! My Lovely Family Blog !: Mac 2012



Khamis, 29 Mac 2012

16
Komen

Kuih Karasku.....

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 29 Mac 2012@5:16 PTG | Filed under
Assalamualaikum......
Lambat bersiaran hari nie sbb kerja mesti diutamakan ye tax!
Jalan2 rumah kwn pun ada yg sempat dan ada yg blm jengah lg.
Hari nie just entry bergambar je sikit.
Ni mesti kawan2 tahukan kuih apa? Nie kuih karas atau org
kpgku panggil kuih jala,dpt time blk kpg hari tu.
Makcikku yg  kasi ngan aku,dia memang pandai
buat kuih2 tradisional nie.
Nak mkn kuih nie baru rasanya nak cite ngan kwn2.
Aku dpt kuih nie penuh je bekas tu,bila dah spi sini
habis hancur jadi camnie.
Nak tau kenapa sbb aku lupa nak bawa naik atas
kapal terbang,aku msk dlm satu beg bersama ngan
tupperware susu anak,bukak2 susu pun habis
berterabur dlm tu.Alahai cuainya aku....
Jadi mkn ajelah serdak kuih tu.


Kuih karasku.....

Ni plk cite lain,hari minggu tu biasalah ada byk masa dok kat rumah,
Lepas mandikan Izzyan carilah baju dlm almari dan dia
ternampaklah baju yg dia pki nie,baju nie x pernah dia pki lg
sbb baju nie kakak dia yg punya waktu kecil dulu.
Aku memang x nak kasi dia pki sbb tgklah dah senteng sgt
blh nampak pusat dia mcm org xxxx.
Nie pasal kecuaian aku lg le x perasan baju kakak dia 
yg mana dia blh pki.Nie dah terlepas masa nak pki dah...


P/s,Ptg nie nak pegi kedai toilor lg yg kat flat hijau Presint 9 sbb nak tempah baju utk
 kahwin anak kwn hubby 7 hb 4 nie,msk hari nie dah 3 kali pegi situ,mula2 nak
 tanya je sanggup x nak ambil tempahan 2 minggu je masa,smlm ingatkan nak htr kain tu,
tp kedai tu tutup awal pkl ada hal emergency dan ptg nie nak htr harap2 ada bukak
kedai tu.Upah baju RM45 dan extra RM5 utk 2 minggu  siap awal upah potong
 queue dia ckp. Nie semua hubbylah lmbt htr buat baju melayu,sbb kain tu kwn
dia yg kasi dan ada berapa meter aku pun x pasti aku nak potong 4 meter dan
buat takut plk x cukup buat hubby diakan big sikit jadi tunggu punya tunggu
baru dua minngu lps dia htr dia punya dan tinggal ngan aku 3 meter stgh,cukup ke 
nak buat baju kurung,tp toilor yg tpt hubby tu ckp cukup sbb bukak kain tu besar,
jadi kita tunggulah yea.

Rabu, 28 Mac 2012

19
Komen

Wordless Wednesday

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 28 Mac 2012@12:31 PTG | Filed under
Assalamualaikum.........

Sapa tahu nie apa benda?

V
V
V


Inilah kentangku yg dah tumbuh menjalar dlm 
peti asi tanpa kusedar.
Dah sedar bila nak masak sup ikan hari minggu yg
 lalu,last2 x berkentanglah sup ku dan gantinya
dgn  carrot je...........

Isnin, 26 Mac 2012

15
Komen

Hari nie isnin....

By Nazayiena Ayiena | Isnin, 26 Mac 2012@4:42 PTG | Filed under
Assalamualaikum.......

Salam hari isnin pd semua kwn,pd yg mula bekerja tu slmt bekerja
dan pd kwn2 yg full housewife tu slmt menguruskan keluarga ya.
Hujung bulan nie hingga tgh bulan dpn biasalah aku mula sibuk lg.
Begitulah rutin kerjaku yg ikhlas membantu hubby dlm ekonomi
rumahtangga.


Ni ikan puyu aku kirim kat kwnku suruh beli kat pasar mlm Putrajaya
minggu lps dan pg nie dia bawa gi opis kasi ngan aku.
Harga RM2 sekor sbg ganti ikan puyuku yg di rumah dah habis mati.
Aku rasa aku penyebab ikan tu mati kot sbb lepas je aku tukar airnya
pasti ada ikan yg timbul.......Klu anakku tukarkan air xde pun ikan mati,
Hai panasnya tgnku nie.....


 Ni plk nasi kerabu bungkus mkn tengahri nie,beli kat jualan bwh
opisku....
Ni plk lawannya jus tembikai...........

Sabtu, 24 Mac 2012

22
Komen

Petua untuk anak yang lambat pandai bercakap....

By Nazayiena Ayiena | Sabtu, 24 Mac 2012@10:08 PG | Filed under
Assalamualaikum...........
Hari nie aku nak kongsi petua org tua2 nak suruh anak yg lmbt pandai
bercakap tu boleh bercakap.Nie le sabtu lalu aku cuba le petua nie
kat anakku Izzyan yg kecik sekali tu,bulan 12 thn nie dah 4 thn le dia,
tp masih lg x berapa pandai nak ckp,klu ckp pun pelatnya aduh
memang susah aku nak faham,kadang2 tu dia spi marah kat aku sbb
x tahu apa yg dia nak.Petua nie MIL aku yg ajar,org cina pun percaya ini
punya petua(slang aku pun dah tukar slang cina bila sebut org cina).
Cara2nya spt dibawah:-

Ambil buah betik yg dah masak potong dua .

Dah potong dua tu,bila dah nak maghrib,letaklah kat laman ke atau tpt
burung yg selalu singgah,(aku letak kat ampai je) spt atas pagar ke.
Biar burung tu mkn.
Keesokkan harinya boleh check burung dah makan ke x,tgk aku punya
betik burung dah mkn dah,x tahu ni burung apa yg mkn,klu burung murai
jadi macam murailah nanti mulut anak tu.......gurau je.Dah tu ambik dan
potong buang bekas yg dimkn burung tersebut.Slps tu kasi le anak tu mkn.




Nie le Izzyan budak yg lmt pandai ckp tu spi aku pening nak translate
apa yg dia nak dan ckp....


Keberkesanannya atau mujarab x petua nie aku pun x tahu,hahahaa
pasal aku dah potong dan sejukkan si Izzyan x nak mkn,dan yg mknnya
abg2,kakak dan sepupu sepapatnya ngan aku sekali..........


P/s,Pagi tadi bukak pintu rumah,pintu memang kunci tp kunci tinggal kat tombol pintu
luar dan dgn grill x kunci jugak,ape punyalah carelessnya aku(hubby xde masih kpg lg 
sbb nak cabut benang tebuknya itu),Tu le perkara yg hubby selalu pesan klu dia pegi
OS.




Rabu, 21 Mac 2012

18
Komen

Percubaan Pertama yang berjaya........

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 21 Mac 2012@11:30 PG | Filed under
Assalamualaikum........
Hai lamanya baru ada masa dan ada mood nak bukak blog nie.....
Syukur alhamdulillah perjalanan kami anak beranak blk kpg tanpa hubby berjaya jua pd hari tu.
(Hari tu merujuk 10 Mac yg lalu,baru hari nie aku nak cite sbb seminggu lalu aku cuti dan sibuk ulang alik
gi hospital).Pukul 7 lebih kami org klr rumah dan keta pun blm byk lg kat jln.Anak2 aku kejutkan suruh terus msk keta x yah nak mandi2 takut lmbt plk.......Spi Melaka aku blk rumah  MIL dulu dan singgah dulu beli sarapan dan lauk dulu serta makan2 dan mandikan anak2 barulah pegi hospital bawa MIL sekali sbb aku nie bukannya tahu sgt jln Melaka.Alhamdulillah hubby dah ok jugak cuma stand masih ada lg dlm buah pinggangnya dan dlm 3 minggu lg baru bukak.Hari rabu tu dia dah discharge lebihlah bil RM10k tp nasib baiklah semua tu boleh claim insuran.Hari ahad lps aku blk ngan hubby konvoi sekali  syukur alhamdulillah  jln x jammed lg dan hubby dah boleh bawa keta sendiri dan nasib baik juga keta tu auto.
Hari nie hubby blk lg Melaka sbb nak buka stand kat pinggangnya.








Nasib baik hospital swasta klu hospital Gov.gerenti dah kena marah dgn misi sbb
bising2 dan ramai gi melawat satu2 masa.

view sungai Melaka waktu mlm dr tingkap hospital

view sungai Melaka waktu siang dr tingkap hospital




Jumaat, 9 Mac 2012

14
Komen

Menu yg wajib makan bila blk Sibu....

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 9 Mac 2012@5:17 PTG | Filed under
Assalamualaikum..........
Entry nie nak tayang apa  menu yg wajib dimakan
bila balik Sibu.Bulan 2 hari tu aku blk seminggu 
Sibu dan kpg halamanku kat Sri Aman,S'wak.
Ni je le gambar kenangan yg ada tinggal sbb
gambar yg lain habis semua dah kena delete oleh
hero2 ku yg mana satu pun semua ditanya x mengaku.
Ni gambar aku ambik dlm FB hubbyku.
Nak tanya pd kawan2 yg mahir kamera nie
klu dah delete gambar tu boleh sedut blk x?
Nak pegi tanya kedai gambar memanglah lambat cite
 maklumlah skrg gambar semuanya digital mana nak pegi
kedai gambar selalukan.
Esok aku balik kpg dengan anak2 je,doakan semoga
perjalanan aku dan anak2 selamat maklumlah
baru first time bawak keta blk sorang2 nie.
Takut jugak nanti tersalah msk jln lain dan sesat.
Hubby pun dah selamat menjalani pembedahan
buang batu karang dalam buah pinggangnya
dan skrg masih lg kat Hospital dan hari
isnin dan selasa minggu depan aku ambik cuti.

Pemandangan dataran sibu dr bilik hotel kami Hotel RH

Mee jawa  Leman

Mee hongkong Leman

Makan mee kampua juga tp gambar dah kena delete.....








Khamis, 8 Mac 2012

8
Komen

SPBA dibatalkan SSM Ditambahbaikan

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 8 Mac 2012@2:19 PTG | Filed under
Assalamualaikum........

Selamat Hari wanita buat semua wanita yg di luar sana....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SPBA) dibatalkan dan kembali
 kepada Skim Saraan Malaysia(SSM) yg akan ditambahbaikan.Dalam pada itu DatukSeri Najib 
Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13% 
bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
 Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.
Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks 
Sistem Saraan Malaysia(SSM) berikutan pembatalan
 sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.
Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan  Malaysia(SSM),
kata Perdana Menteri lagi Jadual gaji yg diubah suai itumenyaksikan kenaikan  Gaji Tahunan(KGT) bagi Gred 1 hingga 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Sekian,begitulah penyudahnya dr hujung thn lepas slps SPBA diperkenalkan
nak ganti SSM. Ringkasan  di bawah klu x nak baca yg 
pjg2 di atas.

sila klik utk pembesaran imej.


P/s:hari nie aku rasa macam sedih sgt sbb hari nie hubby operate kat hospital
Putra Melaka,aku kat sini dgn anak2 di Putrajaya....



Selasa, 6 Mac 2012

14
Komen

Sawan babi.......

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 6 Mac 2012@5:16 PTG | Filed under
Assalamualaikum........

Hari selasa baru aku nak cite kisah hari ahad lepas.
Memang ketinggalan jauh klu aku nie ikut org pegi berlumba lari.
Hari sabtu dlm kol 3 lbh kitaorg gerak blk kpg
sebab ptgnya ada appointement ngan tauke besar kontraktor
buat rumah.Sambil2 itu hubby test drive aku utk blk kpg
sbb nanti cadang hari sabtu nie aku ngan anak2 je blk kpg
dan dia plk mlm nie dah blk kpg sbb esok dah admit hospital
dan khamis nak operate.

Tengahari ahad MIL pegi kenduri,anak2 ada bermain basikal kat
laman,hubby plk tido blk,tgh aku tgk melodi dan perkahwinan
Lisa dan Yusri kat astro ria tiba2 t'dgr ada suara macam org
jerit tp x lepas,aku tgk kat luar xde org pun dtg,tanya ngan
kakak yg ada masa tu kat situ x tahu,baru aku teringat
mungkin Wan (adik ipar) yg dlm bilik tgh tido tu kot....
Dah x sedap hati nie,memang betul msk je aku bilik dia
dia tgh dlm kekejangan diserang sawan,tp air liur dia
x meleleh cuma tgn dua2 keras dan  mulut mcm
gigi tertutup cam tu(x tahu nak explain nie)

Dia nie memang ada sawan dan kena mkn ubat sentiasa.
Umur dlm awal 20 an camtu,bujang dan blm keja tetap lg.
Aku yg panik baru first time tgk dia kena sawan x tahu nak buat 
apa,sambil jerit2 ngan kakak suruh panggilkan ayah yg ada
bilik blkg,sungguh aku x tahu buat apa,rasanya lebih 5 minit 
dia camtu,dlm tunggu hubby dtg terfikir jugak aku
nak kasi minum sbb ada tgk air kat tepi katil tu,
tp nasib baik aku x kasi air,nanti apa plk jadi
dan hubby dtg tarik2 rambut dia,panggil2 namanya,iringkan 
badan dia,ltk bantal kat punggung dia utk tinggikan sikit,
dan lepas tu nafasnya dah tukar macam bunyi lembu yg 
disembelih plk,kuat.....

Bila ada kelapangan kat opis nie jadi aku googlelah
cari apa tu sawan babi nie dan camne nak buat klu 
menghadapi situasi begitu.......
sama2lah kita kongsi ok....


Sawan babi boleh digambarkan sebagai episod mengejut pembebasan elektrik yang memberi kesan terhadap sekumpulan saraf, bermula hanya pada satu bahagian otak dan kadang-kalanya dapat merebak ke keseluruhan otak untuk menjadi keabnormalan yang menyeluruh.

Jenis-jenis
  1. Serangan penyakit yang menyeluruh
    1. v Sawan ketiadaan, contohnya petit mal, yang berlanjutan selama 10-15 saat.     Seseorang itu akan berhenti dari menyambung kegiatannya dan mungkin     merenung. Bola mata mungkin menghanyut ke tepi mata.  Seorang kanak-     kanak dengan serangan ketiadaan munkin mengalami kesukaran     pembelajaran dan memberi perhatian di dalam kelas. v Sawan mioklonik v Sawan tonik klonik, contohnya grand mal. Seseorang itu akan jatuh, menjadi     kaku dan tersentak pada keseluruhannya. Sesorang itu mungkin hilang     sedar dan air liurnya meleleh. Sawan mungkin berlanjutan sehingga 3 minit. v Sawan tonik v Sawan atonik atau akinetik
  2. Sawan separuhan (“focal epileptic focus”)
    1. v Mudah tanpa kehilangan kesedaran. v Sawan separuhan yang kompleks dengan kehilangan kesedaran. v Sawan separuhan, samada mudah atau kompleks. v Sawan tonik-klonik keseluruhan.



Punca-punca Sawan
v Idiopati – punca-punca yang tidak diketahui.
v Warisan atau familial - contohnya petit mal
v Kecacatan perkembangan – contohnya rubella intrauterin, radiasi.
v Renjatan (trauma) kelahiran, contohnya pendarahan serebral 
v Anoksia (ketiadaan oksigen) semasa bayi atau kanak-kanak.
v Tumor
v Salur darah – contohnya, penyempitan salur-salur darah yang mengalir ke otak.
v Jangkitan, contohnya sawan yang diakibatkan oleh demam (konvulsi febril), meningitis
v Keradangan – contohnya sklerosis multipel
v Metabolik e.g. Glisemia uremik
v Toksik, contohnya alcohol/dadah, logam plumbum 
v Kemerosotan, contohnya penyakit  Alzheimer.



Gejala-gejala
Gejala-gejala bergantung kepada jenis sawan. Semua gejala-gejala yang disebut tidak akan didapati pada jenis sawan yang tertentu. Di antara gejala-gejalanya adalah:-
v Kehilangan kesedaran.
v Memberhentikan aktiviti-aktivit untuk beberapa saat dan merenung atau kibasan kelopak
    mata.

v Bola mata yang berputar ke atas.
v Bibir yang membiru dan memucat serta pelelehan air liur.
v Sentakan kepala dan anggota badan yang ganas dan berulangan selama 3-5 minit.
v Apabila sedar semula, seseorang itu mungkin mengalami kehilangan ingatan untuk
    jangkamasa yang pendek, sakit kepala dan mudah tersinggung dll.



Komplikasi-komplikasi
v Kecederaan fizikal disebabkan oleh pergerakan yang ganas.
v Tercekik dengan lidah sendiri.
v Kerosakan kepada otak disebabkan oleh serangan-serangan yang berpanjangan dan
    berulang-ulang.

v Maut pada kes-kes tertentu.



Faktor-faktor Pencetus
Beberapa faktor-faktor yang boleh mencetus serangan sawan adalah :-
v Kekurangan tidur 
v Tekanan
v Haid
v Jangkitan
v Minuman  beralkohol
v Memberhenti perubatan sawan dengan tiba-tiba.



Tabiat-tabiat Untuk Diperhati
v Pada kanak-kanak dengan demam melebihi 38.5°C, adalah penting untuk memberikannya
    ubat demam dan menspannya dengan air suam kuku untuk menurunkan suhunya.

v Bagi merka-mereka yang ada sawan babi, elakkan sukan berbahaya. Pakai topi keledar
    keselamatan semasa mengayuh basikah atau menunggang kuda.

v Ketahui rawatan yang anda sedang jalani dan ikuti nasihat doktor dengan tegas.
v Simpan prekrepsi gantian yang lebih di rumah.
v Beritahu doktor jika anda bercadang untuk mengandung.
v Pakai rantai tangan waspadaan perubatan.
v Jelaskan kemusykilan anda semasa berjumpa dengan doktor dan perhatikan mana-mana
    tanda atau gejala baru terhadap ubat.

v Jadilah ahli persatuan sawan babi tempatan.
v Simpan bekalan perubatan yang mencukupi yang dipreskripsi oleh doktor.



Elakkan
v Berenang sendirian.
v Kekurangan tidur.
v Meminum terlalu banyak minuman beralkohol.
v Memandu kenderaan atau mengendalikan mesin jika serangan masih tidak terkawal.
vmemandu kenderaan awam jika anda mempunyai sawan babi.



Apa Yang Harus Dilakukan Jika Seseorang Itu Mengalami Sawan
v Elakkannya dari jatuh dan mencederakan dirinya.
v Jauhkan objek-objek mengelilingi orang itu, yang mungkin mencederakannya.
v Sebaik sahaja kekejangan terhenti, longgarkan pakaiannya dan balikkannya ke sisi untuk
    mengelak dari tercekik.

v Jangan beri apa-apa untuk meminum atau memakan untuk suatu jangkamasa selepas
    serangan sawan.

v Jika terdapat demam yang tinggi, spankannya untuk menurunkan suhunya.
v Bawa pesakit berjumpa dengan doktor jika pesakit merupakan seoarang kanak-kanak atau
    jika mengalami sawan buat kali pertamanya atau jika sawan berlanjutan melebihi 10 minit,
    atau terdapat sawan yang beulangan.



Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Doktor
v Memastikan punca berlakunya sawan.
v Merawati pesakit dengan ubat-ubatan.
v Merujuk pesakit ke hospital untu kpenyiasatan dan rawatan selanjutnya.
Ingat untuk mengikuti nasihat doktor berkenaan rawatan. Jangan suai ubat. Runding dengan pegawai farmasi atau doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/kemusykilan mengenai ubat yang diambil oleh anda.

Sabtu, 3 Mac 2012

14
Komen

Selamat Hari Lahir yg ke 11 "Nurul Nazhirah Izatti" 03032012

By Nazayiena Ayiena | Sabtu, 3 Mac 2012@3:15 PG | Filed under
 Selamat Hari Jadi Kakak......
03032012 dah sebelas thn dah kakak....
Tahun nie birthday macam biasalah setiap thn nak
minta sediakan Goodies  utk classmatenya.
Mama harap kakak jadi anak yg solehah,
menjadi ikutan adik2 kakak yg lain.

Goodies yg nak bawa esok ke sklh (esok ganti sklh yg cuti chinese new year hari tu)Dlm nya ada jajan dan air kotak....



Jumaat, 2 Mac 2012

4
Komen

Follower yg tanpa jejak.....

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 2 Mac 2012@5:41 PTG | Filed under
Assalamualaikum..............
Hari nie jumaat penghulu segala hari.
Hari nie buka blog bertambah sorang lg follower....
Maklumlah follower 'ramai'....
Jadi bagi menghargai follower yg follow blog aku
aku akan follow blk...
Wlpn niat nak follow blk tu baik tp problemnya
(x byklah) xleh nak detect blog org itu...
Hari tu ada baca n3 di blog Mama Ema
mengenai hal nie tp x fahamlah....
Pd kwn2 yg tahu dan celik it bolehlah tlg aku yea....
P/s: Nak jejak blogger yg bernama kella nie (follower ke 54 tu)
Harap dia dah follow kak Nurul dan dia dah baca n3 ni bolehlah
tinggal jejak yea....

Khamis, 1 Mac 2012

10
Komen

Gambar baby Mawi

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 1 Mac 2012@5:44 PTG | Filed under
Comelkan baby Mawi dan Ekin.....
Abi dan Cahaya Malaika



P/S:gambar dpt FB
dan dr astro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink