NUFFNANG

Selasa, 26 Jun 2012

‘Elak dedah maklumat, gambar di laman sosial’

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu mengelak mendedahkan maklumat peribadi, termasuk gambar anak mereka dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter kerana dikhuatiri digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak terbabit. 

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Komputer Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, berkata ramai penculik yang memiliki kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh mengeksploitasi maklumat itu untuk melakukan jenayah.
“Mungkin ibu bapa terbabit tidak sedar maklumat itu digunakan untuk melakukan kejahatan dan memerangkap ahli keluarga mereka,” katanya kepada Berita Harian selepas menyampaikan syarahan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.
Tengku Mohd berkata, bagi remaja pula ramai tidak sedar tindakan memasukkan pelbagai data termasuk masalah keluarga dalam laman sosial memudahkan kumpulan penjenayah mendampingi golongan itu untuk direkrut menjadi anggota kumpulan mereka. 

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mengambil mudah penyaluran maklumat termasuk gambar menggunakan teknologi canggih itu kerana ada data tidak sesuai didedahkan serta boleh mengundang padah. 

Beliau berkata, sebagai contoh ada kes pembunuhan berpunca daripada berang disindir dan dikutuk menggunakan Facebook dan suspek pembunuhan melakukannya kerana mahu membalas dendam. 

“Selain itu ada kes penipuan membabitkan perniagaan dan pelaburan dalam internet sehingga berlaku transaksi wang kerana rakan mangsa mempercayai kenalan yang baru dikenalinya di laman sosial,” katanya. 
Tengku Ahmad tidak menafikan ada kebaikan menggunakan ICT tetapi penggunanya hendaklah meneliti kesahihan maklumat berkenaan termasuk menemui pakar teknologi terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia benar atau sebaliknya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Daruis Lidin, berkata perkembangan ICT memudahkan musuh memantau dan membuat risikan kekuatan pertahanan sebelum menyerang sesebuah negara. 

“Keadaan ini sudah berlaku di beberapa negara seperti Korea Utara apabila tenteranya dibekalkan dengan komputer riba untuk memudahkan mereka melakukan carian maklumat pertahanan musuh sebelum bertindak memusnahkan senjata berkenaan,” katanya.


Sumber:

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2012/06/26


P/s:  Macam mana pendapat kawan2?Aku pun byk juga masukkan gambar anak2 dan family dlm FB,
wlpn FB aku cuma boleh org yg aku add aje boleh tgk foto2 tsbt.Tapi camne plk dgn blog
 ya rasanya pun samakan,jadi sama2lah kita beringat2.........

15 ulasan:

Unknown berkata...

takut juga bila baca ni kan, tapi tawakal jelah. Moga tiada yang buruk terjadi, gambar nak letak pun kena pilih2 juga ekk...

hmmm susah pulak nak berblog dan berkongsi...

Norzie hany berkata...

Terima kasih atas perkongsian.

Salmiza berkata...

tu la...cuma hati2 je pilih gmb....

Acik Erna berkata...

assalam nurul..acik pun banayk jugak letak gambar..risau pulak..

IntaNBerliaN berkata...

sy dkt fb xda ltk gambo.. kat blog ada lah.. huhuu

tp moga2 kita semua dijauhi dr semua tu..

Mun berkata...

hmm kena memilih gambar gak... lokasi pon.. kalau boleh.. yg berkaitan ngan umah kita.. tempat kita selalu pergi.. kena byk rahsiakan jugak nie... huhu

sama2 laa kita beringat kan... risau gak kekadang..

yg penting berdoa pada Allah, mudah2han kita semua selamat dari sebarang kes jenayah yg makin berleluasa ni...

Azian Elias berkata...

we just hope n dua'a everything's ok kan.. now i pun FB dah tak banyak letakk gambar..cuma kat blog..huu..huuu...haru tul

sudipVSsenduk berkata...

ada kebenarannya... tak pernah terfikir pun sebelum ni, thanks ya

syiela berkata...

huhuhu.. haru2.. risau gak ni..

Tie HT berkata...

kt fb mmg tk berapa aktif..kat blog jarang letak gambar...harap segala info yg kawan2 bloger dapat...diorang save la baik2 seperti mana saya save info diorang :)

Mulan berkata...

eyy... seriau kan.. macam2 kes skrg ni..

sal ya berkata...

dah lama tak post pics kat fb. twitter apatah lagi. hehehe... post kat blog je.

Eintan Nurfuzie berkata...

kena pantau anak2 dan kkita kena privacykan pic dan maklumat untuk yang kenalan rapat je..

aizamia3 berkata...

kalau kat FB, ai takde masukkan gambar family.. dalam blog ada tapi hanya selected.. kita tak tau hati orang camne kan.. ;)

9n0L4 berkata...

penculik skrg pun ade FB kan. bahaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...