NUFFNANG

Isnin, 18 September 2017

Apam Balik


~ Assalammualaikum ~

Hari tu,kan kak nurul ada ckp dah berjaya cube buat apam balik.
Nak makan apam balik yg dibuat sendiri nie memanggil2 je nak suruh
buat,jd bila hujung minggu tu x blk kpg kak nurul trylah buat.
rupenya mudah je nak buat apam nie....

kak nurul kongsi resepinya di sini di samping nak buat rujukan diri sendiri
nanti bila nak buat lagi.Resepinya pun kak nurul cr dlm internet.
so halallah ya...........



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah.Lipat dan angkat apam balik.










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...