NUFFNANG

Selasa, 30 Disember 2014

Objek Dikesan Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501

~ Assalammualaikum ~
Syukur alhamdulillah banjir di Pantai  Timur sekarang makin beransur pulih.Walaupun dah beransur pulih tapi kesan dr banjir tu pun memang berat mata memandang,diharap mangsa2 banjir tabah menghadapinya.Begitu juga mangsa2 banjir di negeri Perak skrg ini.
Untuk pesawat AirAsia QZ8501 dgrnya dah ada tanda2 dijumpai objek2 dr pesawat berkenaan.Apa2 pun penemuannya,semoga ahli keluarga penumpang tabah menghadapinya.

Objek Dikesan Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501


Objek-objek yang ditemui sebentar tadi di permukaan laut di perairan Kalimantan ketika pencarian pesawat AirAsia QZ8501 disahkan daripada pesawat berkenaan.
Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Indonesia Djoko Murjatmodjo berkata, untuk waktu ini, ia adalah sah milik pesawat berkenaan yang hilang sejak awal pagi Ahad.
Menteri Pengangkutan Indonesia akan segera berangkat ke Pangkalan Bun iaitu pusat operasi bagi pencarian pesawat itu di Indonesia.
Selain itu, sumber dari pasukan pencarian turut mengesan visual berupa manusia berhampiran dengan serpihan pesawat tetapi tidak diketahui masih hidup atau sudah meninggal dunia.  - MYNEWSHUB.CC 
Berita sebelumnya:sini

4 ulasan:

eMMe berkata...

Ya Allah ada jumpe petunjuk ye Kak Nurul.. berita MH370 tak selesai lagi, timbul lak cerita Air Asia hilang...Ya Allah dugaan mu sgt hebat, permudahkanlah Ya Allah...

Anum berkata...

macam2 dugaan

Fiza Rahman berkata...

Ha'ah kak. Dah jumpa pon mayatnya.

Azian Elias berkata...

semoga semuanya tabah dan redha dengan ujian ALLAH ini... memang sedih sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...