Captain America | ! My Lovely Family Blog !



Khamis, 10 April 2014

9
Komen

Captain America

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 10 April 2014@4:10 PTG | Filed under

~ Assalammualaikum ~

 Cerita nie 2 minggu lepas masa cuti sekolah seminggu tu,bulan 3/2014.
Di kesempatan yg ada bawalah anak dan  anak2  buah sekali menonton cite
Captain America.Anak ada empat dan anak buah plk ada 3 orang,jadi
ptg tu kak Nurul jaga 7 org budak2 dan kakak plk bolehlah diharap utk tolong 
tgk2 sepupunya.Pergi menonton di Dataran Pahlawan kali nie.Hari tu
cuti bulan 12 tgk cite ular di Mahkota Parade.

Budak2lah suka tgk cite nie,espp si Izzat,siap dulu minta Alang belikan baju Captain 
America lagi, dpt jugak beli keychain captain America buat mereka.Bagi kak Nurul 
cite nie bestlah jgk,camtulah org yg jarang tgk wayang nak review ckp best ke x best je jln citenya
klu org yg dah biasa review tu pjg berjela je entry review diorgkan!

Oklah, copy paste je review Captain America dr akhbar Sinar Harian.


Captain America lebih aksi

BAGI anda yang mengikuti komik Marvel dan filem-filem keluarannya, Captain America: The Winter Soldier pasti menjadi salah satu filem yang amat dinanti-nantikan.

Namun, bagi anda yang barangkali tidak pernah mengikuti filem yang diadaptasi dari komik Marvel seperti filem pertama Captain America atau pun The Avengers, maka anda berkemungkinan besar menghadapi masalah memahami cerita silam Steve Rogers di dalam filem kali ini.

Ini kerana, hanya sedikit imbas kembali dimasukkan di dalam filem ini dan selebihnya adalah persoalan yang berlaku di dalam Shields.

Namun menariknya, dalam filem ini, anda tidak lagi disajikan dengan kuasa pelik melainkan perisai yang digunakan, anda pastikan akan merasa berdebar setiap kali melibatkan babak-babak aksi.

Apatah lagi dengan menggabungkan idea dua pengarah iaitu Anthony Russo dan Joe Russo maka anda akan melihat sebuah hasil yang cukup bombastik!

Bukan itu sahaja, di dalam filem ini, anda akan melihat bagaimana Captain America melawan dengan musuh yang juga kisah silamnya membuatkan di sebalik aksi-aksi yang dipaparkan ada satu emosi yang mampu meruntun jiwa.

Pencarian dan usaha Steve bersama Black Widow merungkai segala misteri di dalam filem ini juga akan memberi anda kejutan demi kejutan yang tidak di sangka. Seperti biasa, segala persoalan hanya akan terungkai di kemuncak dan pengakhiran jalan cerita.


Hasil memuaskan

Bukan itu sahaja, dengan suntikan Imej Janaan Komputer (CGI) di dalam filem ini akan membuatkan anda berada cukup kagum.

Sinematografi juga nampak lebih kemas dan menarik berbanding filem sebelum ini, begitu juga dengan kesan bunyinya.

Biarpun tidak melibatkan banyak kemusnahan seperti di dalam filem The Avengers, namun sekuel kali ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.


Lakonan mantap!

Lakonan mantap barisan pelakon seperti Chris Evans, Scarlett Johansson, Samuel L. Jackson sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apatah lagi, dengan dibantu oleh Sebastian Stan, Anthony Mackie, dan Cobie Smulders, menjadikan setiap karakter berjaya ditonjolkan dengan baik tanpa membayangi karakter yang sedia ada.

Kehadiran Stan tentu sekali akan menarik perhatian ramai untuk filem Captain America yang seterusnya.

Justeru, bagi anda yang masih belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk berbuat demikian dan nasihat penulis, jangan keluar panggung sehingga tamat, 'ending credit'!









Sukanya mereka nak tgk wayang


Si Rayyan duduk sblh hubby,hubby ckp dia ada terlelap skjp,si Damia duduk sblh kakak,syok tgk,xde tido pun,Si Izzyan duduk sblh kak Nurul dah pertghn jln cite dia tertido spi habis cite..........cite tu tgk dia.


Damia baru pertama kali tgk wayang














9 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

X SEMPAT TGK LAGI

Tuan Juhaida berkata...

Hihi plannya nak bwk kids tgk weekend ni

Fiza Rahman berkata...

Meriah tu tgk wayang beramai²

Nurfaezah Abdullah berkata...

maca mane la mrk dapat tido dalam keadaan dalam cinema yang bising tu hehehe

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Seronok berjalan ramai-ramai.

Ujie berkata...

saya pun 'buta' bab movie ni. apapun, kalau dh ramai pegi mmg seronok.

Cho Zila berkata...

tak tengok... sebab anak2 girl dan kecik lagi tentulah RIO2 jadi pilihan.. katanya cerita captain amerikanipun best yerk...

nurbijen berkata...

tunggu tiket murah, boleh kot bawa anak2 tgk captain amarica ni :)

sal ya berkata...

Tgh nak crk cd frozen. Br sibuk2 nk tgk kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink