Sara 1 Malaysia | ! My Lovely Family Blog !



Jumaat, 13 Januari 2012

4
Komen

Sara 1 Malaysia

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 13 Januari 2012@11:06 PG | Filed under
Assalamualaikum...........

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim  Amanah Rakyat  1 Malaysia
(Sara 1 Malaysia) di Kuala Lumpur.Pengumuman Sara 1 Malaysia ini telah dibuat pada
pembentangan Bajet 2012 thn lepas. Jika kita tgk skrg bykkan kerajaan telah memberi
pelbagai bantuan pd rakyatnya dan terpulanglah pd rakyat itu sendiri bagaimana
memanfaatkannya.Macam BR1M akan dibayar pd 15hb ini nanti pd sesiapa yg layak
dan dah rezekinya.Nak tahu lebih lanjut apa,sapa yg layak Sara 1 Malaysia nie baca
sendiri ya.......


KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. 

Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik. 
“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia... sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.

Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup. 

Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah.
Sumber:Berita Harian
P/s:Baca cerita rumah Wardina dimasuki pencuri kat blog kwn2 ambik dr FB Wardina
Rasanya macam beraninya dia menghadapi saat itu,dan suaminya yg mempertahankan
Hak isterinya pun amatlah patut dicontohi oleh semua suami2.

4 ulasan:

Cho Zila berkata...

pelaburan kena ada untuk lebih gandakan duit yang ada... kalau der duit berjuta tak reti nak laburkan memang tak bertambahler.. tapi melabur kena tahu risikonya.. tapi yang ni mesti der pulangan kena lah grab ok...

~ yus ~ berkata...

hmm...banyaknya skim pelaburan sekarang. Kena pandai2 pilihlah kan...

Nazayiena berkata...

@Cho Zila
Betul ckp Cho Zila tu.......

Nazayiena berkata...

@~ yus ~
Sara 1 Malaysia nie utk yg income kurang RM3000 utk satu isirumah dan org yg ada dah byk duit tu nak melabur kat sini memang xde dpt punya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink