Sawan babi....... | ! My Lovely Family Blog !



Selasa, 6 Mac 2012

14
Komen

Sawan babi.......

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 6 Mac 2012@5:16 PTG | Filed under
Assalamualaikum........

Hari selasa baru aku nak cite kisah hari ahad lepas.
Memang ketinggalan jauh klu aku nie ikut org pegi berlumba lari.
Hari sabtu dlm kol 3 lbh kitaorg gerak blk kpg
sebab ptgnya ada appointement ngan tauke besar kontraktor
buat rumah.Sambil2 itu hubby test drive aku utk blk kpg
sbb nanti cadang hari sabtu nie aku ngan anak2 je blk kpg
dan dia plk mlm nie dah blk kpg sbb esok dah admit hospital
dan khamis nak operate.

Tengahari ahad MIL pegi kenduri,anak2 ada bermain basikal kat
laman,hubby plk tido blk,tgh aku tgk melodi dan perkahwinan
Lisa dan Yusri kat astro ria tiba2 t'dgr ada suara macam org
jerit tp x lepas,aku tgk kat luar xde org pun dtg,tanya ngan
kakak yg ada masa tu kat situ x tahu,baru aku teringat
mungkin Wan (adik ipar) yg dlm bilik tgh tido tu kot....
Dah x sedap hati nie,memang betul msk je aku bilik dia
dia tgh dlm kekejangan diserang sawan,tp air liur dia
x meleleh cuma tgn dua2 keras dan  mulut mcm
gigi tertutup cam tu(x tahu nak explain nie)

Dia nie memang ada sawan dan kena mkn ubat sentiasa.
Umur dlm awal 20 an camtu,bujang dan blm keja tetap lg.
Aku yg panik baru first time tgk dia kena sawan x tahu nak buat 
apa,sambil jerit2 ngan kakak suruh panggilkan ayah yg ada
bilik blkg,sungguh aku x tahu buat apa,rasanya lebih 5 minit 
dia camtu,dlm tunggu hubby dtg terfikir jugak aku
nak kasi minum sbb ada tgk air kat tepi katil tu,
tp nasib baik aku x kasi air,nanti apa plk jadi
dan hubby dtg tarik2 rambut dia,panggil2 namanya,iringkan 
badan dia,ltk bantal kat punggung dia utk tinggikan sikit,
dan lepas tu nafasnya dah tukar macam bunyi lembu yg 
disembelih plk,kuat.....

Bila ada kelapangan kat opis nie jadi aku googlelah
cari apa tu sawan babi nie dan camne nak buat klu 
menghadapi situasi begitu.......
sama2lah kita kongsi ok....


Sawan babi boleh digambarkan sebagai episod mengejut pembebasan elektrik yang memberi kesan terhadap sekumpulan saraf, bermula hanya pada satu bahagian otak dan kadang-kalanya dapat merebak ke keseluruhan otak untuk menjadi keabnormalan yang menyeluruh.

Jenis-jenis
  1. Serangan penyakit yang menyeluruh
    1. v Sawan ketiadaan, contohnya petit mal, yang berlanjutan selama 10-15 saat.     Seseorang itu akan berhenti dari menyambung kegiatannya dan mungkin     merenung. Bola mata mungkin menghanyut ke tepi mata.  Seorang kanak-     kanak dengan serangan ketiadaan munkin mengalami kesukaran     pembelajaran dan memberi perhatian di dalam kelas. v Sawan mioklonik v Sawan tonik klonik, contohnya grand mal. Seseorang itu akan jatuh, menjadi     kaku dan tersentak pada keseluruhannya. Sesorang itu mungkin hilang     sedar dan air liurnya meleleh. Sawan mungkin berlanjutan sehingga 3 minit. v Sawan tonik v Sawan atonik atau akinetik
  2. Sawan separuhan (“focal epileptic focus”)
    1. v Mudah tanpa kehilangan kesedaran. v Sawan separuhan yang kompleks dengan kehilangan kesedaran. v Sawan separuhan, samada mudah atau kompleks. v Sawan tonik-klonik keseluruhan.



Punca-punca Sawan
v Idiopati – punca-punca yang tidak diketahui.
v Warisan atau familial - contohnya petit mal
v Kecacatan perkembangan – contohnya rubella intrauterin, radiasi.
v Renjatan (trauma) kelahiran, contohnya pendarahan serebral 
v Anoksia (ketiadaan oksigen) semasa bayi atau kanak-kanak.
v Tumor
v Salur darah – contohnya, penyempitan salur-salur darah yang mengalir ke otak.
v Jangkitan, contohnya sawan yang diakibatkan oleh demam (konvulsi febril), meningitis
v Keradangan – contohnya sklerosis multipel
v Metabolik e.g. Glisemia uremik
v Toksik, contohnya alcohol/dadah, logam plumbum 
v Kemerosotan, contohnya penyakit  Alzheimer.



Gejala-gejala
Gejala-gejala bergantung kepada jenis sawan. Semua gejala-gejala yang disebut tidak akan didapati pada jenis sawan yang tertentu. Di antara gejala-gejalanya adalah:-
v Kehilangan kesedaran.
v Memberhentikan aktiviti-aktivit untuk beberapa saat dan merenung atau kibasan kelopak
    mata.

v Bola mata yang berputar ke atas.
v Bibir yang membiru dan memucat serta pelelehan air liur.
v Sentakan kepala dan anggota badan yang ganas dan berulangan selama 3-5 minit.
v Apabila sedar semula, seseorang itu mungkin mengalami kehilangan ingatan untuk
    jangkamasa yang pendek, sakit kepala dan mudah tersinggung dll.



Komplikasi-komplikasi
v Kecederaan fizikal disebabkan oleh pergerakan yang ganas.
v Tercekik dengan lidah sendiri.
v Kerosakan kepada otak disebabkan oleh serangan-serangan yang berpanjangan dan
    berulang-ulang.

v Maut pada kes-kes tertentu.



Faktor-faktor Pencetus
Beberapa faktor-faktor yang boleh mencetus serangan sawan adalah :-
v Kekurangan tidur 
v Tekanan
v Haid
v Jangkitan
v Minuman  beralkohol
v Memberhenti perubatan sawan dengan tiba-tiba.



Tabiat-tabiat Untuk Diperhati
v Pada kanak-kanak dengan demam melebihi 38.5°C, adalah penting untuk memberikannya
    ubat demam dan menspannya dengan air suam kuku untuk menurunkan suhunya.

v Bagi merka-mereka yang ada sawan babi, elakkan sukan berbahaya. Pakai topi keledar
    keselamatan semasa mengayuh basikah atau menunggang kuda.

v Ketahui rawatan yang anda sedang jalani dan ikuti nasihat doktor dengan tegas.
v Simpan prekrepsi gantian yang lebih di rumah.
v Beritahu doktor jika anda bercadang untuk mengandung.
v Pakai rantai tangan waspadaan perubatan.
v Jelaskan kemusykilan anda semasa berjumpa dengan doktor dan perhatikan mana-mana
    tanda atau gejala baru terhadap ubat.

v Jadilah ahli persatuan sawan babi tempatan.
v Simpan bekalan perubatan yang mencukupi yang dipreskripsi oleh doktor.



Elakkan
v Berenang sendirian.
v Kekurangan tidur.
v Meminum terlalu banyak minuman beralkohol.
v Memandu kenderaan atau mengendalikan mesin jika serangan masih tidak terkawal.
vmemandu kenderaan awam jika anda mempunyai sawan babi.



Apa Yang Harus Dilakukan Jika Seseorang Itu Mengalami Sawan
v Elakkannya dari jatuh dan mencederakan dirinya.
v Jauhkan objek-objek mengelilingi orang itu, yang mungkin mencederakannya.
v Sebaik sahaja kekejangan terhenti, longgarkan pakaiannya dan balikkannya ke sisi untuk
    mengelak dari tercekik.

v Jangan beri apa-apa untuk meminum atau memakan untuk suatu jangkamasa selepas
    serangan sawan.

v Jika terdapat demam yang tinggi, spankannya untuk menurunkan suhunya.
v Bawa pesakit berjumpa dengan doktor jika pesakit merupakan seoarang kanak-kanak atau
    jika mengalami sawan buat kali pertamanya atau jika sawan berlanjutan melebihi 10 minit,
    atau terdapat sawan yang beulangan.



Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Doktor
v Memastikan punca berlakunya sawan.
v Merawati pesakit dengan ubat-ubatan.
v Merujuk pesakit ke hospital untu kpenyiasatan dan rawatan selanjutnya.
Ingat untuk mengikuti nasihat doktor berkenaan rawatan. Jangan suai ubat. Runding dengan pegawai farmasi atau doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/kemusykilan mengenai ubat yang diambil oleh anda.

14 ulasan:

MulutPayau berkata...

terima kasih atas info ni...
Sekarang ni ada sorang murid yg ada sawan...Risau sangat coz dia pernah kena dalam kelas.......

MrS. F!zA berkata...

sawan ni mmg menakutkan jgk..sbb dia blh jd tetiba..dlu msa kduri kahwin paksu ada sorg mamat kpg ni tgh mkn tetiba dia kena sawan..habis kencing dalam rumah..huhu

wahida berkata...

ya Allah...takut lak saya dgr pasal penyakit ni..terima kasih berkonsi info ni kak...
mesti akak panik masa tgk adik ipar kena tu...

penyakit ni kekal sampai ke tua ke kak? mmg tak boleh dirawat bagi pulih sepenuhnya ke? huhu...

rieda_ffya berkata...

sy pn pnh hadapi (kwn yg kena) dlu mse study tp nasib ade kwn2 yg tau nk settle camne..tq atas info baru ni sis

Cho Zila berkata...

kalau akakpun tak tah nak buatper.. tak pernah menghadapinyer... bahaya gak yerk...

Acik Erna berkata...

assalam nurul..masa acik sekolah2 duu ada sorang orang kampung ada penyakit ni,..lepas tu tak pernah lagi tengok.

Bui Junaidi berkata...

TAK PERNAH ADA PENGALAMAN LAGI TENGOK ORG SAWAN..

KTK ORG SARAWAK KAH?

Edy Zaidi berkata...

dulu masa kecik2 selalu kene sawan gak...sampai mak bedung badan ni setiap masa...hehe

fieda berkata...

takut plk saya...saya pun tak pernah tgk org kena sawan..biasa tgk kt tv jer la...

Tihara berkata...

biasanya orang sakit tua dah uzur kena epilepsi ni..pernah la tgk, ada mcm kena kancing gigi..sian tp semua tu ujian..moga dia selamat :)

Kakzakie berkata...

Nasib baik Iena tak bagi minum... memang tak boleh ye... dulu tempat kerja lama kakak ada satu makcik cleaner ada penyakit ini, bila kena terus terbaring, mulut dia keluar buih, bila dah selalu kena terpaksa dia berhenti. Anak-anak dia tak bagi kerja lagi. Memang bahaya...

sudipVSsenduk berkata...

pernah lihat saudara kena sawan.. kesian sangat.

terima kasih atas info yg diberi & tq sudi follow.

mamaNoriz berkata...

kesiannye dia...

harap2 dpt dipulihkan dan dapatlah dia jumpa dgn calon istri yg leh handel situasi dgn baik...takut kan...klu sya mesti nangis ketakutan...

Fuad Sallehuddin berkata...

Penawar Sawan Babi Tradisional. - https://www.facebook.com/PenawarSawanBabiTradisional

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink