Solat Tasbih 4 Rakaat | ! My Lovely Family Blog !



Sabtu, 12 Julai 2014

3
Komen

Solat Tasbih 4 Rakaat

By Nazayiena Ayiena | Sabtu, 12 Julai 2014@9:00 PG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

Semalam Kak Nurul  ada menghadiri Ihya Ramadhan,sebelum solat zohor dan solat sunat Tasbih tu Ustazah adalah kasi Tazkirah yg amat berguna.Kak nurul dengar je tanpa mencatit isinya,macam org yg kuat ingatan ajekan kak nurul nie tapi sebaliknya dengar hari nie,esok dah lupa.,huhuhu.....)

Antara isi tazkirahnya ialah bila bulan Ramadhan nie kita hendaklah ada perancangan dlm menempuhi bulan Ramadhan yg hanya sebulan.Bukan perancangan persiapan raya spt kuih2 atau baju2 raya tapi ibadah kita
seperti membaca Al-Quran,solat sunat terawih dan lain2. Persiapan raya tu klu boleh sblm bln puasa lagi dah buat persiapan.Di bulan Ramadhan ini  ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. 

Banyak lagi isi2 tazkirah daripada Ustazah tu yg menarik minat kak Nurul sampai x mengantuk pun mendengarnya.....antaranya isu Palestin yg diserang Israil di bulan yg mulia. Marilah kita sama2 membantu rakyat Palestin dlm mempertahankan agama kita agama Islam.

Selain itu Ustazah juga ada menyebut di bulan Ramadhan ini waktu yg mustajab berdoa,sebelum berbuka puasa.Kita ibu2 ini yg doanya xde hijab elok mengambil kesempatan masa ini untuk berdoa,terutamanya berdoa utk anak2.

Sebenarnya byk lg isi2 tazkirah dari ustazah yg kak nurul x berapa pandai nak share di sini.

Ok di sini kak nurul nak catit sikit cara solat tasbih utk panduan kak nurul sendiri di masa yg akan dtg.
klu x tulis nanti lupa..........


Solat Sunat Tasbih kalau di buat di siang hari 4 rakaat dan klu di mlm hari 2 rakaat.
Klu 4 rakaat,rakaat ke 3 dan keempat hanya surah Al-Fatihah sahaja dibaca.

NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.


 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300




P/s:Lupa plk nak tanya ngan Ustazah tu,klu buat 2 rakaat yg waktu mlm,adakah bacaan tasbihnya diganda 2 x bagi satu rakaat itu?Semoga ada pencerahan dari kawan2 yg arif dlm hal ini.














3 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

dah lama tak buat solat sunat tasbih ni...saya pun tertanya tanya juga kalau 2 rakaat macammana...kena googlejap :)

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Terima kasih info solat tasbih ini akak. Berguna sangat masa sekarang ini.

Mimi Azirah berkata...

mgu dpn opis sy buat solat tasbih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink