NUFFNANG

Selasa, 7 April 2015

2 Juta Set Top Box Percuma Bagi Nikmati TV Digital


~ Assalammualaikum ~
Wah ...x lama lg golongan yg berpendapatan rendah dan yg x melanggani stesen tv berbayar di negara kita akan juga dpt menikmati siaran televisyen digital dgn sebanyak 80 saluran,dijangka akan bermula Jun depan......apa2 pun semoga ianya akan percuma
utk selamanya ya............
KUALA LUMPUR – Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set “top box” percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.
“Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu.

Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan adalah menyediakan set ‘top box‘ secara percuma bagi membolehkan golongan ini turut menerima siaran TV digital,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing).
Abd Latiff ingin tahu sama ada kerajaan menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini. – BERNAMA
Sumber:Mynewshub
Lain2 artikel:Mynewshub

4 ulasan:

Anum berkata...

wow menarik nie

izzeyda berkata...

menariknya.. tak sabar nak tunggu..

iryantyismail berkata...

arap2 terpilih lah kan...percuma tu

Tanpa Nama berkata...

tunggu dan lihat jelah nanti yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...