resepi seri muka | ! My Lovely Family Blog !



Jumaat, 6 Mac 2015

6
Komen

resepi seri muka

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 6 Mac 2015@4:53 PTG | Filed under
~ Assalammualaikum ~

Jom merajinkan diri buat kuih seri muka.....
Kak nurul setakat nie dah 2 kali buat.
First buat mkn2 sendiri je dan second buat utk bawa sklh anak
ada pot luck.....
Resepi kak nurul ambik dr blog SINI
Tq pd tuan blog tersebut.

'SAYA BUDAK BARU BELAJAR' ya.....
Jadi memang x cantiklah hasilnya.





second kak nurul buat,ini yg kak nurul bawa sklh

buat sekali waktu buat utk bawa sklh,loyang nie kak nurul buat utk mkn2 kat rumah.

kak nurul pki pulut nie,beli kat pekan rabu nie,waktu ikut rombongan cik kiah


Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit



ini first kak nurul buat....


lembik sikit atasnya,mungkin kak nurul blender....kali kedua buat kak nurul pukul guna whisk je....

dah masak tp lembik sikit

6 ulasan:

Saniah Ahmad berkata...

saya suka makan tapi tak suka buat,, konfirm tak menjadi hihi,, tahniah lah dah pandai,,, mesti sedap,, kaler dia tu menawan lah hihi,,

Mona Lea berkata...

sedapnya....seri muka kegemaranku. makan ni berseri2 muka

lia ummiirfan berkata...

anak-aank saya suka seri muka ni.. sedap kan!

iryanty ahamad berkata...

kueh feveret nie..ok dah tu cantik hasilnya..lembik lagi senang makan..yan suka..

syira yaya berkata...

Nampak terliur ja..hihi..nk try jugak lah buat seri muka ni :)

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Sedapnya kuih seri muka ni. Terima kasih kogsi resepi ni akak. Boleh cuba macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink