! My Lovely Family Blog !: Oktober 2014



Jumaat, 31 Oktober 2014

2
Komen

Isu Bahaya Benzoil Peroksida dalam tepung

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 31 Oktober 2014@8:30 PTG | Filed under
~ Assalammualaikum~
Antara perkembangan sihat dalam kalangan kaum ibu pada zaman ini adalah kesedaran mengambil tahu tentang kandungan makanan dan bahan masakan untuk keluarga.
Bagi umat Islam pula, status halal kini menjadi aspek penting ketika memilih produk dan tempat makan.
ak hairanlah apabila bahan kimia berbahaya didakwa dikesan dalam sesuatu produk atau jenama tertentu dikatakan tidak halal, tersebar di laman sosial, maka ia boleh memberi kesan pada jualan produk berkenaan.
Terbaharu 27 Oktober lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang benzoil peroksida yang digunakan dalam tepung boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.
Dakwaan dalam laporan tersebut dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM).
Sedikit sebanyak laporan ini sudah tentu menggusarkan pengguna malah diakui, isu bahan peluntur bahaya diguna untuk menjadikan warna tepung gandum putih melepak ini sudah lama bertebaran di laman sosial.
Bagaimana pun usah terlalu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar bertarikh 28 Oktober 2014 telah menafikan perkara ini.
Dalam laporan penafian tersebut, diterangkan bahawa benzoil peroksida adalah kondisioner makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985) untuk digunakan dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg.
Codex Alimentarius Commission (CAC), badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme pula membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg.
Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum telah dibenarkan di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.
KKM turut mengesahkan, setakat ini bukti saintifik turut menyangkal dakwaan bahawa benzoil peroksida berbahaya kepada kesihatan.
Diharapkan pengesahan jelas daripada KKM ini dapat menghilangkan was-was terhadap keselamatan menggunakan tepung gandum selepas ini, sekaligus membolehkan para suami dan anak-anak merasa makan kuih jemput-jemput semula.
Lepas ini jika anda ada rasa ragu-ragu dengan tahap kesihatan produk tertentu di pasaran, maka jangan berlengah untuk minta KKM siasat kesahihannya dengan memaklumkan kepada mereka melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat, mahu pun laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Tahniah buat KKM atas respon berkaitan isu peluntur tepung gandum yang kononnya boleh menyebabkan kanser kerana isu ini sebenarnya dah lama jadi persoalan dalam masyarakat. - MYNEWSHUB.CC


P/s:so apa pendapat kwn2 blogger?












2
Komen

Kadar Tambang Bot Ekspress Ke Kapit dan Song mulai November 2014

By Nazayiena Ayiena | @3:53 PTG | Filed under

~Assalammualaikum~

Sapa tahu Kapit tu kat mana?huhuhu........)D,jwpnnya kat Sarawak.
Sebenarnya ada  sedikit info tambang terbaru utk perkhidmatan ekpress air bagi area ke Kapit dan Song,Sarawak yg start berkuatkuasa mulai bulan November nie. Klu nak ke Kapit tu
 memanglah kena guna ekpress air nie,sbb setahu kak Nurul blm ada jln darat
lagi nak ke sana. Sebelum Pekan Kapit klu dari Sibu jumpa Pekan Song
 dulu,dan tambang ke Song pun sama jgk dah ada perubahan bulan 11 nie.

Rasanya nie
 dinaikkan oleh pengusaha/pemilik bot ekpress itu sendiri.Mungkin disbbkan
 kenaikan minyak yg telah naik akhir2 ini.Tapi biasanya pengusaha
bot ekspress nie diorang dpt subsidi klu x silap........dan ada kes yg kak nurul
 pernah baca pengusaha bot ekspress nie mengambil kesempatan di atas
subsidi yg diberi dgn menjual minyak tersebut, kerana,..... cthnya pengusaha
 nie declare ada 3 bot ekspres tapi yg beroperasi hanya satu sahaja dan yg dua tu x beroperasi tapi masih dpt minyak subsidi,dr sinilah berlakunya penyelewengan,
selain tu,kasihannya juga dgn pengguna yg sentiasa ramai tapi xde byk
 bot ekspres yg beroperasi,di sini timbullah masalah bot ekspress membawa lebihan muatan........terutama bila nak menjelang perayaan,permintaan tinggi dan
penawaran plk rendah,jadi di sini tiada pilihan bg pengguna atau penumpang.
 Rasanya ini terjadi pd thn lps bila eksiden bot ekspress terbalik,dgn lebihan
 muatannya pula.

Sepatutnya pemantauan pihak berwajib di sini yg memainkan
 peranan,periksa semua berapa bot ekspress yg sepatutnya beroperasi,
taklah ada kes penyelewengan dan kemalangan spt itu terjadi.




P/S: dulu semasa kat Sarawak selalu jgk kak Nurul ke Kapit dan Song ini,ada kerjaluar di sana.

7
Komen

Dah nak darjah 1

By Nazayiena Ayiena | @9:00 PG | Filed under


~ Assalammualaikum ~

Pejam celik,pejam celik dah nak msk tahun 1 anak kak nurul yg kecik
sekali tu,.... kejap rasanya masa berlalu,huhuhu......
nie je anak Putrajaya,dan yg lain tu semuanya IC tgh 13,...P
Tentu ramaikan  kwn blogger yg lain thn depan dah msk tahun 1.
Start thn depan dah mula blklah rutin harian kak nurul pegi jengguk
sklh time tghri,belikan makanan dan tunggu dia tukar baju,mcm sama
yg kak nurul buat abg dan kakaknya juga dulu.....tp abg izat je kak
nurul temankan dia tghri spi pthgn thn 1 je,dah sampai hujung thn dan hinggalah
skrg dia dah thn 2, dia uruskan sendiri,just kak nurul kasi duit poket je dgn dia.

Harap2lah Izzyan nie nanti cepat2 boleh berdikari sendiri yea.
Lagi pun start thn lepas kak nurul setiap isnin tghri ada kelas mengaji,jadi 
sayang nak tinggalkan kelas tu sbb skrg dah masuk Surah Al-Maidah,bila lg 
masa kita nak belajar klu x dr skrg. dan dahlah free.......Ustaz tu pun
mengajar semuanya termasuk tajwid.Dulu2 kat sklh belajar tajwid yg asas sahaja,
tp yg asas tu pun kak nurul dah lupa,huhuhu.........malu x,dah tua2 nie baru nak
belajar mengaji? huhuhu........x pyh malu,kak nurul sematkan dlm hati sendiri
nak belajar aje,sbb dulu xde peluang camni.........so ada peluang nie,belajarlah,
sbb itulah agar thn dpn kak nurul berharap sgt dpt lg mengikuti kelas nie,
wlpn tanggungjwb thdp Izzyan menanti. Kak nurul doakan semoga dia nanti
cepat berdikari sendiri,tapi itulah......tgk badan dia kecik je dah sklh thn 1,
mcm x confident je dia nie bolehkah x msk sklh formal nie.
Apa2 pun  sedia ajelah menanti.............






skrg nie sklh tadika lg,bolehlah pagi2 main,siap bergambar lagi,nanti dah thn satu semuanya nak kena cepat ya.....

lepak kejap kat kerusi nie sblm masuk tadika.

Khamis, 30 Oktober 2014

4
Komen

Mana keperimanusiaan sekarang?

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 30 Oktober 2014@11:44 PTG | Filed under

~Assalammualaikum~

Kenapa ya sejak kebelakangan ini terlalu byk kes yg boleh  dikategori sbg mendera kanak2.Mcm seolah2 diaorang yg melakukan semua nie xde perasaan langsung.Bagi ibu bapa yg menghantar anak kecik mereka ke rumah pengasuh, di rumah atau di taska,tawakal ajelah agar anak xde apa2kan,tapi klu menggunakan khidmat pem.rumah pun sama jgk boleh membuat hati ibu bapa risau.Skrg niekan byk kes pem.rumah mendera anak majikan mereka. Mcm x selamatkan di mana2 nak menghantar anak sementara ibu bapa klr mencari rezeki.

Klu pengasuh tu kerja dgn ikhlas,ada rasa kasih sayang spt sayang terhadap ahli keluarga sendiri mesti ini semua x berlakukan!,-

Tergamakkan hati si pelaku tu membuat ini semua pd.anak2 kecik yg x berdaya.
Bukankah anak2 kecik nie patutnya kita belai.klu kak nurul baby akan kak nurul gomol2 aje,gerammnya...
hahaha...)jgn nie plk jadi kes dera...sbb dah terlebih kasih sayang][...

Apa2 pun fikirlah 2,3 kes yg berlaku sehari dua nie,wlpn ada kes yg dah lama mungkin tp jadi viral di fb, dll
Kes pengasuh mengikat kaki dan tgn alasan sbb nakal Sgt.kes amah yg menyuap baby mkn tanpa henti2 dan kes pengasuh di taska time kasi ubat.Fikir2lah.











7
Komen

Restoren Thai Tomyang Kung,Ayer@8

By Nazayiena Ayiena | @12:40 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~


Hujung bln lepas sempena perpindahan beberapa org staff  di unit kak nurul,jadi
buatlah farewell kat Restoren Thai Tomyam Kung di Presint 8.
Tapi hari tu kak nurul x dpt join sbb ada kursus tiga hari di ILIM Bangi.
Jadi kita nie dengar ajelah. Seminggu slps kursus tu hari sabtu si kakak dan Najmi menghadiri
kem kesihatan di Serdang, So sementara tunggu kakak dan najmi sampai
naik bas carter,kita empat beranak mkn kat restoren nie,kak nurul yg ajak hubby
cuba di sini,sbb kwn2 opis diorg buat farewell di sini,kak nurul plk xleh join
jadi mcm nak pujuk hatilah kat situ.......hehehe

Sebab kitaorg pergi sblh ptg,jadi lauk nasi campurnya byklah dah habis,so
kitaorg oder ala carte je,kita order tomyang,kerabu mangga,tauhu bakar,
nasi putih,hubby plk nasi goreng tomyam klu x silap dan air apa dah x ingat....
nak ambik gambar kak nurul nie ada pemalu sikit.So total semuanya
rasa dlm RM60 lebih camtulah......tomyamnya plk kak nurul rasa
mcm ada letak santan je,betul x? bagi sapa2 yg pernah mkn kat sini...

 Di area nie Ayer@8 Promenade Presint 8 byk jgk kedai mkn2 yg lain dah buka,
makan di sini pun santai,tenang je dan viewnya pun cantik.


AYER@8 Promenade Presint 8, Source:



segan nak ambil gambar dalam,ambik kat sini pun jadilah,.....nie pun sementara tunggu hubby ke toilet.

Jumaat, 24 Oktober 2014

4
Komen

Selamat Pengantin Baru TMJ dan Cik Khaleeda

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 24 Oktober 2014@3:07 PTG | Filed under


Selamat Pengantin Baru diucapkan pd TMJ dan Cik Khaleeda



sumber:Mynewshub




Rabu, 15 Oktober 2014

7
Komen

Kami ke Cameron Highland Part 2

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 15 Oktober 2014@4:42 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

Kali nie sambungan entry tertunggak pd tahun lepas,huhuhu....) dah nak 
habis tahun 2014 baru kak nurul nak sambung entry kami ke Cameron Highland tempohari.
*,,,,,,,,,perrgghhhh..... setahun  tu, masa diambil nak sambung entrynya,dan peginya
hanya satu malam je.........apa2 pun kak nurul x kira,nak masuk jgk dlm blogku ini,hehehe......
Ok bagi kesinambungannya bertali arus atau nampak sambungannya tu,inilah entry bagi
part 1 yg thn lps........Kami Ke Cameron Highland Part 1

Ok bila dah sampai CH ptg jumaat tu,kami check in dulu di Strawberry Park Resort.
Kwn2 yg nak duduk sini boleh klik laman webnya tu.Sampai tu duduk kejap htr brg dan 
klr semula sbb nak jln2 cari makan.Sebelum mkn kitaorg singgah di Hotel Heritage sbb
nak ambik gambar depan hotel tu,kak nurul tgk hotel tu unik je dan cantik.....sbb sblm
 tu pernah tgk blog org lain ambik gambar dpn hotel nie,klu x silap blog Nurzakiah Anum,.....cantik,tu yg ajak hubby pegi ambik gambar sini,x duduk hotel 
nie,dpt bergambar dpnnya pun dah jadikan. Sps tu kitaorg jln dan mkn kat 
Tanah Rata,ada jualan bermacam2 situ,pasar mlmnya plk,malas 
kak nurul nak pegi,sbb sblm tu dah lalu,jem gilos.....

Slps dah mkn2 dan jln2,time nie dah mlm dah......kitaorg blk hotel.
Dan esoknya hubby kerja kitaorg duduk hotel hingga tghri je.
Slps tghri kitorg checkout dan nak jln2 ladang tehlah plk.Cite ladang teh tu plk 
di entry lainlah ya..........jgn entry thn dpn,sudah........










Strawberry Park Resort
Bilik utk seminar atau kursus......salah satunya



















0
Komen

Bonus Kakitangan Awam Akan Dibayar Bersama Gaji Januari - KSN

By Nazayiena Ayiena | @3:10 PTG | Filed under
~ Assalammualaikum ~

PUTRAJAYA – Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
“Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.
“Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.
Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekali gus meringankan beban kewangan mereka.
“Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lalu, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. – BERNAMA

P/s:nampaknya kena berjimat betul2 nie utk cover budget keperluan sklh anak2.

Selasa, 14 Oktober 2014

2
Komen

Cuepacs mohon bonus dibayar 15 Disember ini

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 14 Oktober 2014@11:31 PG | Filed under

~ Assalammualaikum ~


Dengar2nya Kongres  Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(Cuepacs)
hari nie memohon kerajaan membuat  pembayaran bonus pada 15 Disember ini,bukannya
Januari depan. Presidennya Datuk  Azih Musa berkata langkah itu membolehkan penjawat 
awam membuat persediaan awal persekolahan anak2 sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

Memang betul pun klu bonus tu dibayar sebelum persekolahan anak2 awal tahun depan.
Sebabnya kita ibu bapa nie memang hujung tahun itulah nak membeli semua barangan keperluan
anak2. Bagi ibu bapa yg mcm kak nurul nie,nak harap duit mana lg nak membeli keperluan 
persekolahan anak2,memang duit tu jgk,klu x dibayar bulan disember nie,larikanlah duit gaji 
yg punya bulan 12 nie utk membeli persediaan anak2,kita nie kerja camnie memang jarang
sgt nak dpt saving,saving pun kadang2 korek juga bila nak renew road tax ke,insuran dll.

Selain tu ada jgk member2 kak nurul yg non muslim di S'wak,berharap bonus tu dibyr hujung
thn nie,bolehlah diorg gunakan utk perayaan krismas nanti.

Apa2 pun rasanya ramai penjawat awam yg lebih suka bila bonus tersebut dibayar sebelum sekolah dibuka thn hadapan.

Isnin, 13 Oktober 2014

3
Komen

Selamat Hari Lahir anak2ku

By Nazayiena Ayiena | Isnin, 13 Oktober 2014@3:57 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~


Selamat hari lahir buat anak2 kak nurul.
Sebenarnya tahun nie memang xde kesempatan nak celebrate
birthday diorang. Jadi bila birthday najmi 29 september lepas
jadi mama dan ayahnya belilah kek sekali utk dua2 anak mereka yg
dah lepas hari jadinya.Kita raikan hanya sesama family
 kecik kita je.
Apa pun Selamat hari lahir buat anak2 mama semua.
Semoga jadi anak yg soleh dan solehah,dengar cakap ibu bapa
dan semoga Allah sentiasa merahmati semua anak2 mama dan ayah,Amin.

Kak Izzati birthdaynya 3.3.2001
Izzat birthdaynya 30.6.2006
Najmi Izzuddin birthdaynya 29.9.2003 



abaikan rumah yg berselerak tu.


1
Komen

CPUV masih kosong lagi

By Nazayiena Ayiena | @11:17 PG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

Salam ceria buat kwn2 semua di hari isnin nie.
Hari nie bukak a/c nuffnang ada lg CPUV masuk.
Syukur alhamdulillah,ada 3 Sime Darby LPGA 2014(PC) masuk dan 3 Zurich 
Insurance Contest,tapi masih lagi kosong semuanya.
Tgk entry kwn2 yg lain masuk berpuluh2 CPUV musim nie,baiknya
Nuffnang kali nie byk kasi pada para2 blogger.
Ok nak juga minta pandangan kwn2 yg lain bagilah tips2 agar
CPUV tu nanti bila dah credited tak kekal kosong amountnya,
sebab pernah kak nurul punya dpt CPUV jumlahnya cuma  1 sen sahaja.
So selain dari kita rajin update entry2 terkini ada x tips2nya yg lain.........?





Jumaat, 10 Oktober 2014

3
Komen

Bajet 2015

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 10 Oktober 2014@2:12 PTG | Filed under
~Assalammualikum ~


Bajet 2015 dilihat penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Ke-10, yang menyediakan peruntukan bagi program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit. 

Sama2lah kita tunggu bajet 2015 ptg nie.



Info Grafik

Khamis, 9 Oktober 2014

2
Komen

Cheesekut Milo

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 9 Oktober 2014@9:30 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~


Sebenarnya buat cheesekut nie dah kali ke 4 kak nurul buat,wlpn dah kali ke4 tapi masih jgk
merujuk resepi,resepi plk kak nurul salin di mana2 kertas hinggakan dah rupa kertas
 pembungkus belacan kata org.Jadi salah satu sbb kak nurul buat blog nie
 utk simpan resepi2 yg telah kak nurul buat atau cuba,wlpn gambar hasil masakannya 
x cantik seperti di dlm blog masakan org lain tapi kak nurul nak letak
 jgk dlm blog ini sebagai rujukan kak nurul sendiri. Taklah berterabur sana 
sini resepi kak nurul tu,.....pening nak cari tu klu terus camni nak simpan resepi.



Bahan2nya
1 bungkus biskut Deluxe crackers(hup seng)
sedikit fresh milk
1/2 tin susu pekat manis
250gm cream cheese

Pukul cream cheese jadi lembut,masukkan susu cair.Masukkan 2 sudu fresh milk(Ikut kesesuaian-
kepekatannya)
Biskut dicelup dlm fresh milk dan disusun dlm bekas
Lapis dgn krim tadi,ulangi langkah tersebut.
Ulangi langkah di atas sehingga habis biskut.
Di atasnya kak nurul tabur milo,sbb anak2 suka.
simpan dal peti ais semalaman,barulah sedap mkn......sejuk2.






0
Komen

Sedapnya pizza dgn sos putih

By Nazayiena Ayiena | @4:47 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

Hari tu mood rajin kak nurul datang utk meroti,buat sikit2 je utk sekali mkn anak beranak.
Kak nurul buat pizza jgk,kali nie try dgn sos putihnya.
memang sedap,sblm nie kak nurul klu topping pizza hanya guna sos spagetti tu je.
Bila mkn memang x ingat apa,asyik nak menyuap aje.
Roti pizza tu kak nurul buat ikut resepi biasa je,
Resepinya pun kak nurul copy dr blog ainkamal,......minta izin yea.
Rasanya ainkamal pun ambik dr blog Dayang Jack(Dapurku Sayang),minta halal ya.


Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan
  5. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  6. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  7. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  8. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  9. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  10. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g ayam cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
  • sedikit oregano kerin
  • hirisan nenas
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
 


Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat







Base pizza frozen kak nurul buat.

Jumaat, 3 Oktober 2014

2
Komen

"Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!"

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 3 Oktober 2014@4:58 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~





Jom join Giveaway dari Aisya yg skrg nie sedang study di Jerman.
Syarat2nya

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blogJINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

Tarikh tutup:GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014

Jom join ramai2.

Kak nurul nak tag

1. FIFI
2. Emme



1
Komen

Sunset kampungku

By Nazayiena Ayiena | @4:27 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~


Salam jumaat penghulu segala hari buat kwn2 semua.
Sekejapnya masa berlalukan.
Dah nak sambut raya korban.
Selamat menyambut hari raya korban dan berkorban buat kwn2 semua.
Kak Nurul pun blk kpg jgk raya korban nie.
Dah lama x blk kpg,rasanya dah lebih sebulan........
Hubby bz dan asyik ada kerja bila di hujung minggu,
mesti rumput di keliling rumah dah naik tinggi blk,
dan sbb itulah ada org tu asyik komplen bila kitaorg blk kpg,kerjanya
hanya untuk memotong rumput je,maaflah yea,nak buat camne,
rumput2 tu kena potong,nanti takut ada lg si pjg hitam.........geli.

Ok,lupakan pasal rumput2 tu,jom menikmati pemandangan sunset kpg 
kak nurul di S'wak,ini gambar yg tahun lps,thn nie x menembak pun sbb
x cukup masa,blk hanya sekejap je.
Tapi sempatlah berjln semua rumah bapak dan emak saudara yg masih ada
di kpg.




budak2 mandi sungai......mesti soklan kwn2,ada buaya x?mestilah ada,tp setakat nie blm ada lg kes serangan buaya di kpg kak nurul.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink