Dua biji sagu yang berbeza | ! My Lovely Family Blog !



Rabu, 2 Julai 2014

6
Komen

Dua biji sagu yang berbeza

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 2 Julai 2014@8:30 PG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

Sempena bulan puasa nie mesti ramai yg buat kuihkan utk berbuka puasa.
Antara kuih yg selalu ada di bazaar ramadhan kak nurul tgk ialah kuih abok2.
Sapa x tahu kuih abok2?kak nurul pun selama nie tak pernah buat kuih tu,tapi
anak kak nurul dah buat,diorang belajar buat di sekolah,adalah 2-3 ketul hasilnya
dia bawa balik.Merasa kak nurul air tangan anak dara kak nurul,wlpn di rumah anak dara
kak nurul tu memang berat tulang nak menolong mamanya kerja2 rumah.

Nak buat kuih abok2 tu mestilah bahan utamanya biji sagukan.Teringat kak nurul
anak kak nurul dia tak tahu beza biji sagu dari rumbia dgn  biji sagu yg warna putih tu.
Sebab kebetulan rumah kak nurul ada biji sagu yg dr rumbia tu,dia fikir buat kuih abok2 pakai 
biji sagu tu,bila dia beritahu dgn kak nurul,kak nurul ketawakan dia,jadilah nanti kuih abok2 tu.
Biji sagu yg putih tu pun kalau x silap  dari batang sagu jugakan dalam bentuk kanji......


Inilah dua sagu tersebut.Sagu yg coklat tu biasanya mkn campur dgn kelapa parut dan gula,boleh terus makan.Sagu nie kebanyakkannya diproses di Mukah,Sarawak oleh kaum melanau.




6 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

baru saya tau

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Macam ini rupanya. Pertama kali tahu tentang ni..

Aisy Nasiha berkata...

Oo ada dua jenis sagu ya. Haha.. budak2 mana nak tahu kan.. mujur dah dijernihkan oleh ibunya pasal ni..

LYAfrina berkata...

owh..sagu ada 2 jns rupanya.. lya slama ni biasa tgk y kaler putih tu je

Zefa NorAsmara berkata...

Jgnkan budak2, sy yg dah mak budak ni pun baru tahu. Hahahaha..

Ps: terima kasih kak nurul utk info, sian mak budak yg sorang ni. Hihi

Mimi Azirah berkata...

oooi sagu de dua jenis eh...bru tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink