Chocolate Lasagna | ! My Lovely Family Blog !



Rabu, 5 November 2014

11
Komen

Chocolate Lasagna

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 5 November 2014@5:11 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~ 

Hari nie kak nurul nak share buat chocolate lasagna,hari minggu lps kak nurul dah cuba buat tau....
Ingatkan  chocolate lasagna nie buat pki kulit lasagna tu,..tu yg kak nurul fikir bila dgr namanya lasagna
Tapi xde guna langsung pun klu buat chocolate lasagna nie.
Resepinya kak nurul ambik dr blog ana,...blog yg byk resepi tu....minta halalkan ya ana.





Ok,kita buat step by step yea!


Mula2 sediakan bahan2nya dulu.... Ada tiga step besar yg kena buat,sebab kan ada
3 jenis layer tu,layer pertama biskut oreo,layer kedua coconut chocolate dan ketiga cream cheese,
kwn2 nak buat berapa layer tu terpulang,tp nielah antara layer2nya.

Adunan 1 (sediakan basenya)(Step 1)

Bahan2
2 bungkus oreo ~ 28 keping oreo
5 sudu besar butter di cairkan


Biskut oreo dihancurkan bersama dgn krimnya,kemudian digaul bersama dgn butter yg
telah dicairkan.Masukkan dlm bekas,Biarkan dulu,slps tu kita masak adunan kedua,coconut chocolate.


Adunan 2 (step 2)

Bahan2 Chocolate Coconut Pudding :

1/4 cawan tepung jagung ( 50ml )
1/2 cawan gula kastor ( 80ml )
Secubit garam
1 1/2 cawan susu segar ( 300ml )
1 1/2 cawan santan kotak ( 300ml )
200 gram dark coklat
1 penutup penuh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko


Cara2nya
Kesemua bahan2 di atas masak kaedah double boil.
Masak sehingga pekat dan tidak berketul2
* klu tgk resepi yg lain diorang guna fresh milk,tp kak nurul derhaka sikit guna susu full cream
Dah masak tu sejukkan dulu.


Adunan 3 (step 3)

 Cream Cheese

Bahan2nya


250g cream cheese
2 sudu besar susu segar
100 gram gula aising
300ml non dairy whipping cream




Pukul cream cheese yg pd suhu bilik sehingga lembut,kemudian campurkan
2 sudu besar susu dan gula aising,putar sehingga sebati dan ketepikan.

Kemudian pukul putar non dairy whipping cream secara berasingan. kak nurul 
guna jenama Rich's sehingga bertanduk atau kental,x tumpah bila bekasnya diterbalikkan.
Slps tu barulah cream cheese tadi dicampur dgn  non dairy whipping cream,gaul
kedua2nya sehingga mesra.

Ok dah siap semua stepnya,barulah kita layer2kan chocolate lasagna kita nie.

Lapiskan cream cheese nie di base oreo tadi,kemudian lapiskan dgn coconut chocolate,
kemudian cream cheese lagi,dan atasnya bolehlah kita hias dgn apa2,cthnya coklat chip ke
atau buahan2,kak nurul gunakan coconut chocolate tadi yg ditinggalkan sedikit buat
hiasan,tp tgklah hiasannya jadi comot plk,huhuhu........
~selamat mencuba~


Abaikan hiasan atasnya itu.....layer coklatnya pun x berapa nampak........

11 ulasan:

Ujie berkata...

Ya Allah...sedapnya nampak! Baca bhn2 pun dah terbayang rasa sedap.
Tapi mmg pelik, nama tak serupa bhn..takde kulit lasagna.

Saya bookmark utk rujukan..teringin nak buat gak. :)

Jazz Lover berkata...

Nyaman eh. Tapi cara molahnya macam complicated jak.

aryan azra berkata...

salam kak nurul...tq berkongsi resepi.macam best ajer resepi ni,kalau rajin bolehla saya cuba nanti

Kakzakie berkata...

lasagna sebab berlayer-layer macam lasagna itulah Nurul. Ini kalau kena anak-anak kakak memang sukalah mereka..

- berkata...

oh hooo...akak.....nampak mengiurrkan.... huk huk....

Kesuma Angsana berkata...

wah best2 tq share sama yer

Fifi Nadhrah berkata...

sedapnye tengok kak nurul..

Nazayiena Ayiena berkata...

@Jazz Lover

senang jak molahnya,mun dah cuba....

adianiez AIDA berkata...

wow! bahan semua ada ni...
mcm mau cuba la buat ahad ni...
lasagna coklat cheese yg menarik sgt ni!!!

ros_reeza berkata...

sedapnya nampak.... thanx share resepi. nanti boleh cuba pula. ;)

Haslinda Hassan Ali berkata...

terliuq kita sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink