Alahai si tukang kasut | ! My Lovely Family Blog !



Jumaat, 20 Disember 2013

10
Komen

Alahai si tukang kasut

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 20 Disember 2013@12:12 PTG | Filed under
~ Assalammualaikum ~
Hampir seminggu kak Nurul x update blog,sebenarnya awal minggu nie kak nurul cuti untuk membeli
barang2 keperluan sekolah anak. Baju,kasut dan beg dah beli semua cuma tinggal alat tulis je lagi belum. Baju kakak plk kak Nurul beli kain meter dan tempah kat org, 3 pasang,nasib baiklah tukang jahit tu nak dan dia ckp boleh siap 25 hb nanti.Baju najmi dan Izzat biasalah kak Nurul beli di beelon.Ok bab baju anak2 dah settle. 

Baca kat harian metro muka depan hari nie kisah kejujuran seorang tukang kasut di Kuantan,Pahang.
Memang kak Nurul kagumlah akan rasa tanggungjawab peniaga tukang kasut nie. Sanggup menyewa bilik stor utk menyimpan kasut2 pelanggan yg tidak dituntut. Bukan semua tukang kasut yg sanggup buat begitu,......kak nurul ckp macam itu sebab dah ada pengalaman menghantar kasut untuk dijahit hampir setahun x siap2. Berkali2 datang ke kedai tu,x siap2 dgn bermacam2 alasan seperti x cukup pekerjalah dan sebagainya.Disebabkan dah hampir setahun x siap jahit jadi kak nurul decidelah nak ambik balik kasut tu,bila tanya mana kasut tu boleh plk dia cakap x pasti sbb mungkin dah dibuang sbb sblm beberapa hari nak ambik tu tukang kasut tu ckp dia dah buang berguni2 kasut yg org x tuntut.Apa yg masalahnya kak nurul bukannya x tuntut tapi bila nak ambik dia ckp x siap lagi. Hubby pun dah benggang sbb sukahati dia je nak buang kasut org.......tapi kak nurul cool lagi dan ckp ngan tukang kasut tu nak cari jgk kasut kak nurul tu.Akhirnya jumpa juga dlm guni dan masih berbungkus plastik siap ada no.telepon utk dihubungi klu dah siap jahit.Bila dah jumpa tu,siap tukang kasut tu tanya,nak jahit ke tak?kak nurul angkat kaki,blahh....x pyh.Mungkin kedai jahit kasut nie femes kat Melaka sbb kedai tu sederet kedai yg jahit kasut je di area jln hang tuah...........

Ada satu lagi kedai jahit kasut lebih kurang sama kes nie,tapi nie di Jalan Duyung,area family store(org Melaka mesti tahu),kak nurul hantar sepasang kasut nak tambah tapak dan tumitnya,hantar sebelum puasa dan slps raya kak nurul nak ambiklah.Boleh tukang kasut tu ckp x nak buat sbb nanti takut x diambik dan merugi dia sahaja klu buat.....boleh camtu plk?Kak nurul pun rasa marah pun ada,dulu waktu hantar nak no telefon sbb nanti boleh tanya dah siap buat ke tak,dia x nak bagi sbb nak privaci..........
Selepas tu suruh dia cari x jumpa.........nak tunggu tuan kasut tu sendiri cari baru jumpa.Boleh dia ckp x nak buat tu takut rugi sbb byk org x tuntut,dan alasan lain yg paling x munasabah kak nurul dengar ada org yg hantar kasut sini bukannya nak repair tapi nak buang kasut semata2.....ada ke gitu,dari masalah kos nak ke kedai dia membuang kasut tu lebih baik buang dlm tong sampah kat rumah sendiri je,lagi jimat .......agak2lah,dan sampai skrg kak nurul x hantar lagi kasut2 yg nak repair tu.
Klu pakcik tu ada kat sini kan senang kak nurul nak hantar kasut yg nak di repair.


Foto
SHAHRIZAL menunjukkan keadaan stor yang menyimpan kasut tak dituntut pelanggan.
Sumber:Harian Metro
Kuantan: Kerjayanya sebagai tukang kasut mungkin dipandang rendah sesetengah pihak, namun kejujuran dan sifat amanah dimilikinya, nyata satu keistimewaan Shahrizal Shahrani yang sukar ditandingi insan lain.
Ini kerana lelaki itu bukan saja menyimpan kira-kira 600 pasang kasut pelanggannya yang tidak dituntut sejak empat tahun lalu, malah sanggup menyewa stor dengan bayaran RM200 sebulan bagi menyimpan semua kasut berkenaan.

“Saya tidak akan menjual semua kasut ini kerana mungkin suatu hari nanti pemiliknya datang menuntut,” kata Shahrizal, 52, yang melakukan pekerjaan hariannya di sebuah premis di Jalan Mahkota, di sini.

Menurutnya, bagi memudahkan dia mengenal pasti kasut pelbagai jenama itu mengikut tempoh masa dihantar kepadanya, ia disimpan di atas rak dan di dalam guni.

“Kasut yang diletakkan di rak adalah yang dihantar antara setahun ke empat tahun manakala yang tidak dituntut dalam tempoh tiga ke enam bulan saya disimpan dalam guni,” katanya kepada Harian Metro.







10 ulasan:

Petak Bunga berkata...

dah lama x repair kasut.
sekarang pakai kasut murah..
rosak buang.

Nurzakiah Hanum berkata...

anum pun rasa dah lama x hantar kasut utk di repair

Mar Mansor berkata...

tak pernah anta kasut utk repair mungkin sbb beli kasut murah2 je..rosak buang..he3..

nurbijen berkata...

semoga tukang kasut tu terus dimurahkan rezeki....
Tak pernah lagi hantar repair kasut...

MulutPayau berkata...

bnyaknya kasut yg tak dituntut..

Tihara berkata...

saya dah lama tak repair kasut2 ni
asal rosak saya beli baru sebba kasut saya jenis yg murah2 ehee :)

Maria Firdz berkata...

dh lama x repair kasut... mmg simpn je yg rosak... g psar malam beli plak yg baru..

Ema Johari berkata...

tukang kasut yg sangat jujur..

Cho Zila berkata...

sangat jujur... payah nak cari...

QA's ~ mamapapa berkata...

moga dilipatgandakan rezeki pkcik tukang kasut yg amanah tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink