Hargailah waktu sihatmu | ! My Lovely Family Blog !



Selasa, 27 Mei 2014

5
Komen

Hargailah waktu sihatmu

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 27 Mei 2014@11:19 PG | Filed under


~ Assalammualaikum ~


Apa khabar semua kwn2?semoga sihat dan marilah sama2 menghargailah kesihatan yg Allah anugerahkan pd kita yg tak ternilai itu.Pada ahad lepas kak Nurul pegi ambik kakak di KLIA dtg sini semata2 nak ke IJN.Kakak kak Nurul nie dia tinggal di Sibu,dia ditemani husbandnya.Anaknya ada 5 org,dan sementara dia dgn husbandnya berubat kat sini anak2 ditinggalkan dgn ibu dan bapa mertuanya yg dah lanjut usia itu.Baki sekolah 2 hari nie anak2nya telah minta izin kat sekolah cuti terus,sbb xde org yg nak menghantar dan mengambik mereka.Anak kakak kak Nurul yg kecik sekali klu x silap baru 2 ke 3 thn camtu.

Hubby awal pagi smlm menghantar mereka ki IJN sbb appoitment mereka kul 8 pg. Sebenarnya kakak kak Nurul tu ada masalah jantung,disbbkan di kuching xde pakar yg merawat jenis masalah kakak kak nurul nie jadi terpaksalah dia dibuat di sini.Smlm  admit dan hari nie operation,Insya Allah petang karang lepas blk kerja nak pegi melawatnya.Tanya ngan abg ipar sebenarnya operation apa,abg ipar pun x pasti.....so tunggulah ptg karang kak nurul ngan hubby tanya betul2 apa masalah kakak kak nurul nie. Sbb dlm hujung thn lepas dia ada pegi sini dan kursus,waktu tu dia sihat je dan lepas tu dia jatuh sakit,kak nurul tgk perubahan dirinya sungguh kurus berbanding last kak nurul jumpa dia hari tu. Apa2 pun semoga penyakitnya x serius.

Hari nie dan smlm Ijat x sekolah,sbb cirit birit dan demam sikit.Smlm kak nurul bawa pegi klinik dpt mc,hari nie cuti camtu je sbb masih x sihat lagi.Si Najmi smlm boleh bertahan lagi sekolah spi tghri,dan ptg cikgu dah call suruh ambik sbb dia muntah dan demam sikit.Sebenarnya waktu rehat tu guru kelasnya cal ckp Najmi sakit perut dan muntah,tp kak nurul masa tu dah lama klr temankan ijat gi klinik jadi kak nurul ckplah ngan dia suruh bertahan sakit.klu sikit2 x pyhlah nak blk rumah,dan dia kata ok.........kak nurul lupa plk nak beritahu hubby suruh dia ambik ke apa....dah tghri tu ustaz cal kak nurul x dpt jadi dia cal hubby,lepas tu kak   nurul beritahu sebenarnya pagi tu dah cikgu cal beritahu najmi x sihat........tp lupa nak ckp ngan dia...........hehehe sorrylah,ingatkan abg sibuk sgt.,tu yg malas nak ganggu. Last2 hubby klr ambik najmi dan htr blk rumah di samping nak tgk si ijat sekali.

Begitulah bila sikit je Allah duga kita dengan menarik nikmat kesihatan kita,kita dah rasa down sgt2.
Anggaplah penyakit yg dtg pada kita sebagai penghapus dosa2 kecil kita.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa , "dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya".



5 ulasan:

Tihara berkata...

MOGA KITA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN MAMPU MENUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH

Ibu Lala berkata...

Sy ni lg la down bila husben kena mcm mcm penyakit. Hsptl tu dah jd rumh no 2. Tak tau nk ckp apa dh. Perasaan tu hny Allah yg tahu.

eMMe berkata...

Kak Nurul, sihat ke? harap2 semuanye sihat2 selalu... n mudah2kan kita diberikan kesihatan yg baik.. Amin....

perubatan khalifah berkata...

betapa pengasihnya Allah, diturunkan bala ujian dan penyakit sebagai ujian semata-mata untuk menaikkan darjat kita ke tahap yang lebih tinggi...
juga diturunkan ubat dan penawarnya melalui hadis Nabi sebagai penguji tanda berimannya kita pada pesuruh Allah...
maklumat PDF tentang UTM Skudai terhadap habbatus sauda dalam membuktikan hadis Nabi (terutama dalam merawat kanser), boleh didownload di link ini :-
http://bit.ly/1uLfp6D
~blogspot : rawatankanser2013

adyna berkata...

Btl kak, sakit ni sbb Allah nak kurangkan dosa2 kite , semoga kita sentiasa sihat hendaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink