NUFFNANG

Isnin, 30 Januari 2012

Aku yang sibuk.....

Assalamualaikum...........


Lamanya aku bercuti dr blog nie....
Nak BW pun x sempat,
Maaf yea kwn2 x sempat nak berkunjung.....
Minggu lps dan minggu nie aku yg teramat sibuk....
sibuk mengalahkan PM kita.....
Wlpun sebenarnya byk yg aku nak kongsikan  dgn kwn2.
Namun masa membatasi segala.....


Minggu dpn aku dah cuti nak balik kpgku tercinta,
Nun jauh di seberang lautan Cina Selatan.....
Kpgku yg dah sthn lebih aku tak jejaki.....
Bersua dan melepaskan kerinduan pd keluargaku dan saudara maraku......
Bersama hubby dan anak2ku yg dah lupa loghat negeri mamanya.....
Tapi ku pergi cuma seminggu je....
Rasanya nanti x cukup waktu itu....
Tapi apakan daya cuma itu saja masa yg ada......


Amboi bukan main lgkan aku menulis....
Macamlah negeriku tu jauh di antara benua...
Padahal sama je satu Malaysia.......


Nie je yg aku sempat tulis dlm kebussyan ini....

Isnin, 23 Januari 2012

Happy Chinese New Year....


Selamat Tahun baru Cina pd sesiapa yg menyambutnya.
Tahun nie thn naga ya....
Gong Xi Fa Chai

Sabtu, 21 Januari 2012

Selamat berhari minggu........


Hai semua,selamat berhari minggu dan cuti pjg
yea sempena public holiday CNY kawan2....
Tentu semua org dah merancang ke mana
cuti nie yea.....
Sekolah anak2 pun cuti seminggu nie sempena
CNY nie,hari rabu diorg ambik cuti peristiwa
dan hari khamis dan jumaat cuti gantian.....


 ni saya Izzyan,jln pegi tgk rumah mama uteh yg dah siap
hampir 90% slps pegi pasar tani minggu lps........
ni plk berposing kat jiran mama uteh punya Gazebo........mama & ayah
pun mengidam nak buat gazebo kat rumah kami nanti........

Khamis, 19 Januari 2012

Main kutu........

Apa dia main kutu,adakah main kutu yg ada atas kepala
tu ke atau apa2 kutu binatang?........tidak ya kawan2
main kutu nie main simpan duit le dgn kawan2.
Main kutu nie ada juga nama lain dia kot,tp aku x berapa
ingat,klu kat tpt aku sana kata main hol,mungkin dari
perkataan inggeris hole iaitu pegang dan duit tu kita
dpt pegang dulu dan dah hbs tempoh pembayaran
dgn kwn kita bolehlah pki duit tu,klu nak pakai jugak
pun nanti pandai2 sendirilah nak cover duit utk byr.

Kali nie aku main kutu lg dgn member2 opis......
Ada dua group aku join,tamakkan,bukannya apa
hari tu group lama aku lmbt sgt ckp nak ajak main
jadi aku dah joinlah group lain,bila group lama aku tu
ajak main lg dan nak cukupkan org aku pun join lg.....

Sebenarnya bagi aku duit kutu nie bagus utk kita
menyimpan,kita ambik turn yg last sekali dpt
duit x le kita fikir nak byr lg lps tu, tp jugak klu
org yg pandai berjimat cermat tu dan kebetulan
turn dia awal dia boleh msk saham cam ASB ke
bolehlah hujung thn dpt dividen.........
Aku plk kali nie yg satu tu kena bulan lapan nie,
bulan lapan nie raya,Insya Allah blhlah pki
topup belanja raya........hehehehe.
Tp biasanya duit kutu aku tu selalu x nampak hasil,
klu org yg jenis berjimat mesti setiap kali dpt
duit kutu akan beli le brg kemas ke dan apa2 brg
yg boleh nampak yg boleh dijadikan tanda.....
Apa2 pun terpulanglah pd setiap indivu tu bagaimana
nak manage budgetkan.....






































P/s....masih lg m'cari template yg memuaskan hatiku.......

Rabu, 18 Januari 2012

Tukar Template lain....

Assalamualaikum...........

Hari nie rajin nak tukar new template,kali nie aku nak kaler pink,
tgk kaler pink nie lembut je kan........
Apa macam kawan2 ok x aku punya new template nie?
Komen dari kawan2 amatlah dialu-alukan ya.....
Macam tulah klu seorang tu jenis yg suka godek sana,godek
sini,pas tu suka nak cuba benda baru dan cepat boring plk
pd satu benda yg sama.......
Bab header aku x pandai plk nak buat,masih pki header
yg lama,huhuhuhu..........
Ok bg kawan2 yg nak cuba juga tukar new template

aku ambik template nie kat http://btemplates.com
Dan byk lg laman web yg lain free template cuma rajin google je........





sapa nak baju kobis......


Cantik x baju kobis nie?tgk tu ramai yg x melepaskan
peluang nak merakam detik2 sipemakai nie pki baju kobis.
Rasanya  spi tghari aje baju nie dah layukan......
sebenarnya nie wanita aktivis pertubuhan Orang Ramai
Untuk Layanan Beretika ke atas Haiwan(PETA)
di Thailand selain mengajak orang ramai
memakan sayuran.

Sumber:Kosmo

Isnin, 16 Januari 2012

Rajin yg sekejap je........

Sapa yg suka berkebun sini, x kira le kebun bunga ke
sayuran atau buahan?Aku memang dari dulu sebenarnya
memang suka bercucuk tanam nie,tp nak buat camne
masa x mengizinkanku utk meneruskan minatku itu,
ewah masa plk disalahkan. Tanah kat blkg rumahku
ni pun kurang subur dan byk batu,selain sabtu minggu
aku xde kat sini,aku blk kpg lagi le x berjaga aku
punya tanaman nie.....hai hangat2 tahi ayam je kan!

Dulu waktu mula2 pindah quarters nie rajin juga
aku bercucuk tanam nie,ade le aku tanam serai,
kunyit dan lengkuas,nanti fikir klu dah tanam
x payahlah nak beli2  3 serangkai nie.....
Jika tanaman yg kita tanam tu tumbuh dgn suburnya
mesti ada kepuasankan bila kita melihat itu semua,
apatah lg klu hasil tanaman kita tu dah membuahkan hasil,
Tapi tu semua nak kena maintain,bak org
kata jika kita tanam bunga nak sentiasa kena belai 
barulah nanti akan klr bunga yg cantik......... 


Tahu x ni pokok buah apa?
Ni le buah terung asam,klu masak akan jadi kaler kuning,dan rasanya
 mestilah masam,Buah nie aku rasa memang xde kat SM nie,buah nie
aku bawa khas dr S'wak dan bijinya aku semai.
        ni  plk pisang 40 hari,skrg nie macam terbantut je pembesarannya.


 ni plk daun kunyit,aku tanam kat atas tanah x berapa nak tumbuh,masuk dlm pasu subur plk.
 Ni limau sambal,aku alihkan tanam atas tanah terus macam x nak hidup je...
 seraiku skrg macam dah nak mati sbb x dijaga.......
 daun pandan pun skrg nie cam x nak membesar je......
Pokok ubi yg skrg nie semua dah kena cabut sbb blkg rumahku tu
kerajaan dah pagar tutup ngan zink org tgh buat rumah Perumahan Rakyat 1 M'sia.

Jumaat, 13 Januari 2012

Ya Allah pelupanya aku..........

Macam mana benda penting nie aku boleh selalu lupa ya.......
Klu teringat pun nantilah,last2 spi thn baru.......
Apa yg aku lupa nie?.......nie haa ubat cacing izzyan
yg aku dpt waktu last appoitment dia di klinik
hari tu,hari tu 6 hb 12 thn lepas.....
Dapat hari tu aku terus masuk handbag,lepas tu
terus lupa nak kasi,nasib baik le ubat nie
lmbt lg nak expired.........klu misi tau
nie gerenti aku dah kena marah.....huhuhu
Mama sapalah nie........
Maafkan mama ya Izzyan,nanti mlm mama kasi ok.
Izzyan nie xlah susah makan ubat.
Sbb anak senang mkn ubat tu le mamanya terus
jadi pelupa nak kasi mkn ubat.






Sara 1 Malaysia

Assalamualaikum...........

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim  Amanah Rakyat  1 Malaysia
(Sara 1 Malaysia) di Kuala Lumpur.Pengumuman Sara 1 Malaysia ini telah dibuat pada
pembentangan Bajet 2012 thn lepas. Jika kita tgk skrg bykkan kerajaan telah memberi
pelbagai bantuan pd rakyatnya dan terpulanglah pd rakyat itu sendiri bagaimana
memanfaatkannya.Macam BR1M akan dibayar pd 15hb ini nanti pd sesiapa yg layak
dan dah rezekinya.Nak tahu lebih lanjut apa,sapa yg layak Sara 1 Malaysia nie baca
sendiri ya.......


KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. 

Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik. 
“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia... sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.

Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup. 

Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah.
Sumber:Berita Harian
P/s:Baca cerita rumah Wardina dimasuki pencuri kat blog kwn2 ambik dr FB Wardina
Rasanya macam beraninya dia menghadapi saat itu,dan suaminya yg mempertahankan
Hak isterinya pun amatlah patut dicontohi oleh semua suami2.

Khamis, 12 Januari 2012

Kasihnya Ibu...........

Sekadar berkongsi dr email kawan2.......
Mungkin ramai yg dah bacakan,sebenarnya lama 
dah dpt email nie tp baru skrg nak rasa share 
ngan kawan2.......


KASIHNYA IBU... Alahai

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin.

Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

DUA PULUH TAHUN KEMUDIAN

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.
Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak.
Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padangsekolah.  
Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik.
Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.
Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti.
Mak menjinjit dua bungkusan plastik.
Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan.
Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum.
Kedua bibir Mak diketap rapat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.
Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar.
Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.
Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.
Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.
Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan.
Ayah tutupkan payung mak.
Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah.
Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja.
Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.
Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.
Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  
Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.
 Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan.
Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama.
Setiap hari Mak berharap begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh.
Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.
Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.
Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi.
Tapi Uda kata semua tak angkat talipon.

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.
Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak.
Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.
Mereka ada kehidupan masing-masing.
Tak payah sedih-sedih.
Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang.
Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.....

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi ALLAH bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.
Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi.
Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.
Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih.
Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang.
Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang.
Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kanBang?
Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah.
Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu.
Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan kita semua yang kadang-kadang lupa perasaan ibu kita.

Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw ibu 3 kali lebih utama dari ayah.

Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.

Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Jom  kita lakukan sesuatu kelainan dengan memeluk lebih erat IBU kita dan membisik, IBU maafkan saya dunia dan akhirat!

Janganlah kita asyik mengejar dan leka dengan hal-hal keduniaan hingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

Kerja,kerja,kerja.......

Assalamualaikum...............
Semalam adalah hari yg amat meletihkan,aku keja dr awal
pagi hingga ke ptg dan x sempat nak launch pun.
(hai macam le mengalahkan org kerja kat sawah 
bendang membanting tulang 4 kerat)
Rasa tension juga pun ada,ye le tgk org lain ada yg 
rileks2 bergelak ketawa...........
Tghari plk hubby htr mesej dia tgh meeting lg,time launch
pun meeting lg xmkn ke. Tlg ambik Najmi kat sklh
thgari htr blk rumah sbb hari nie xde koko cuma 
kakak saja yg ada pegi merentasi desa.
Kerja semuanya nak urgent..........
Memang aku rasakan suasana buat rebase thn lepas pd
waktu nie  berulang kembali.
Ptg kul 6 siap juga kerjaku dan nak blk cepat2
nie sbb nak ambik si kakak ngan si Izzyan
(lbt ambik nak byr OT plk)

OTW blk aku ckp ngan hubby mlm nie
mlas nak masak sbb letih kerja nie dr pg
sampai ptg x hilang lg.....(boleh ke ckp camtu
ngan suami x nak masak........)
hubby diam je........
Kat rumah tanya lg hubby nak mkn apa?
sengaja je tanya agar dia nanti call pizza ke,ayamas....
Lepas maghrib dia call ayamas dulu,putrajaya xde
develery just area PJ je,last2 call pizza hut.....
Mkn malamlah dgn pizza .......huhuhu.
Tu le akibat klu hal2 keja bawa blk rumah.....


malas nak ambik pic, nie pic pizza domina yg bila ntah........

P/s: Adakah kulitku x sesuai dgn safi rania gold nie,
coz ni dah tumbuh jerawat spi 4 ketul.......

Isnin, 9 Januari 2012

Mface VS Facebook & Twitter

Assalamualaikum.....

Apa dia Mface?apa bezanya dgn Facebook yg ada skrg?
Sebenarnya Mface adalah sama juga dgn facebook iaitu laman sosial
yg diasaskan dan dipengerusikan oleh seorang pengacara popular iaitu
Datuk AC Mizal.

Mface bermaksud Malaysian Face ini baru dilancarkan baru2 ini dan idea ini timbul
hasil bersama rakan kongsi Datuk AC Mizal Tedy Teow.Mface nie lebih kurang
sama dgn facebook dan twitter iaitu penggunanya boleh mengemaskini status,maklumat
terkini dan gambar dgn org ramai serta yg membezakan Mface ini dgn laman sosial yg lain
ialah reka bentuk paparan laman antara sesuatu laman web itu.

Selain itu utk menjayakan Mface ini, 60 orang artis terlibat dan mereka akan diberi
syer 100,000 unit dan ini akan menambahkan pendapatan mereka serta bila pengguna
Mface ini mencecah satu juta ianya akan disenaraikan dlm bursa saham Malaysia.

Sesiapa saja boleh menjadi ahli Mface ini tanpa bayaran, dan apa yg menarik sesiapa
yg aktif akan diberi markah tertentu dan hadiah mingguan ipad2 bg yg mendapat markah
tertinggi.Ini adalah promosi berterusan selama 6 bulan.

Bagi tahap keselaman laman sosial ini nanti akan dipantau oleh beberapa org petugas
utk memastikan Mface ini sentiasa bersih dr politik atau unsur2 yg mengaibkan org lain.

So,utk mendaftar lawatlah laman sesawang di www.mface.me
sumber:Kosmo

Jumaat, 6 Januari 2012

Salah tafsiran hal mengumpat

Salam Jumaat penghulu segala hari.
Hari jumaat nie aku nak share artikel 'Salah tafsiran hal mengumpat' dgn kawan2.
Sebagai renungan kita bersama agar sentiasa beringat2 selalu ......adakah aku mengumpat ?
Kredit to Harian Metro


SERINGKALI kita mendengar: “Aku bukan nak mengumpat, tapi ini cerita betul, sumpah aku tak tipu...” Kata-kata seperti ini atau yang seumpamanya dimanfaatkan oleh pengumpat sebagai pembuka bicara. Sedar atau tidak, sebenarnya mereka sudah melakukan dosa besar dan berhadapan dengan ancaman Allah. Hal ini berlaku kerana mereka memberikan tafsiran salah mengenai mengumpat. Bagi mereka, bercakap perkara benar yang dibenci pelakunya pada orang lain bukan dikategorikan sebagai mengumpat.
Apa itu mengumpat? 
Mengumpat dalam bahasa Arab adalah ‘ghibah’. Ia berasal daripada perkataan ‘ghaaba’ iaitu hilang daripada pandangan. Disebut ‘ghibah’ kerana perbuatan mengumpat dilakukan tanpa kehadiran orang yang diumpat. (Lihat: 'Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari oleh al-'Aini, 8/208).

Al-Imam al-Munawi berkata: “Ghibah (mengumpat) adalah menyatakan keaiban seseorang di belakangnya sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau isyarat.” (Lihat: Faidh al-Qadir Sayarh al-Jami' al-Shaghir oleh Zainuddin al-Munawi, 3/166).



Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam (s.a.w) pernah menjelaskan mengenai erti mengumpat. Sabda Baginda: “Mengumpat adalah menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai saudaramu (di belakangnya). Lalu seorang sahabat Baginda bertanya: Apa pandanganmu sekiranya apa yang aku sebutkan benar-benar ada saudaraku? Nabi menjawab: “Jika engkau menyebut sesuatu yang benar-benar ada pada saudaramu (sedang dia tidak menyukainya), maka kamu sudah mengumpatnya. Jika sesuatu yang kamu sebutkan tidak berlaku ke atas saudaramu, maka kamu sudah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Muslim, no: 2591)


Saya anggap penjelasan Nabi sangat mudah difahami. Semua perkara dibenci saudara kita untuk didedahkan walaupun ia benar, maka usaha mendedahkannya dikategorikan Nabi sebagai mengumpat. 



Ancaman Allah:

Firman Allah, maksudnya: “Dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu berasa jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 49:12)

Firman Allah lagi: Maksudnya: “Kecelakaan bagi pengumpat dan pecela.” (Surah al-Humazah, 104:1)

Sabda Nabi maksudnya: “Sesiapa yang menyelamatkan daging (kehormatan) saudaranya daripada diumpat, nescaya Allah akan membebaskan dia daripada neraka.” (Hadis riwayat Ahmad, no: 27062)

Ini bererti sesiapa yang mengumpat, balasannya neraka Allah, na'uzubillah. Bahkan banyak lagi hadis Nabi yang mencela pengumpat.


Mengumpat yang dibolehkan:

Al-Imam al-Nawawi menyenaraikan enam keadaan yang dibolehkan mengumpat.
(Lihat al-Azkar oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi, hal. 208). 



1. Ketika dizalimi. Orang yang dizalimi harus menceritakan mengenai orang yang menzaliminya kepada polis, peguam, hakim atau pihak berkuasa agar tindakan diambil.

2. Ketika memohon bantuan untuk mencegah kemungkaran. Jika kita terlihat maksiat, tetapi tiada upaya untuk mencegahnya. Seperti tiada ilmu untuk menegur maksiat tersebut. Maka, kita boleh memohon pertolongan orang yang berilmu untuk mencegah maksiat tersebut dengan ilmunya.

3. Ketika meminta fatwa. Seperti isu rumah tangga yang perlukan penyelesaian melalui fatwa hakim atau mufti.

4. Ketika mengingatkan seseorang daripada bahaya. Seperti menasihat penuntut ilmu agar tidak mengambil ilmu dari orang yang jahil.

5. Ketika menegur perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan.
Seperti teguran peminum arak, kaki judi dan lain-lain.

6. Ketika menjelaskan tanda pengenalan diri seseorang: Seperti kita ingin mencari seseorang yang kita terlupa namanya, tetapi kita hanya ingat sifatnya yang kurang sempurna. Lalu dinyatakan sifat tersebut agar dapat menemuinya. 



Al-Syeikh Salim Al-Hilali berkata: “Keharusan mengumpat untuk keadaan-keadaan di atas adalah hukum susulan bukan hukum asal. Oleh itu, jika hilang sebab-sebab yang membolehkan mengumpat, maka dikembalikan hukumnya kepada hukum asal iaitu haramnya mengumpat.

Katanya lagi, “Dibolehkan mengumpat kerana darurat. Oleh itu, perbuatan mengumpat itu diukur sesuai dengan keperluannya sahaja. Maka tidak dibolehkan memperluaskan bentuk- bentuk di atas. Bahkan orang yang berada dalam salah satu daripada keadaan darurat di atas (sehingga dia dibolehkan mengumpat) hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah dia menjadi termasuk di kalangan orang yang melampaui batas.” (Lihat Bahjat al-Naadzirin Syarh Riyadh al-Solihin oleh Salim al-Hilali, 4/35-36).


Isu dan tindakan kita:

Apa yang membimbangkan umpatan pada hari ini berunsur mengapi-apikan antara satu dengan yang lain. Bermula daripada isu politik negara yang membabitkan pemimpin kerajaan dan pembangkang sehingga isu anak melayu yang berkahwin sesama jantina, isu pelajar pintar yang dikatakan berubah sikap, isu gosip di kalangan artis dan lain-lain, kebanyakannya disebarkan dalam bentuk mendukacitakan. Bahkan dilihat seolah-olah melaga-lagakan sesama manusia. 

Takuti ancaman Nabi:

Maksudnya: “Tidak akan masuk ke syurga pengadu domba.” (Hadis riwayat Muslim, no: 06).

Kita perlu bertindak lebih matang dan menjaga prinsip sebagai seorang Muslim dalam mengulas apa jua isu agar tidak tergolong di kalangan pengumpat dan pengadu domba, apatah lagi pendusta. Memastikan kebenaran maklumat yang diperoleh, bersangka baik, menasihati secara berhadapan, membetulkan kesalahan secara umum, bersabar dan berdoa adalah jalan keluar terbaik.

Ruangan minda kali ini diakhiri dengan memetik pesanan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no: 6018)

Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan



Khamis, 5 Januari 2012

Persediaan yg last minit.........

Assalamualaikum.......
Tahun nie aku shopping peralatan kelengkapan anak2 sklh memang
betul2 last minit.Macam thn lepas aku siap tempah semua baju sekolah 
kakak dan begitu juga baju kafa Najmi.Aku suka tempah sbb rasanya 
susah nak beli baju saiz kakak padahal memang x pernah cuba cari pun
tahu ajelah dia tu  dah sama besar dgn aku nie tp baru masuk darjah 5.
xpe le kakak janji sihatkan!
Kasut sklh memang setiap thn aku setia pd kedai bata je......
Kedai kasut nie aku ngan hubby sempat shopping seminggu sblm sklh bukak.
Org Melaka mesti tahu kedai nie kan......setiap thn sentiasa ramai ibu bapa
yg bawa anak2 shopping kasut kat sini.
Ok kasut dah berjaya dibeli,kakak ada sepasang coz yg thn lps ada 2 lg
yg elok,Najmi beli 2 pasang coz dia nie lelaki lasak sikit kasut thn lps
dah hbs lunyai dan si Izzat aku beli sepasang saja sbb dia tadika lg
x pki kasut hari2.

Baju sekolah aku shopping kat Bee Loon,Melaka,org Melaka(org Melaka lg)
mesti tahu kedai niekan,dulu kedai kecik skrg macam dah ada bangunan sendiri,
besar dan selesa beli kat situ dan ramai pekerja nak melayan kita.
Tambahan lg semuanya ada kat situ kelengkapan sklh.
Nak potong baju atau seluar ikut  saiz kita pun ada sekali.
Baju aku beli hari ahad 2 hari lg sblm sklh bukak.

Beg sklh plk aku beli sehari sblm sklh bukak,hari selasa.
Pegi kedai lain nie,tgk ramai jugak org yg beli last minit macam aku.
Lupa plk nak ambik gelagat memilih beg sklh utk anak2.





Safi Rania Gold

Assalamualaikum...

Sempena tahun baru nie dan bertambahnya umurku ke satu angka serta
yg pasti sudah berkurang jangka hayat nie aku cuba satu product nie
mintaklah serasi pd kulitku nanti.Kita sebenarnya thn nie nak capai lg
azam yg sama tahun lepas macam x tercapai je nampaknya.
Ya Allah jadilah hambamu ini seorang hambamu yg taat akan perintahmu 
Ya Allah....Amin.
Sememangnya dari sehari ke sehari,dr bulan
ke bulan  dari tahun ke tahun aku  aku nak beli product nie tp
tunggu,tunggu le dulu.....last2 bila betul2 aku nak beli dah xde offer lg.
Harga dah normal balik dgn ratusan ringgit.Hampa dan kecewa,marah pd 
diri sendiri semua ada....   Padan muka aku suka bertangguh2 perkara yg baik.
Sebenarnya aku nak beli product SK11 yg ada offer RM199 hari tu.
Waktu nak beli ada je masalah,nanti2 le....

LAst2 utk mengubat kekecewaan hatiku ini aku belilah
v
v
v

"Safi Rania Gold".........
sesuailah goldnya itu dgn peringkat umurku skrg.
dan mana tahu nanti bertambah cantik macam Che Rozita Che wan
yg jadi duta product nie.Gurau2 je hehehehe

Aku beli set siang,mlm,toner,serum,krim utk mata dan pencuci muka.
Baru dua hari pki nampaknya dah ada seketul jerawat yg timbul
di dagu nie.Betul ke klu product yg kita baru cuba akan menyebabkan
jerawat  semua timbul utk membuang semua kotoran di wajah
dan lepas tu kulit akan bertambah halus,anjal dan cantik?
Harap2 begitulah jadinya padaku dan product nie sesuai dgn kulitku.
Klu sesuai aku  akan setia pdmu safi Rania Gold........


Rabu, 4 Januari 2012

Nasib baik ko masak.....

Assalamualaikum.......

Apa yg nasib baik ko masak nie.? nak tahu apa dia,hahahaha....... nie 
cite pasal buah durian belanda.Ada sapa2 ke kekawan yg minat
makan buah durian belanda? Macam aku minat makan buah durian yg sebenar tu,
durian belanda  nie kurang sikit x sesama minat sgt mcm ngan durian.
Buah durian belanda nie aku beli kat R&R Pagoh tempohari blk dr JB....

Aku: Berapa sekilo durian belanda nie?

Jurujual: RM15,tp nie utk eksport punya gerenti sedap ooo

Jadi aku pilihlah yg kecik dan yg kekuningan nanti cepat masak
(hubby yg teringin nak makan.....tp spi skrg x mkn2 lg dan aku dah msk dlm peti ais
utk mengelak jadi busuk dan bawa blk kpg pun x ingat nak mkn,aku bawa blk Putrajaya lg,
masuk peti ais blk,Insya Allah ptg nie nak belah ok)dan suruh cina tu 
timbang....

Jurujual: Nie sekilo lebih RM18.....

Dlm hati, mahal rupanya buah durian belanda nie.....macam aku kat
kpg dulu sampai x habis mkn buah nie,blh dpt free lg...
'Hai mana boleh nak bandingkan kpg ngan bandar ye.....'

 Time aku nak byr tgk kat belakang byk 
buah durian belanda nie yg hitam2 macam x jadi masak....
jadi aku tanya ngan cina tu boleh masak ke yg aku beli nie?

Aku: Apa buah nie byk hitam2 macam x boleh masak je?Nie nanti klu xleh masak camne?

Jurujual:ooo yg itu buah yg murah punya....ini buah yg awak beligerenti masak 2 hari punya.....

Dlm hati aku kata,betul ke blh masak 2 hari.....
Tunggu punya tunggu 2 hari berlalu keras lg,
hari ketiga dan keempat baru le masak.....

"Nasib baik"
&
Harap le sedap dan manis.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...