‘anonymous’ oh 'anonymous'.......... | ! My Lovely Family Blog !



Khamis, 13 Jun 2013

6
Komen

‘anonymous’ oh 'anonymous'..........

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 13 Jun 2013@10:03 PG | Filed under

~ Assalamualaikum ~

Tadi ada terbaca berita  "Tiada lagi penulis 'anonymous' dalam harian Metro.
Kerajaan nak menguatkuasa peraturan itu bagi semua penulis blog atau portal.
Pada pendapat kwn2 semua ok ke klu peraturan itu dikuatkuasakan pd masa
akan dtg?klu bagi kak Nurul tiada masalah,iyalah kak Nurul menulis di blog
ini tiada niat yg x baik, dan tidaklah nak berahsia dgn identiti sendiri.


Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.
“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pegawai eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Chamil Wariya.


Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.
Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi negara bangsa yang kian dewasa.

Sumber:Harian Metro
P/s: Kepada semua yang join bloglist kak Nurul Insya Allah masa terdekat kak Nurul masukkan,wlpn start Jun hingga september tapi disbbkan kelewatan kak Nurul nak buat bloglist baru tu akan kak Nurul extandkan bloglist tu sampai Disember 2013.

6 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

bagus2

Maria Firdz berkata...

sejak tukar setting, dh xde komen anonymous lagi kt blog.. ada bgus gak sbnrnya... org tu nk kutuk tapi tkut nk semuka... kalau berani, tnjuk je identiti sbnr...

Nurfaezah Abdullah berkata...

some ano can be classified as hypocrite and coward hehe baguslah m'sian govn bertindak implemented the law...

Fiza Rahman berkata...

Bagus lah tu.

cheqna berkata...

sangat la molek =)

duniafana berkata...

bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink