubuk Sarawak. 

Ini kerana pembeli biasanya hanya sanggup membayar antara RM10 ke RM20 untuk seekor terubuk panggang di bazar Ramadan, sedang kos untuk mendapatkan terubuk tempatan terlalu mahal dan lebih daripada itu. 

“Rahsianya ialah cara kita memproses ikan itu supaya rasanya sesedap terubuk tempatan. Jika kena ramuan dan caranya seperti untuk panggang kita letakkan garam, kunyit, serai dan minyak serta cara membakarnya juga perlu betul, rasanya pasti seenak terubuk tempatan,” katanya. 

Mohd Rus Hassan, 77, yang mengusahakan perniagaan ikan terubuk masin di Pasar Satok sejak lebih 10 tahun lalu pula berkata, terubuk tempatan banyak perbezaannya dengan terubuk import, terutama muncungnya yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek. 

“Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras. Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh lebih lemak dan manis berbanding import,” katanya yang menjual purata 3,000 ekor terubuk sehari. 

Seorang pekerja di gerai menjual terubuk masin, Putradi Putit, 36, berkata mereka memproses sekitar 16 kotak terubuk setiap hari biasa dan pada Sabtu dan Ahad mereka perlu memproses sehingga 22 kotak ikan terubuk sehari. Setiap kotak mengandungi antara 60 ekor hingga 75 ekor ikan mengikut saiz. 

“Kami kena gunakan pisau yang cukup tajam supaya kerja menyiang ikan lebih cepat dapat dilakukan. Kalau pisau cukup tajam kami boleh menyiang sehingga lebih 100 ekor ikan dalam sejam. 

“Kebanyakan pelanggan yang membeli ikan terubuk masin pula terdiri daripada penduduk dari Semenanjung yang mahu membawa pulang ikan terubuk sebagai 'ole-ole’. Kami perlu membungkusnya dengan kemas di dalam kotak supaya dapat dibawa menaiki pesawat,” katanya. 

Saiz kepala, bentuk badan bezakan spesies terubuk 

PERBEZAAN antara terubuk Sarawak dengan terubuk import ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang. 

Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia, Johari Tim, berkata keistimewaan terubuk Sarawak lebih berlemak dan telurnya lebih besar. 

“Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu,” katanya. 

Pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak pula, Albert Chuan, berkata terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk sungai. Katanya, perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga. 

“Terubuk sungai lebih mahal berbanding terubuk import. Sekali imbas memang sukar mencari perbezaan terubuk sungai dan terubuk import. Orang biasa memang selalu keliru,” katanya. 

Ada dua jenis terubuk di Sarawak iaitu terubuk laut atau Tenualosa macrura yang boleh dikenali dengan fizikalnya bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk. 

Terubuk sungai Tenualosa toli mempunyai muncung atau mulut lebih besar dan panjang yang juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini. Terubuk adalah ikan pelagic dalam keluarga Clupeidae. Penentuan jantina ikan terubuk hanya dapat dikenal pasti apabila ia menjangkau usia dua tahun dan bertelur. 

Mengikut kajian Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Tenualosa Toli mula bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Bagaimanapun, ikan terubuk banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober. 

Musim ikan terubuk bermula agak lambat tetapi pendek iaitu Jun hingga Oktober bagi kawasan Batang Lupar, manakala bagi Batang Lassa pula, musimnya berpanjangan sehingga enam bulan iaitu April hingga November. Faktor ini disebabkan perpindahan terubuk berbeza antara Batang Lupar dan Batang Lassa. 

Terubuk jantan boleh mencapai ukuran panjang sehingga 12.8 hingga 34 sentimeter manakala betina ialah dari 14 hingga 46.2 sentimeter dan masing-masing mempunyai purata berat 178.2 gram dan 533.9 gram. 

Bagaimanapun, Sarawak berdepan masalah kepupusan ikan terubuk yang meruncing berikutan penangkapan ikan tidak terkawal oleh nelayan tempatan, menyebabkannya tidak sempat sampai tempoh matang untuk menjadi terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan. 

Justeru, usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat kajian ke atas sperma terubuk Sarawak yang kini semakin diancam kepupusan adalah satu berita baik. 

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata, selepas kejayaan penyelidikan ke atas sperma ikan air tawar seperti kelah di Sungai Pahang dan temoleh di Sungai Perak, kini tumpuan akan diberikan kepada ikan terubuk di Batang Lupar, Sarawak. 

Rohani berkata, ketika ini spesies ikan terubuk di negeri ini dikatakan semakin pupus akibat aktiviti penangkapan ikan terubuk yang tidak terkawal dan kaedah tradisional. 

Sumber:sini

P/s: Skrg semua menteri yg dinyatakan di atas dah berubah diorg punya kementerian,
       Artikel nie ditulis tahun 22/8/2010



Anak ikan terubok aka ikan perit

sedap dipanggang,goreng dgn disiat halus2 dan jgk stim

Badannya masih berkilat dan berlendir2 tandanya ikan yg fresh gitu

sapa tahu nama ikan yg kaler kuning tu?tu namanya ikan pirang(klu di sini),biasanya ikan inilah yg sesuai utk masak umai.

Isnin, 15 September 2014

Khasiat buah durian belanda


~ Assalammualaikum ~

Sapa suka mkn buah durian belanda,? angkat tgn......'huhuhu,....kak nurul pun suka jgk
mkn buah nie. Buah durian belanda nie byk kat kpg kak nurul dan senang nak hidup.
Balik kpg last year dptlah jugak mkn dan bawa blk buat durian belanda nie.
Sebenarnya byk khasiat  buah durian belanda niekan,essp dlm sakit kanser.
Di sini Kak nurul kongsi artikel khasiat buah durian belanda buat kwn2 semua dan
bagi kwn2 yg dah tahu tu abaikan ajelah yea,atau pun klu sudi bolehlah berkongsi jua
khasiatnya atau cara yg lain yg tak dinyatakan dlm artikel nie.



nie buah masih muda lagi.



Khasiat Buah Durian Belanda Yang Kita Tak Pernah Ambil Tahu | Banyak khasiat buah durian belanda yang masih menjadi rahsia atau di rahsiakan.Tahukah anda Durian Belanda ini sebagai agen yang berkesan dan kuat dalam mematikan kanser dalam badan kita. Disebabkan perkara ajaib ini lah, rahsia perubatan kuno ini terus di simpan (tidak disebarkan kelebihannya) kerana dunia perubatan ( pakar kanser) risau ciptaan ubat kimia mereka nanti tidak laku.
Tahukah anda khasiat buah durian belanda ini 1000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kimo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Institut Sains Kesihatan Amerika telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang memeranjatkan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.



Khasiat Buah Durian Belanda Terbaik!

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !
7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan !
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola (durian belanda) yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola (durian belanda) secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola (durian belanda), mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola (durian belanda) terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.


Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola (durian belanda), mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola (durian belanda) mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola (durian belanda), akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola (durian belanda), dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Sumber:sini


P/s: Lepas nie klu buah durian belanda blkg rumah MIL dah berbuah,rajin2lah buat jus yea.




Sabtu, 13 September 2014

Ikan Belacak dan Ikan tembakul


~  Assalammualaikum  ~

Sapa tahu ini binatang apa?klu x silap ikan nie anak ikan tembakulkan!
Nampak mcm ikan belacak tapi bukan,Ikan tembakul nie lebih kurang mcm ikan 
belacak jugakkan. Ikan tembakul dan ikan belacak boleh mkn ke?

Rasanya bolehlahkan,kecik2 dulu selalu jgk mkn ikan belacak pais,sedap.......tpt kitaorg
ikan tu dipanggil ikan layar,sbb ada layarkan atas badannya.

"
"
"
"
ada jwpnnya,


Hukum Makan Ikan Tembakul / Ikan Belacak

Sumber:sini




Ini tpt kitaorg panggil gramak......bukan ketam tau

Jumaat, 12 September 2014

Balik kampung........Hoyeee.......







~ Assalammualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua.Insya Allah esok kak nurul ngan family blk kpg,
Seronoknya dan x sabar nak jumpa family sana. Kak nurul blk halaman di Sarawak,
last hari tu balik bulan 6 thn lepas,dan planning nak blk raya lepas kpg sana,tapi kita
 tundakan blk bulan 9 nie sbb nak beraya ngan MIL juga,maklumlah
 arwah along baru je meninggalkan kami semua,jadi raya thn nie tadi xdelah
nak beraya sgt pun.

Semoga perjalanan kami semua nanti selamat pergi dan selamat balik,kwn2 doakan ya......
Kali nie balik pun x lama pegi sabtu tu dan balik semula ke sini hari rabu,Insya Allah.
Hari khamis tu  hubby plk ada kursus hingga jumaat,jadi memang xleh lamalah kat sana.
xpelah janji dpt blk sekejap dan jumpa adik beradik di sana.

Ok,nie plk gambar kitaorg blk kpg thn lepas,huhuhu........)baru nak buat entry thn nie,itu pun
sbb esok dah nak blk kpg.......dan nanti jgn2 kenangan/memori blk kpg thn nie entrynya
thn dpnlah plk. huhuhu.......memang rajinlah ya. Tapi xpe lambat
atau cepat nak juga masuk dlm  blog kesayangan nie
buat kenang-kenangan semua.......ayat cover le tu.


Kakak,mimi dan ijat satu baris,kali nie blk ada skrin depan seat,boleh tgk movie.

nie plk naik van sapu sewa terus blk kpg,pegi pusa dulu pas tu naik bot plk ke kpg,tpi dlm thn nie dah ada jln raya sampai kpg,tu juga yg membuat kak nurul x sabar nak blk kpg kali nie dgn melalui jln darat.


Pemandangan dari atas Jambatan Lanang
Jambatan Lanang dan ada tol dikenakan bila menggunakan jambatan ini.


mlm sampai kat kpg,amei buat majlis hari jadi dia
Izzyan dan sepupunya sara,sara setahun muda dari dia
nie plk sepupu iyan kat sibu,kak umi baya izzat dan baby iyan juga nama yg boy tu.

bersama ngan sepupu di sibu,anak kakak yg selalu dtg sini.


Jumaat, 5 September 2014

Comelnya anak Awal dan Scha


~ Assalammualaikum ~


Comelnya anak  Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Nama dia Lara Alana Ahamd Awaluddin.
Cuba tgk,muka anaknya tu byk muka sapa,Awal atau Scha?
X kisahlah muka sapakan,janji sihat ya LARA.......




lara

Rabu, 3 September 2014

Medan Selera Presint 9 dan 11 Putrajaya


~ Assalammualaikum ~

Buat kwn2 yg duduk di Putrajaya Medan selera Presint 11 telah ditutup sementara bagi kerja2 penambahbaikan premis.Kalau sapa2 x tahu mana area medan selera nie,ianya terletak di Pusat Kejiranan
Presint 11,alaa' tak tahu lagi?......senang2  nak tahu,kat kolam renang tuelah!

Satu lagi Medan selera kat Presint 9 itu pun tutup sementara sbb sama perkara di atas.Medan selera nie senang orang nak cari sebab dekat dgn Poliklinik Kerajaan Presint 9,kak nurul pun mula2 dtg sini selalu jgk mkn sini,sbb masa tu x tahu lg mana kwsn medan selera yg lain.....
So mana tahu nanti kwn2 yg dah blk dr klinik tu,nak singgah sini utk menyamu selera.........sebulan nie masih tutup lagilah yea.

Sumber:Perbadanan Putrajaya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...