NUFFNANG

Selasa, 4 November 2014

Karipap kentang ranggup


~ Assalammualaikum ~

Semalam angin rajin datang untuk membuat karipap kentang.Sebenarnya ini mungkin
kali kedua seumur hidup kak nurul buat karipap sendiri.First dulu masa duduk kat Sarawak lg.
Klu tolong2 buat tu adalah,tlg  arwah nek,.........arwah nek nie seorang yg rajin memasak.
Kak nurul buat karipap inti kentang dan kak nurul campur sikit dgn udang kering.
Ptg tu sblm blk kerja kak nurul ada copy resepi karipap nie
Minta halalkan ya..... masukkan dlm blog utk rujukan diri sendiri bila nak buat lg nanti.

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 
    1. 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
     2. 1 biji bawang besar ( potong dadu)
     3. 3 ulas bawang merah ( dikisar )
     4. 2 ulas bawang putih  ( dikisar) 
     5. segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
     6. 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
     7. 3 sudu besar serbuk kari
     8. 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
     9.  Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

1. 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
2. dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau      marjerin )
3. satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 

Cara buat kulit karipap
Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.

Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup

Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup
buat atas meja,tp meja tu saya dah lapik guna plastik putih....


sbb buat tgh mlm dah,jadi goreng sekejap je,pg esok goreng lg.
bekal bawa opis.

Terima kasih pd blog yg kak nurul ambik resepi nie.

4 ulasan:

Mummy MM berkata...

Sedaplah.

Klik untuk baca entry terkini saya > Blogging : Cabaran November #1

Ujie Othman berkata...

Molek je akak buat. Saya sejak ada yg frozen, dah jadi malas buat sendiri. Tapi apapun, mmg lebih puas ati buat sendiri..inti letak byk2. Rasa inti pun boleh adjust ikut cutarasa kita.

eMMe berkata...

hurm..goreng lagi kak, kasi garing lagi.. kuninggg btol, hahaha..jgn hangus la.. tu saya suke.. karipap pusing la kak... heeee~

Mun berkata...

suka makan tapi xreti2 nak buat..hehehe.... zmn sekolah penah buat karipap pusing.. tp bila dah lama2 terus lupa dah..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...