NUFFNANG

Rabu, 12 November 2014

Astro lancar tambahan 10 saluran baru

~ Assalammualaikum ~
WahH... Astro menambah lagi saluran siarannya yg sedia ada,bermula 16 November ini 10 saluran baru iaitu 8 saluran Berdefinisi Tinggi(HD) dan 2 saluran Definisi Standard(SD) akan bersiaran.Banyaknya channel skrg,tp kak nurul x sabar nak tunggu Maharaja Lawak Mega 2014 yg secara rasminya bermula mlm sabtu nie 14 NOVEMBER 2014.

Petaling Jaya: Pelanggan setia Astro akan menikmati lebih banyak pilihan dengan tambahan 10 saluran baru yang dilancarkan petang semalam.
Semua 10 saluran baru yang akan bersiaran bermula 16 November ini membabitkan lapan saluran Berdefinisi Tinggi (HD) dan dua saluran Definisi Standard (SD).
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, saluran HD Astro bermula dengan hanya empat saluran ketika dilancarkan pada 2009 sebelum bertambah ke 40 saluran.
“Pelancaran lapan saluran HD berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan 48 saluran HD.
“Saluran baru HD yang dilancarkan adalah Fox Family Movies HD (Saluran 434), Fox Action Movies HD (Saluran 430), HITS HD (Saluran 720), FYI HD (Saluran 736), Astro AEC HD (Saluran 306), Astro Shuang Xing HD (Saluran 307), DIVA HD (Saluran 723) dan FOX HD Saluran 724) manakala saluran SD baharu pula adalah ZooMoo (Saluran 619) dan Celestial Classic Movies (Saluran 321).
“Dengan penambahan 10 saluran baru ini, pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih 180 saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menarik,” katanya.
Henry berkata, buat pertama kalinya, Astro berbesar hati menawarkan kandungan video atas permintaan (VOD), Astro Plus, yang mengandungi lebih seribu jam tayangan filem Hollywood, program televisyen dari Amerika Syarikat dalam musim lengkap dan rancangan untuk kanak-kanak.
“Pelanggan hanya perlu mempunyai sambungan Internet menerusi Rakaman Video Peribadi (PVR) atau Astro on the Go (AOTG) untuk menonton semua program kegemaran mengikut keinginan, masa, tempat dan keselesaan mereka sama ada menerusi televisyen, komputer peribadi atau tablet mahupun telefon bimbit,” katanya.
Pada masa sama, Henry berkata, Astro turut melancarkan dua pakej baru iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada pelanggan mengikut pilihan pakej mereka.
“Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.
“Astro Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaru, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro’s Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.
“Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 1 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015, ” katanya.Harian Metro


4 ulasan:

Anum berkata...

tambah lagi

Izwa Kamaruddin berkata...

makin bertambha yuran dia ye thn dpn hehee..

Dr K berkata...

tak perlu la Astro nak bermain bahasa kata " demi pelanggan"...hahahaha..segala penambahan = tambah $$$$

Mummy MM berkata...

Ya bok best nangga nya. Yang sik best time bayar bil nya. Heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...