Proton ambil berat isu Exora terbakar | ! My Lovely Family Blog !



Isnin, 23 Februari 2015

3
Komen

Proton ambil berat isu Exora terbakar

By Nazayiena Ayiena | Isnin, 23 Februari 2015@4:34 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

Minggu lps kecoh kes kereta Exora yg terbakar di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT2),
menjadi viral di laman sosial dan dikatakan berpunca dari tangki minyak yg diisi penuh sgt
spi xde ruang dlm tangki minyak itu utk melepaskan udara............
Takut jgk bila baca,sbb selalu jgk kak nurul dan hubby isi minyak full tank.
Tapi  minggu lps pihak  Proton Holdings Bhd(Proton) jgk telah berkata akan menyiasat
secara terperinci puncanya,dan tunggulah kita apa sbb yg sebenarnya..........



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.
   
"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.
   
"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.
   
Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.
   
Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. - Bernama


Proton ambil berat isu Exora terbakar


Sumber:Sinar Harian

3 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Bukan sebab isi minyak penuh kak. Berkemungkinan sebab sistem audio. Sebab ada terbaca pasal isu ni.

Bunda a.k.a KN berkata...

Salam...
memang takut dan risau juga bila dengar hal2 melibatkan kenderaan terbakar ni...

Apa pun puncanya kita perlu ambil tahu untuk panduan kita nanti..

hainom OKje berkata...

Hish takutnya....Dahlah keta Proton tak berapa laku sekarang ni. Tambah lagi ada isu cenggini, lagilah customer tak mo beli..

Meh okje tolong promote 'Sokonglah product Malaysia'!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink