! My Lovely Family Blog !: Jun 2012



Khamis, 28 Jun 2012

26
Komen

Dugaan buat pagar rumah. . . . .

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 28 Jun 2012@5:30 PTG | Filed under
Assalamualaikum...........

Baru ada kesempatan nak update blog petang2 nie.
Camne nak mula cite yea,cuba kwn2 tgk pc pagar aku nie,
dah berapa lama terbengkalai x siap2 lagi.
Projek pagar rumahku nie mula jln. 2 minggu lepas
CNY bulan dua hari tu.Disebabkan salah memilih
kontraktor  inilah jadinya,sungguh menyakitkan hati.
Kontraktor nie org cha ya nun alif yg  memang x tahu 
makan duit haram ke halal semuanya nak disapu.
Sebab mulutnya manis yg bertan2 lori gula tu le aku
ngan hubby pilih syarikatnya.Agak2nya dia bisnes cara
nielah nak dptkan projek untung atas angin,klulah
betul macam nie alamat lingkuplah bisnes kau suatu
hari nanti,baru padan muka kau. Jahat x aku hehehe . . . . .
Sudah berapa lama aku ngan hubby bersabar beri
tempoh pd diorg nak sambung balik projek tu.
Sebenarnya aku ngan hubby deal dgn sorang nie,ingatkan
syarikatnya sendiri yg buat rupanya dia subkan lg
pd kwnnya,jadi dia nie ambik komisen dlm projek nie.
Itu aku ngan hubby x kisah,tp yg masalahnya si main kon.
nie dah dpt duit dia x nak byr plk pd sub.kon nie
mengikut berapa percent diorg dah persetujui
jadi sbb x dpt duit dr main kon nie sub kon xnak
sambung kerja yg dah stgh jln tu.Nasib baik
hubby blm byr habis lg pd diorg nie.

Kita plan nak buat tembok depan je dan keliling rumah
 tu hanya pki pagar dawai hijau.
Dahlah buat tembok tu rendah x ikut paras tanah
yg kita dah tambak tu,(sbb bincang ngan main kon
dan yg buat bukan pekerja dia dan apa yg kita
nak tu  x disampaikan pd pekerja yg buat tu,jadi
timbul lg satu isu nak kena ratakan blk tanah tu
ikut tembok yg dah dibuat).Ada juga hubby ckp
nak robohkan blk tembok tu,tp fikir2 mana nak
cari modal lain nak buat.
Blk minggu lepas hubby jumpa kwn dia polis
nak tanya boleh klu buat report menipu boleh
x selesaikan masalah nie,polis tu ckp polis xkan
buat siasatan sbb projek dah jln,cuma guna
report tu nak sue boleh.Hubby pegi juga
kat KPDN nak tanya cara2 klu betul diorg nie
xnak sambung projek pagar rumahku,
mohon gantirugi.

Syukur alhamdulillah lps jumpa kwn polis dia
tu dan hubby call dua2 kon nie ckp selesaikan
cepat projek tu klu x nak buat report polis
(nak kena ugut betul2 baru diorg nie
setuju sambung blk projek)tu pun cuma habiskan tembok
depan nie je dan keliling rumah tu carilah org lain buat.
Hubby beri tempoh sblm 10 hb julai nie mesti siap.
Kita tgklah nanti adakah diorg nie lg nak main2.
Macam2kan dugaan buat rumah niekan . . . . . 




Selasa, 26 Jun 2012

22
Komen

"SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ"

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 26 Jun 2012@4:13 PTG | Filed under
Jom join segmen:Bloglist Julai 2012 Nasz.
Tarikh tutup:27 Jun 2012
 "Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".
Sebab suka baca entry2 yg mengupas
isu2 semasa selain suka baca entry kehidupan 
hari Nasz wlpn jarang tinggal komen.
16
Komen

‘Elak dedah maklumat, gambar di laman sosial’

By Nazayiena Ayiena | @3:55 PTG | Filed under
KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu mengelak mendedahkan maklumat peribadi, termasuk gambar anak mereka dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter kerana dikhuatiri digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak terbabit. 

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Komputer Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, berkata ramai penculik yang memiliki kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh mengeksploitasi maklumat itu untuk melakukan jenayah.
“Mungkin ibu bapa terbabit tidak sedar maklumat itu digunakan untuk melakukan kejahatan dan memerangkap ahli keluarga mereka,” katanya kepada Berita Harian selepas menyampaikan syarahan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.
Tengku Mohd berkata, bagi remaja pula ramai tidak sedar tindakan memasukkan pelbagai data termasuk masalah keluarga dalam laman sosial memudahkan kumpulan penjenayah mendampingi golongan itu untuk direkrut menjadi anggota kumpulan mereka. 

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mengambil mudah penyaluran maklumat termasuk gambar menggunakan teknologi canggih itu kerana ada data tidak sesuai didedahkan serta boleh mengundang padah. 

Beliau berkata, sebagai contoh ada kes pembunuhan berpunca daripada berang disindir dan dikutuk menggunakan Facebook dan suspek pembunuhan melakukannya kerana mahu membalas dendam. 

“Selain itu ada kes penipuan membabitkan perniagaan dan pelaburan dalam internet sehingga berlaku transaksi wang kerana rakan mangsa mempercayai kenalan yang baru dikenalinya di laman sosial,” katanya. 
Tengku Ahmad tidak menafikan ada kebaikan menggunakan ICT tetapi penggunanya hendaklah meneliti kesahihan maklumat berkenaan termasuk menemui pakar teknologi terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia benar atau sebaliknya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Daruis Lidin, berkata perkembangan ICT memudahkan musuh memantau dan membuat risikan kekuatan pertahanan sebelum menyerang sesebuah negara. 

“Keadaan ini sudah berlaku di beberapa negara seperti Korea Utara apabila tenteranya dibekalkan dengan komputer riba untuk memudahkan mereka melakukan carian maklumat pertahanan musuh sebelum bertindak memusnahkan senjata berkenaan,” katanya.


Sumber:

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2012/06/26


P/s:  Macam mana pendapat kawan2?Aku pun byk juga masukkan gambar anak2 dan family dlm FB,
wlpn FB aku cuma boleh org yg aku add aje boleh tgk foto2 tsbt.Tapi camne plk dgn blog
 ya rasanya pun samakan,jadi sama2lah kita beringat2.........

Ahad, 24 Jun 2012

4
Komen

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

By Nazayiena Ayiena | Ahad, 24 Jun 2012@7:11 PG | Filed under
Nak join sila klik banner di atas.
Jom join bloglist Cik Rose Cute...
Hingga ptg nie.

Jumaat, 22 Jun 2012

24
Komen

Tersentapnya aku.........

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 22 Jun 2012@4:55 PTG | Filed under
Assalamualaikum....

Salam jumaat di hari yg mulia dan marhaban ya 
Syaaban lps tu ramadhan.
x sampai sebulan lg kita akan menyambut ramadhan al-mubarak.
Sepatutnya hari jumaat nie kita melipat gandakan kita punya
amalan untuk mendapat pahala jumaatkan.
Aku lain plk rasa tersentap yg amat sgt,tp tidak hari nie
cuma ptg semalam je.Balik dr kerja smlm ada memo
kat raga moto aku,(ada kat bawah tu memonya,bacalah sendiri)

Rasa geram pun ada pd sapa yg menulis memo tu.
Memang pagi semalam  tu aku park moto aku di celah
antara keta(memang pun dr dulu park camtu kat bwh terowong nie)
Bukannya aku xnak park atas lorong pejalan kaki macam 2 -3 biji
moto lain tp dah pernah kena saman PJH sekali.
Jadi aku parklah tepi jln,dulu memang selalu polis saman tp
situ skrg jarang polis saman lg sejak jln tu ditutup.
Aku park rapat sikit dgn keta viva atau kancil klu aku x silap.
Sbb aku tgk dpn keta tu ada space lg klu dia nak klr
x payah nak reverse2 lg.Aku rasakan org tu memang fail
dlm parking nie kot tu nak klr keta pun x pandai nak ambik side.
Klu uols marah x klu dpt memo camni?
Mentang2lah tu moto buruk .  . . . . .aku memang senang
pki moto klu pegi opis sbb senang nak park(sini susah 
cari parking klu awal tu adalah dan klu dah lambat tu
parkinglah block memblock . . . .
Walaupun aku dr rumah pki keta sampai kat nursery
Izzyan aku ngan hubby tukar moto plk,kiranya
kita park and ridelah tp pki moto x pki bas spt
yg PJH kempenkan hu hu hu hu . . . . .

Disebabkan rasa tersentapnya aku sampai anak2 aku 
marahkan dan masak nak berbuka puasa (smlm puasa ganti)
pun slps isyak baru aku masak tu pun slps hubby blk
dr kerja(smlm dia ada OS kat Banting).Aku masak
meehoon sup je mlm tadi.
Hai sabar jelah . . . . . 


xde maknanya aku nak watermark pic. nie macam selalu aku buat.

Tgk kat blkg memo tu,ada alamat Touch n' Go Hub yg dah disalahgunakan. . . . . . 

Rabu, 20 Jun 2012

29
Komen

Camne boleh lupa nie......

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 20 Jun 2012@12:23 PTG | Filed under
Assalamualaikum......

Sudah seminggu aku x update blog ku ini.Entahlah 
blk dr kursus hari tu mood aku ke laut mana ntah.
Idea nak menulis pun langsung xde.
Semangatku hilang buat seketika dan nak BW pun sama.
Maaf ya kwn2 lama x jenguk rumah u'all.

Satu lg appoitment rawatan Izzyan aku pun lupa.
5 Jun lepas sepatutnya pegi klinik,memang
aku betul2 lupa sbb biasanya sblm 2-3 hari
ada diorg inform htr mesej tp kali nie xde
pulak..........Camne nie,aku x call lg klinik
tanya boleh x buat appoitment baru.
Harap misi2 kat klinik nanti x marah2......
Nasib baik buka jahitan Najmi hari tu aku
ingat plk tp masa tu aku berkursus jadi
hubby yg bawa dia.
~ Oklah,tgh nak ambik mood ~




Jumaat, 15 Jun 2012

26
Komen

Dah 2 tahun berblog. . . . .

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 15 Jun 2012@5:33 PTG | Filed under
Assalamualaikum . . . . . . .

Sedar x sedar dah 2 tahun aku berblog.Heppi anniversary 
 to my blog. Dah seminggu baru sempat buat entry,
bukannya apa tuan blognya sibuk berkursus
 minggu nie.Tgk tu "segala kenangan manis dan pahit"....
Tapi aku rasa klu pahit2 aku jarang nak share dlm blog nie
tp klu yg x puashati tu aku rasa selalu . . . . . . 
yg manis of courselah msk dlm blog 
buat kenangan diri sendiri . . . . . . .
Setelah dua tahun nie aku punya entry baru 252 post.
Lebih kurang sebulan ada 10 je entry aku buat.
Rajinkan aku update blog, huhuhu . . . . . .
X kisahlah aku berblog pun utk isi masa lapang
je klu bussy kerja memang sunyi sepi blog,
selain cari kenalan di alam maya . . . . . . 

Jumaat, 8 Jun 2012

16
Komen

Alahai anak-anakku.....

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 8 Jun 2012@5:26 PTG | Filed under


Assalamualaikum....

Salam jumaat pd semua kawan2 blogger.
Tentu hari nie ramai yg happy sbb esok dah start cuti sabtu
dan minggukan,aku plk rasa malas sbb minggu dpn nak pegi
kursus kat Perak.Bukannya apa aku malas nak kursus jauh2
sebenarnya klu buat kat sini je xpe plk.Nie minggu dpn
start sklh plk tu,tentu hubby kelam kabut nak uruskan rumah
dgn anak2 lg nanti.Dahlah pegi sana kena pegi sendiri,pandai2lah
nak cari transport,mula2 hubby mcm x suka aku kena pegi
kursus nie dan dia seolah2 x  memahami kerjaya aku nie,cewahh. . . . . .
Sehinggakan aku siap google cari jadual ETS utk nak pegi
sana . Last2 hubby nak juga htr aku hari ahad nanti wlpn jln
 mungkin jammed sbb habis cuti sklh.dgn syarat 
kemas semua  brg  keperluan spt baju sklh anak
 dan kerja dia.(x buat lg ingat blk keje ptg nie nak ion
 semua sementara tunggu dia bawa
Najmi dan Izzat potong rambut nanti.)Malam kang nak 
blk kpg sbb nak htr Izzat blk.

Dua hari lepas pegi pasar mlm bawa Izzat nak tunjukkan
dia pasar mlm di sini(Izzat anak ku yg ketiga duduk ngan
MIL di kpg).Dah nak blk monyok je sbb x dpt permainan
yg nak dia beli,tanya2 ngan dia nak beli apa,rupanya
nak keta control lg.Hai, dah berapa byk kali dah beli keta
control nie,kecik besar semuanya dah beli . . . . .  . .
Anak2 nie x pandai nak jaga,beli sekali cepat boring
lps tu x jaga dan simpan elok2......Lainlah kita(aku) dulu
nak minta arwah mak beli mainan memang x akan 
dpt punya sbb tu bila dpt permainan memang jaga elok2
dan boleh main lama2.

Smlm pegi Parkson Alamanda ingatkan nak redem
voucher yg expired smlm utk beli brg2 hubby.
Last2 beli lg mainan utk anak2. . . . . . . . .
X beli merenggek plk terutamanya si Najmi tu.
Tahu2 ajelah harga mainan kat Parkson nie.
Siap ayahnya pesan nie last beli mainan,nanti klu
ayah dah potong duit rumah nanti memang xkan beli mainan
nie semua(boleh percaya ke?). . . . . .huhuhu
Budak2 mana boleh pisahkan dgn alat2 mainan
ada aje yg nak minta beli.. . . . . . .


Mainan Izzat Spyderman naik moto.

Mainan Najmi org hutan boleh tukar jadi spyder.

Mainan Izzyan hp dan beg nya.

Mainan kakak dynasour tp kena pecah sikit tanah (mcm org gali artifek lama2)utk dptkannya.

Muka org suka dpt mainan........
Keta control Izzat "NASSAN"ya bukan "NISSAN"..............



P/s:Dua hari lepas aku mimpi Tom ada balik rumah(biasanya org ckp mimpi nie terbalik,mungkinkah
Tom memang x akan balik lg?)
Minggu dpn 3 hari aku xleh nak BW rumah kwn ya,Insya Allah lps tu aku kunjungi rumah kwn2 ya
lps blk kursus.

Khamis, 7 Jun 2012

29
Komen

Ayam Goreng Kunyit

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 7 Jun 2012@9:33 PG | Filed under
Assalamualaikum.....

Hari nie aku nak share resepi ikut cara
aku masak ayam goreng kunyit.
Aku masak ikut apa yg ada kat peti aisku di rumah.
Klu kawan2 nak tambah sayuran lain pun boleh
  lagi sedap.

Bahan2
1/2 ekor ayam
Sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit lada sulah
2 biji bawang besar holand
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
sebiji cili merah hidup
sedikit halia
stgh btg carrot
kiub pati ayam maggie

Cara2 membuat
Gaulkan ayam  dgn garam,kunyit dan serbuk
lada sulah,kemudian goreng stgh masak
kemudian dlm kuali yg sama masukkan bawang yg telah
dipotong tadi, masukkan kiub pati ayam maggie
yg telah dihancurkan,slps tu masukkan cili,carrot,dan halia
yg potong halus2.Masaklah sehingga ayam dah empuk.
Bila dah masak angkat ayam dan minyak yg berlebihan
tu toskan dulu(sbb tadikan goreng ayam dan terus masuk
bahan2 tumisnya sekali dgn minyak tu,kan...)







Rabu, 6 Jun 2012

27
Komen

Wordless Wednesday

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 6 Jun 2012@12:46 PTG | Filed under
Assalamualaikum....

Dah siap cuci dah.

Selasa, 5 Jun 2012

23
Komen

Alahai si Tom,bila nak blk...........

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 5 Jun 2012@2:54 PTG | Filed under
Assalamualaikum.......

Rasanya dah dekat 3 minggu nie Si Tom x blk.
Rindu juga nak main2 ngan Tom nie.
Dah berapa kali kitaorg blk kpg tanpa Tom
ikut blk.Dulu biasanya dia ada blk rumah slps
sehari dua  klr rumah.Aku takut jgn2 Tom dah . . . . .
Harap dia dlm selamat skrg. 

Cari juga bila ptg2 kat area rumah aku nie tp xde juga dia.
Agaknya mana dia pegi ya,entah skrg nie ada 
mkn ke x. Rasanya klu dia ada blk nanti rasanya
aku nak msk je dia dlm kandang jgn kasi main
kat luar,tp mcm menyekat kebebasan dia plk.
Apa pun harap dia ada blk nanti,makanannya
masih terlalu byk kat rumah  nanti takut masuk angin . . . . .


16
Komen

Cendawan Goreng

By Nazayiena Ayiena | @11:23 PG | Filed under
Assalamualaikum......

Minggu lepas akak kat opis nie ada jual cendawan
dan tepung utk mengorengnya sekali,jadi aku belilah
satu bungkus tepung dan cendawannya aku beli 
2 bungkus. Anak2ku semuanya suka mkn cendawan
goreng nie,klu kat pasar mlm mesti nak sorang satu cup
dan najmi plk mesti nak extra. Klu goreng sendiri baru 
puas sikit mkn.Dulu mula2 dtg sini aku memang pelik
tgk ada jual cendawan goreng kat pasar mlm sini.
Betapa jakunnya aku ya,bila anak ckp nak beli cepat2 aku
ckp jgn beli sbb x pernah mknkan........bukankah cendawan
nie sinonim dgn racun  dan x boleh nak mkn sebarangan.
Tapi x tahu bila pula aku ngan anak2 terjebak pandai
mkn cendawan goreng nie.......Bila aku goreng
spi si Izzyan ckp tu ayam goreng.......

Cendawan Goreng

Bahan2
Cendawan
Tepung sebarguna(boleh goreng ikan,sotong ayam dll)
Putih telur

Cara membuat
Cendawan yg dah disiat2 tu celop ngan putih telur
dan digaul dgn tepung sebarguna tadi dan masukkan
dlm minyak yg dah panas,goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyaknya.


Tepung sebarguna RM3.50(berapa gram aku pun x athu)

Cendawan yg telah disiat2

Cendawan goreng yg ranggup......

Jumaat, 1 Jun 2012

28
Komen

Nasi briani dan Luka Lutut Najmi.......

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 1 Jun 2012@5:21 PTG | Filed under
Assalamualaikum.......
Salam jumaat penghulu bagi segala hari.
Hari nie dah 1 Jun bagi 2012 dan 11 Rejab 1433H.
Tengahari tadi aku beli nasi briani tapau buat
anak2 kat rumah,rasanya di hari jumaat nie malas
nak cite pasal beli nasi briani nie tp aku dah terkena 2 kali.
Nape mereka nie nak berniaga tp x pandai nak layan customer.
Aku beli pun sbb xde choice lain nak beli .Anak2
aku nie klu beli lain lauk selain ayam x mkn plk....
Aku berdiri dah tercanggok2 lama kat situ siap
ckp nak berapa,boleh plk si penjual nie
tanya org lain yg baru spi nak apa.Aku x pyh ko tanya2
aku ckp sendiri nak nasi berapa ayam berapa.......
Sampaikan penjual nie dah perasan aku tunggu lama baru
terhegeh2 nak tanya blk apa aku nak beli,
spi suara aku rasa kelu nak menjawab  rasa nak menangis
pun ada(aku nie sensetif sikit)apa yg aku nak order.
Dulu pernah aku order nasi briani kat sini juga tp
bukan berurusan dgn dia aku suruh kakak yg menguruskan
tapak jualan tu order.Aku order klu x silap spi 70 bungkus
share dgn sorang pegawai sama unit aku nak belanja
kawan2 sbb thn tu dpt APC.Ingatkan ayam,daging
dan kambingnya portion yg sama besar yg mcm dia jual
kat luar tu tp sungguh berbeza sekali sainya dan harganya
masih sama di luar.Dahlah nasi briani tu kosong je xde
dal dan karinya.....Entahlah lps sekali dah terkena
masa membeli tu kenapa aku nak membeli lagi kat situ.
Macam manalah diorg berniaga x mesra customer boleh 
maju ya.....

Satu lagi cite hari selasa tu aku bawa najmi klinik sbb
terjatuh kat koridor depan rumah jiran sblhku.
Ayahnya dah ckp ngan diorg nie time dekat maghrib
jgn main lg kat luar dan berlari2,
tp biasalah budak2 nie ditambah plk minggu
nie si Izzat ada dtg sini sempena cuti sklh.
Waktu  kena tu x menangis pun dia tapi takut
nak beritahu aku ngan hubby yg ada kat dapur
masa tu yg lututnya luka.Sampai darah tu dah 
berhenti baru dia tunjukkan.Slps maghrib baru aku
bawa dia pegi poliklinik dan terkena 3 jahitan.
Dua minggu lagi dtg blk utk bukak jahitannya.
Dr pesan klu ada merah2 dan bernanah ke kat
jahitan tu terus bawa pegi klinik blk.
Alhamdulillah aku tgk ok je,tp takut jahitannya
terbuka je sbb si Najmi  nie jln main hentam je
susah sikit nak jaga sbb betul2 kat kepala lutut
tpt yg kaki yg selalu dibengkokkan bila nak buat 
pergerakkan.


Esok dah cuti lagi dan selamat berhari minggu pd kwn2 semua.
Aku InsyaAllah esok blk kpg,klu rajin blk mlm nie.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink