Bahaya ke x rokok elektronik? | ! My Lovely Family Blog !



Selasa, 19 Mac 2013

17
Komen

Bahaya ke x rokok elektronik?

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 19 Mac 2013@12:01 PTG | Filed under

~ Assalamualaikum ~

Lamanya baru kak Nurul nak bersiaran balik dlm blog nie,bukannya apa
penyakit 'M' dah dtg blk,huhuhu......

Lately nie kak Nurul tgk dua2 adik ipar lelaki kak Nurul dah bertukar dr rokok biasa
ke rokok elektronik. Apa dia rokok elektronik nie? mesti semua kwn2 dah tahukan!
Sanggup tu diorg pegi tgh2 mlm ke Jonker Walk semata2 nak survey ke apa bendalah nie.
Hari nie di dlm akbar Kosmo ada artikel bahayanya rokok elektronik nie.
Sebelum nie ada jugak ckp rokok nie x bahayalah malahan  dianggap sebagai alternatif
yg selamat utk membuang tabiat merokok secara beransur-ansur.
Apa2 pun klu dlm hal kesihatan nie lebih baik kita refer je Kementerian Kesihatankan.
Jom kita kongsi sama2...




Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Berkenaan E-Cigarette (Rokok Elektronik) 



1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.

Pada masa yang sama, pengedaran dan pembekalan cecair nikotin e-cigarette memerlukan pendaftaran dan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana-mana orang yang mengedar atau membekalkan cecair nikotin e-cigarette tanpa kelulusan adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan yang sama.



2. Sehingga kini, adakah sebarang penguatkuasaan diadakan pihak Kementerian terhadap pengedar cecair nikotin dan e-cigarette?

Jawapan :  Setakat ini Kementerian Kesihatan BELUM ADA menjalankan tindakan penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap pengedar dan penjual cecair nikotin dan e-cigarette. Walaubagaimana pun, selaras dengan kenyataan akhbar Menteri Kesihatan mengenai bahaya penggunaan e-cigarette dan cecair nikotin e-cigarette serta keperluan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak menjual e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette serta mendapatkan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penjualan e-cigarette.

3. Sehingga kini, adakah sebarang penyakit kronik disebabkan penggunaan e-cigarette dilaporkan di Malaysia?

Jawapan :  Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum ada menerima laporan penyakit yang disebabkan oleh penggunaan e-cigarette di Malaysia. Walau bagaimana pun, oleh kerana keselamatan penggunaan e-cigarette belum lagi disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan cecair e-cigarette yang didapati mengandungi nikotin, adalah dijangkakan pengguna e-cigarette juga mengalami risiko-risiko kesihatan sama seperti perokok kerana nikotin boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit  saluran darah selain daripada keracunan akut sekiranya melebihi dos nikotin. Kajian juga menunjukkan nikotin boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan wanita mengandung yang menggunakan nikotin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan kelahiran berbanding dengan wanita yang bukan perokok.


4. Dari manakah pengedar cecair nikotin ini mendapatkan bekalan walaupun bahan itu merupakan bahan kawalan?

Jawapan :  Pengimport dan pengedar e-cigarette tidak mengisytiharkan cecair nikotin e-cigarette sebagai produk nikotin atau mengisytiharkannya sebagai barangan elektronik atau bercampur aduk dengan barangan lain dan tidak mengisytiharkannya semasa membawa masuk e-cigarette dan cecair e-cigarette ke Malaysia.

5. e-Cigarette dilihat sebagai alternatif terbaik di kalangan pengguna untuk membuang tabiat merokok berbanding niko patch dan gula-gula nikotin yang disyorkan Kerajaan, apakah komen dari pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk e-cigarette (WHO Technical Report Series, no. 955  dihttp://www.who.int/tobacco/publications/prod_regulation/trs_955/en/) yang menunjukkan bahawa kegunaan dan keberkesanan e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan, manakala keselamatan cecair nikotin e-cigarette adalah meragukan. Selain daripada tahap kepekatan cecair nikotin yang tidak mengikut tahap yang dilabelkan, ada juga cecair e-cigarette yang dilabelkan sebagai kosong (0 mg) nikotin telah didapati mengandungi nikotin, kajian US Food And Drug Administration (USFDA)pada tahun 2009 telah menunjukkan cecair e-cigarette turut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti diethylene glycol yang beracun dan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan akut manakala WHO juga memberi amaran bahawa kemasukkan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.

Berpandukan nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penemuan hasil kajian yang menunjukkan bahaya cecair nikotin e-cigarette, setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak memperakui e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan e-cigarette.

6. Apakah yang patut dibuat oleh pengedar e-cigeratte untuk produk mereka berdaftar di Malaysia. Berapakah produk yang telah didaftarkan?

Jawapan :  Pengedar e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka dan memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

Setakat ini TIADA e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan
kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin.


7. Untuk cecair nikotin, berapakah tindakan yang telah diambil?

Jawapan :  Setakat ini Kementerian Kesihatan BELUM mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap e-cigarette dan cecair nikotin e-cigarette. Kementerian Kesihatan sedang memantau keselamatan produk e-cigarette dan penggunaannya serta mengkaji undang-undang yang berkaitan dan tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian Kesihatan terhadap e-cigarette. Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan produk e-cigarette dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sekiranya produk e-cigarette tersebut telah memenuhi semua keperluan pengesahan keselamatan penggunaannya serta didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan.

8.  Apakah nasihat Kementerian Kesihatan kepada orang ramai mengenai e-cigarette?
Jawapan :  Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap kesihatan semua Warganegara termasuk para perokok. Kementerian kesihatan ingin memastikan produk e-cigarette yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan. Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-cigarette. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-cigarette kerana keselamatan e-cigarette belum disahkan.




Unit Kawalan Tembakau & Urusetia FCTC Malaysia
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia






17 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

great info

Ibuhani berkata...

Baru dgr 1st time pasal rokok elektronik ni.....hmmmm.... mcm2!

Ujie berkata...

ada kwn blogger yg dah guna e rokok ni.

pd pndpt saya.. kalau guna e rokok, takle berbau busuk dan bahaya pd org sekeliling. kalau bahaya pun kat perokok tu je.

Daddy Ziyyad berkata...

nak berhenti merokok, memerlukan pada ilmu, dan kena tanya yang pakar..masalahnya sesetengah perokok ni ego, tak mahu bertanya, dan suka buat keputusan sendiri/ikut kawan kawan...Bila ditegur, mereka melenting...alahai

Kesuma Angsana berkata...

ikut msg2 lah, tapi klau boleh berhenti itu jauh lebih baikkan

Fiza Rahman berkata...

Ramai juga saya jumpa org pakai rokok elektronik nih.

Tapi kan, berhenti merokok adalah lebih baik.

nens cellection berkata...

ramai yg pakai..sesekali tgk mcm tgh isap pen..mcm2..

cheqna berkata...

suami sempat try dalam seminggu
pastu dia x nak..x tau kenapa..katanya tak best

Riedaffya ibrahim berkata...

ye kak...ramai betul obses ngan rokok elektronik kan..

eLL berkata...

Gov haramkan rokok elektronik sebab rokok elect. tu takdo cukai. tak macam rokok biasa, ada cukai, Gov kaya.

Myra Jay berkata...

Dulu masa produk ni baru dikeluarkan tak ramai yang 'pedulu', tp sekarang bila dah pemes... hmmm

Apapun merokok tetap membahayakan kesihatan :D

Hatimi Tahirruddin berkata...

@eLL
setuju dgn komen eLL....sebenarnya jadi masalah pasal takde cukai...hihi apa2 pun nikotin mmg bahaya...cuma perokok ni tak boleh stop merokok secara mengejut...pasal tu la masih kena ambek nikotin walaupun beracun...

Mimie Najib berkata...

adalah lebih baik berhentilah merokok..
haritu saya ke melaka, saya terperasan juga sorang ppuan melayu ni merokok menggunakan rokok elektronik ni.. aduhai, bruk beno rupanya..

Mrs Velentine berkata...

info yang bagus..nasib baik my hubby tak merokok

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ berkata...

somi pun nak tukar.. kata jimat.. ermmm

Raziff Yahaya berkata...

I believe in doing it cold turkey....maksudnya kalau nak berenti merokok tu terus jer berenti...tak payah nak berenti slow slow....no if and but...

http://pondokajip.blogspot.com/

fazianbatrisyia berkata...

sy pun tak suka gak walau katanya alternatif...org yg terjebak kata susah nak mulakan berhenti tu...kalau nak seribu daya kan...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink