NUFFNANG

Rabu, 27 Ogos 2014

Parut Kelapa Manual


~ Assalammualaikum ~

Lamanya x update blog......
asyik xde mood je nak buat entry.Entry raya pun klu x silap dah dua tahun berturut2 nie kak nurul
x buat.Syukur alhamdulillah tahun nie kak nurul dah habis bayar puasa dan puasa syawal pun sempat buat,last ari tu ari isnin 29 Syawal dan semalam kak nurul dah raya!.......yea..

Ok hari nie kak nurul just nak share ngan adik2 di luar sana cara2 org dulu2 nak dapatkan santan kelapa atau kelapa parut tanpa guna mesin kelapa tu.Anak2 zaman sekarang mesti ada yg tak pernah nampak parut kelapakan!ini termasuklah anak kak nurul sekali tu espp.si kakak dan adik beradiknya yg bawah tu lagilah x pernah nampak parut kelapa nie,apatah lagi klu kukur kelapa,)........lagilah diorg x tahu.
Masih kak nurul ingat waktu nak beli parut kelapa nie,ada stgh kedai tanya,diorg x tahu.....atau diorg x faham apa yg kak nurul maksudkan.......tapi klu nak beli better beli di kedai2 hardware atau yg jual pinggan mangkuk.

Sebenarnya hujung minggu yg lepas kak nurul x blk kpg,jadi sayang ngan kelapa inti dan tua yg bawa dr kpg tu busuk jadi kak nurul kupaslah dan parut utk buat kelapa inti dan santan.Memanglah renyah rasanya sbb lama dah x buat kerja nie semua......hampir 15 thn x memarut kelapa dgn papan parut.
Lengguh tgn tu x pyh citelah.....mlmnya baru rasa lenguh2 tgn nie semua.
Kak nurul mula dari mengupas kelapa,memarut dan memerah santan, dah x tahan nak memarut lagi last2nya kak nurul potong kecik2 buah kelapa yg nak dibuat santan tu dan blenderkan aje.

Dalam proses memarut kelapa nie nak kena hati2 sebab boleh terluka jari tau.
Anak2 kak nurul semuanya nak mencuba,jadi kak nurul kasi peluang mereka merasa,lepas tu takut plk
nak buat,takut jari luka............hehehe,baru tau betapa susahnya org dulu2 nak buat santan dan kelapa parut dgn manual.Skrg semuanya dah moden dgn mesin je dan nak cepat lagi beli je yg segera. Begitulah,semuanya mengikut peredaran zaman barang2 dicipta utk kemudahan dan kesenangan manusia.


ada lima biji kelapa nak dikopek nie.

kelapa dah siap kopek dan sebelah tu parut kelapa

kelapa inti tu kak nurul buang kulit hitamnya dulu,baru parut dan yg sebelah tu kak nurul nak blender je.

inilah santan kelapa dari kelapa yg diblender,kak nurul campur garam sikit sblm masuk fridge.

8 ulasan:

LYAfrina berkata...

Satu lagi guna kukur kelapa tu.. y leh duduk ats.. dlu2 mmg pkai tu je..

Unknown berkata...

Dekat rumah saya memang ada papan kukur ni. Mak dngn nenek selalu guna untuk parut kelapa smpai sekarang. Walaupun saya ni remaja zmn moden tapi pernahlah saya guna papan kukur ni. Mula2 takut jugak nak guna takut luka

Aisy Nasiha berkata...

Kena hati2 lebih utk kita yg jarang guna ni kan. Kenapa letak garam? Utk tahan drp rosak ke?

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Kat rumah kampung saya ada benda ni. Sekarang dah tak guna. Memang best guna parut macam ni.

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Kat kg mak saya masih pakai parut kelapa tu. Dulu masa remaja2 selalu gak kena 'paksa' memarut. Sekarang? Sanggup start kereta pergi kedai beli yg dah siap perah. Keh3x..

Rozie berkata...

Lama tak kuna ni org kedah panggil kukoq nyok... hehehe

Will berkata...

Ada sesiapa tahu di mana boleh beli kukur kelapa ni sekarang?

Will berkata...

Ada sesiapa tahu di mana boleh beli kukur kelapa ni sekarang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...