NUFFNANG

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sudi jgk menyinggah......


~ Assalammualaikum ~

Syukur alhamdulillah ada jgk CPUV masuk wlpn lately nie kak nurul jarang update blog.
Dulu bukan main susah CPU nie nak melekat,nampaknya kena rajinlah buat entry nie klu
ada cpu camni masuk,utk tambah duit tabung nuffnang.Harap2lah slps nie rajinlah ya kak nurul.........
sbb masih ada lagi yg kosong tu.



Rabu, 27 Ogos 2014

Parut Kelapa Manual


~ Assalammualaikum ~

Lamanya x update blog......
asyik xde mood je nak buat entry.Entry raya pun klu x silap dah dua tahun berturut2 nie kak nurul
x buat.Syukur alhamdulillah tahun nie kak nurul dah habis bayar puasa dan puasa syawal pun sempat buat,last ari tu ari isnin 29 Syawal dan semalam kak nurul dah raya!.......yea..

Ok hari nie kak nurul just nak share ngan adik2 di luar sana cara2 org dulu2 nak dapatkan santan kelapa atau kelapa parut tanpa guna mesin kelapa tu.Anak2 zaman sekarang mesti ada yg tak pernah nampak parut kelapakan!ini termasuklah anak kak nurul sekali tu espp.si kakak dan adik beradiknya yg bawah tu lagilah x pernah nampak parut kelapa nie,apatah lagi klu kukur kelapa,)........lagilah diorg x tahu.
Masih kak nurul ingat waktu nak beli parut kelapa nie,ada stgh kedai tanya,diorg x tahu.....atau diorg x faham apa yg kak nurul maksudkan.......tapi klu nak beli better beli di kedai2 hardware atau yg jual pinggan mangkuk.

Sebenarnya hujung minggu yg lepas kak nurul x blk kpg,jadi sayang ngan kelapa inti dan tua yg bawa dr kpg tu busuk jadi kak nurul kupaslah dan parut utk buat kelapa inti dan santan.Memanglah renyah rasanya sbb lama dah x buat kerja nie semua......hampir 15 thn x memarut kelapa dgn papan parut.
Lengguh tgn tu x pyh citelah.....mlmnya baru rasa lenguh2 tgn nie semua.
Kak nurul mula dari mengupas kelapa,memarut dan memerah santan, dah x tahan nak memarut lagi last2nya kak nurul potong kecik2 buah kelapa yg nak dibuat santan tu dan blenderkan aje.

Dalam proses memarut kelapa nie nak kena hati2 sebab boleh terluka jari tau.
Anak2 kak nurul semuanya nak mencuba,jadi kak nurul kasi peluang mereka merasa,lepas tu takut plk
nak buat,takut jari luka............hehehe,baru tau betapa susahnya org dulu2 nak buat santan dan kelapa parut dgn manual.Skrg semuanya dah moden dgn mesin je dan nak cepat lagi beli je yg segera. Begitulah,semuanya mengikut peredaran zaman barang2 dicipta utk kemudahan dan kesenangan manusia.


ada lima biji kelapa nak dikopek nie.

kelapa dah siap kopek dan sebelah tu parut kelapa

kelapa inti tu kak nurul buang kulit hitamnya dulu,baru parut dan yg sebelah tu kak nurul nak blender je.

inilah santan kelapa dari kelapa yg diblender,kak nurul campur garam sikit sblm masuk fridge.

Khamis, 14 Ogos 2014

Berhati bila menderma


~ Assalammualaikum ~


Rasanya masih blm terlambat utk kak Nurul nak ucapkan slmt hari raya aidilfitri,maaf zahir & batin
buat semua kwn2 blogger.Semoga raya yg lepas telah mengeratkan lagi ikatan silaturrahim kwn2 
dgn ahli keluarga, sanak saudara dan teman2.


Ok,thn nie kak nurul beraya di kpg hubby lagi dan raya tahun nie ala kadar saja. Open house lagilah x buat,tapi kwn2 dtg rumah mestilah layan,mcm raya keempat hari tu,kwn2 sekolah hubby dtg beramai2,ingatkan kak nurul nak goreng mee je,tapi siangnya adik ipar ada buat mkn2 ajak family
 sebelah husband dia jugak,buat mee rebus...,memandangkan ada lebih byk lagi kuah mee rebus 
tu kak nurul bawa blk utk dijamu kwn2 hubby..........jadinya x pyhlah kak nurul nak 
goreng mee dan hanya celur mee saja.


Lupakan kisah raya kak nurul tu,nie cerita mlm tadi,hari nie sklh anak ada buat jamuan raya,jadi si 
najmi kena bawa pinggan polistrine utk kelasnya,jadi kitaorg pegilah kedai runcit di Presint 9.
Waktu nak masuk kedai tadi kak nurul ada tgk di dpn kedai  2 org budak remaja lelaki pegang tabung derma.Bila dah nak blk tu kak nurul x tgk sgt dia punya tabung derma tu,yg jelas kak nurul tgk ada perkatan Palestin,tu yg kak nurul terus masukkan derma.


Jeng-jeng- jeng.......... 

Bila pagi nie sblm mula kerja kak nurul bukaklah berita online,dan tgk di Mynewshub berita tentang pertubuhan ini yg sejak kebelakangan ini galak mengutip derma,adakah sah atau sebaliknya.
Boleh rujuk link ini.


Apa pendapat kwn2 dlm hal ini?
Semoga derma yg dikutip itu sampai ke golongan sasarannya.
Sebelum nak menderma periksa betul2 adakah pertubuhan yg mengutip derma itu ada kebenaran dari MAINS.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...