NUFFNANG

Jumaat, 28 Disember 2012

Byknya nak pakai $$$....

~ Assalamualaikum ~

Sekejap je rasanya masa berlalukan! Minggu dpn dah nak bukak sklh blk.
Kak Nurul baru minggu lps pegi beli baju2 sklh anak.
Dikesempatan cuti krismas tu kak Nurul blk Melaka beli baju di Beloon,beg dan 
kasut anak2.Rasanya thn nielah dlm sejarah boleh shopping baju dan 
peralatan sklh anak2 dlm satu hari je.Klu x thn lps satu hari beli baju,
hari lain plk beli yg lain2 tu. Thn nie beli baju anak lelaki 2 org dah 
berabis dekat RM500..... aduii duit mengalir bagaikan air je hujung2 thn nie
,blm lg kasut, beg dan stationery.

Baju si kakak plk kak Nurul dah beli awal2 kain ela dan upah jahit je.
Bykkan pakai duit bila nak bukak sklh nie,....,camne yea klu org
yg ramai anak tu,tabik springlah kak Nurul dgn diorg tu yg pandai uruskan
budget segala. 
Tghri tadi daftar sklh tadika Izzyan plk,nasib baiklah 
tadika dia nie boleh byr dua kali pendaftaran,kurang sikit beban,huhuhu....

Camne preparation kwn2 buat anak2 sklh sessi 2013,dah ready semua ke?




Isnin, 24 Disember 2012

Merry Christmas

~ Assalamaualikum ~


Merry Christmas and happy new year
buat kwn2 yg menyambutnya esp.kwn2 
sklh dulu.

Christmas Surprise! Stock Photo - 2153949



Khamis, 20 Disember 2012

Ada apa pada Nama

~ Assalamualaikum ~

Bersiaran lagi di pagi khamis di dlm blog suam2 kuku kak Nurul nie.Ada apa pada nama?tajuk entry kak Nurul  hari nie.Pasti semua tahukan apa itu nama,nama ialah panggilan utk si polan2kan.Ibu bapa wajib memberi nama anaknya dgn nama yg baik2 maksudnya dlm Islam.Ada kadang2 org tu berbulan2 nak fikir taruk nama anakkan,yelah dlm kandungan lg dah fikir apa namanya nanti.

Macam kak Nurul disebabkan nama yg diberi arwah bapa xde maksud apa2 dlm Islam,(dulu ada juga tanya ngan ustaz waktu sklh menengah maksud nama kak Nurul asal dia kata nama buah yg dlm Syurga iaitu buah tin) jadi kak Nurul tambahlah lg nama "Nurul Nadhirah" bersama nama asal kak Nurul.Orang yg berkeras nak kak Nurul tambah nama nie sapa lg klu bukan hubby kak Nurul skrg,sebab dia ada kenalan kat Jabatan Agama Islam jadi dia mintalah sokongan bertulis nak dikepilkan bersama borang permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara. Kadang2 ada ramai juga yg bertanya ngan kak Nurul nie convert ke sbb tgk nama tu ada @. .........hehehe sendiri mau jwb.

Sebab itulah bila di zaman sklh2 dulu kak Nurul dikenali dgn nama asal tu dan bila dah di dunia pekerjaan nama plk dah bertukar yg lain......huhuhu.....Bila jejak kwn2 lama zaman persekolahan dulu dlm facebook semuanya dah x kenal sbb kak Nurul guna nama tambahan nie,dan juga gambar dlm profil pun dah berubah ye le dulu slim menawan skrg dah chubby u. 

So ada byk nama, ada nama salah satunya nama blogger.Nama blogger kak Nurul 'Nazayiena'.......bunyi xlah  menarikkan mcm nak sebut nama nazaria ajekan,nama keta tu......bukan disbbkan kak Nurul dan hubby ada keta nazaria sbb tu pki nama tu,bukannnnn,tapi itu adalah nama hasil sambungan sikit2 dr nama kak Nurul dan hubby.Idea nak sambung nama tu dtg bila zaman bercintan cintun.Kak Nurul cuba juga cari maksud nama nazayiena ini dlm Islam tp x jumpalah plk,harap maksudnya cantikkan........boleh ke gitu.Banyak juga nama2 blogger yg unikkan,ada juga yg pki nama sebenarnya je,dlm dan luar maya dikenali dgn nama yg sama atau sebaliknya. Hai dah pjg jugak entry pasal nama niekan, kak Nurul biasanya jarang buat entry pjg2 nie.oklah stop dulu.....bye,mood x sabar esok nak bawa family pegi Gambang Resort join family day opis hubby.

Rabu, 19 Disember 2012

Wordless Wednesday

~ Assalamualaikum ~



*  x lama lg dah nak tinggalkan nenek

* thn dpn dah start sklh sini

* start 2 thn lbh tinggal ngan neneknya

* cucu neneklah nie..... MOHD NAZIM IZZAT

Selasa, 18 Disember 2012

Kentang Bakar

~ Assalamualaikum ~

Entahlah kenapa akhir2 nie rasa malas sgt2 nak update blog.
Sebenarnya byk cite yg kak Nurul nak share di sini spt
dua hero tu yg dah bersunat berapa minggu lps.
Tapi kemalasan mengatasi segalanya jadi kak Nurul
just share resepi kentang bakar yang kak Nurul selalu buat jgk.

Bahan2nya
Kentang (6-7 biji kentang besar)
Thickened cream (kak Nurul guna jenama Pauls) guna 1 kotak 
cheese (kak Nurul pki slice cheese je)
serbuk Pasti sedap Knorr

Cara2nya
Kentang dikupas,potong dan rebus hingga empuk
Setelah empuk toskan air kemudian susun dlm bekas yg
boleh dimasukkan dlm oven.Pastikan air rebusan dah betul ditoskan
sbb klu bercampur air nanti kentang bakar nie x sedap.
Masukkan serbuk Pasti sedap knorr ke dlm Thicked cream ,
Kacau supaya serbuk tu x berketul.
Selepas dah sebati tuangkan  cream tu dlm kentang yg
dah disusun tadi. Setelah itu taburkan cheese di atasnya
atau klu kak Nurul susun slice cheese di atasnya.
Bakar lebih kurang 20-25 minit dgn suhu 180 darjah celsius
dlm oven yg telah dipanaskan dahulu.
~ Selamat mencuba ~



Jumaat, 14 Disember 2012

Happy Belated Birthday IZZYAN

~ Assalamualaikum ~

Salam jumaat buat semua rakan2 blogger.
Tanggal 1 Disember lepas ialah tarikh lahir Izzyan.
Dah genap 4 thn anak mama nie dan klu nak dpt
adik baru memanglah sesuai yg amat sgt jarak waktu itu.
Tapi kak Nurul rasa belum bersedia lg wlpn ada niat
di hati nak tambah lg seorang  bunga hati kak Nurul 
ngan hubby. Umur dah semakin meningkat dan byk perkara
yg nak fikir nie klu nak ada bb baru,kena bersedia dr semua
aspekkan........ dah mula melalut wlpn sebenarnya entry pasal 
birthday Iyan.

Sempena birthday Iyan Kak Nurul buat kek Bluberry cheese buat dia.
Dahlah resepi yg kak Nurul dulu pernah  buat tu hilang, terpaksalah 
google cari resepi baru pilih2 yg mana rasanya mudah dibuat dan sedap.
Jadi kak Nurul ada jumpa 2 versi kek bluberry cheese
nie ada yg baked dan bon baked. Kak Nurul buat yg baked utk birthday
Iyan dan non baked tu kek utk sempena org yg nak bersunat.

"Selamat Hari Lahir yang Ke-4 buat Iyan
Semoga jadi anak yang solehah dan anak yg baik.
Semoga kesihatan yg baik sentiasa.......Amin."





Nak potong terus kek nie dah xnak tunggu esok,jadi mkn kek ajelah yea.

Semua ada kecuali family acik

Alang dukung dia sempena umurnya genap 4 thn.......

Kek Blueberry Cheese

Khamis, 13 Disember 2012

Lasagnaku.....

~ Assalamualikum ~

Lambat sikit bersiaran hari nie.Berapa minggu lps kak Nurul ada
cuba buat lasagna utk pertama kalinya.Org lain dah x terkira byknya
dah masak lasagna niekan!. Syukur alhamdulillah buat first time jadi juga.
Ok kak Nurul nak post resepinya di sini sbg rujukan kak Nurul klu
kemudian2 nak buat lg nanti. Sebenarnya kak Nurul refer juga dr blog2.


Bahan2nya

Untuk Inti
1.   1 labu bawang besar holand 
2.   6-7 ulas bawang putih
3.   1 Botol sos prego berat 14oz tu

4.   1 tin cendawan potong dadu
5.   400 gram daging cincang(kak Nurul guna daging ramly yg packet 400gm)
6.   Serbuk black paper dan oregano
7.   sos cili  2 sudu besar 
8.    garam secukup rasa

Cara2
Tumiskan bawang hingga naik bau,satu lg kak Nurul nak derhaka sikit  kak nurul masukkan sikit cili giling nak kasi pedas sikit.Slps tu masukkan daging hingga dah empuk sikit.Barulah masuk sos prego,kemudian serbuk oregano dan cendawan. Kemudian masukkan sos cili,garam dan last serbuk blackpaper.
Masak sehingga masak....pelik je ayat tu ya...p


Slps tu masak pula sos putihnya

Bahan2
1.    2 susu besar butter
2.   2 keping keju cheesedale
3.   600 ml susu full krim/fresh milk pun boleh
4.    3-4 sudu besar tepung gamdum
5.   Garam secukup rasa

cara2
Cairkan butter,masukkan tepung gandum dan kacau sebati kemudian masukkan susu cair dan kacau supaya x berketul,gunakan api kecik.Lps tu masukkan garam,dah siap.

Untuk kulit lasagna kak Nurul beli jenama san remo.Kak Nurul cuba celur 
tp rasanya masih   keras lg x lembut pun jadi kak Nurul rebuslah hingga 
ianya lembut.Pelik juga byk juga resepi yg kak Nurul jumpa ada stghnya diorg
 terus pki je kulit lasagna tu x,x keras ke? Dah masak inti,sos putih dan kulit
 lasagna  dah lembut jadi kita melapislah plk. Susun kulit lasagna 
dlm loyang kemudian  masukkan inti lps tu tuangkan dgn sos putihnya. 
Kemudian taburkan dgn cheese  mozarella dan Parmesan.Ulangi proses
 itu hingga habis. Bakar dlm oven  dlm 180 darjah celsius 
selama 30-40 minit.Pastikan panas dulu oven tu ya.
Tadaaa dah masak.....



Hubby complain rasa masin sikit tp pd tekak kak Nurul ok je kemasinannya.
Mungkin cheese dah masin ditambah lg garam dlm sos putih tu kot yg 
menybbkan rasa masin........x nak ngaku msk terlebih garam,huhuhu....


Rabu, 12 Disember 2012

12.12.12

~ Assalamualaikum ~


Tarikh yang cantik hari nie,121212

Tgk kebanyakkan blogger buat entry sempena tarikh nie

Kak Nurul pun x nak ketinggalan wlpn dah seminggu blog x berupdate,huhuhu.....

Tahniah kpd semua ibu2 yang melahirkan bb pd tarikh nie

Mungkin juga ada yg kahwin pd hari nie wlpn hari bekerja

Tahniah juga pada adik ipar kak Nurul yang selamat

melahirkan bb girl 4/12 tempohari wlpn duedate sepatutnya minggu nie

Dah dapat sepasang


Suka ya Rayyan dah ada geng....

Rabu, 5 Disember 2012

Worldless Wednesday

~ Assalamualaikum ~




*  Dah namanya anak perempuan mesti nak bersolek bagaikan.

*Ambik make-up mama pakai sendiri.....huhuhu





P/s:Kak Nurul cuti seminggu nie sbb dua hero bersunat,planning nak blk S'wak pun postponed dulu.



Khamis, 29 November 2012

Jalan2 di dataran Putrajaya

~ Assalamualaikum ~

Sempena cuti sklh nie bawalah anak2 pegi jalan2.Jalan dekat sini
je.....dataran.Walaupun duduk sini kita jarang nak lepak2 kat sini.
Sebab biasanya hujung minggu je blk kpg. Jalan2 nie bawa
Izzat sekali,thn depan pun Izzat dah sklh sini.
Syukur alhamdulillah dia dpt sama sklh ngan kakak dan abgnya.
Cuma si Izzyan je x dpt sklh yg kak Nurul apply hari tu.......
sob sob.......sedihnya.

Sebelum tu jalan2 kat Alamanda dan lepas tu baru singgah sini.
Ramaikan org lepak2 sini walaupun mlm tu kak Nurul pergi 
hari bekerja dan mlm minggu mesti ramai lg org bersantai di situkan.
Macam2 aktiviti yg diorg buat kat sini,

*berbasikal
*main keta kontrol
*main badminton
*main rollerblade
*main lastik
*picnic/makan2
*main bola
*main kejar
* jual2 mainan
*dating2....oppsss

Izzyan klu dtg sini mesti nak naik....

Opis PM

si najmi x nak plk bergambar menyorok kat blkg kak Nurul dan kakak
mentang2lah mama dan kakak gebu gebas

Masjid Putra

Najmi main lastik

kakak dan najmi lawan sapa yg lastik lebih tinggi.
P/s: Hari nie cite Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' mula ditayangkan di pawagam.....
       sapa peminat Maya Karin dan Farid kamil sini?

Selasa, 27 November 2012

Contest - Sharing Kleenex Softness with Ibu Emir

~ Assalamualaikum ~


Jom join GA dr blog http://www.emmira.blogspot.com plk.

Tarikh tutup:30 November 2012



Izzyan dan ayahnya berkongsi kelembutan tisu Kleenex 

yang  dihasilkan dari pulpa 100% asli yang membuatkan ia 

amat sesuai walaupun untuk kulit yang paling sensitif.

Kleenex® ialah jenama tisu muka dan tisu mandi paling laris di dunia.

Malware lagi....

~ Assalamualaikum ~

Baru hari nie semangat nak join contest dah kena malware plk
blog kak Nurul yg satu nie,blog khusus utk kak Nurul join2
contest.Kak Nurul nak buang link yg ada virus tu
tp xlehlah plk.Caranya kak Nurul nak unfollow blog tersebut
buat sementara waktu tp pki new interface nie x bolehlah plk.




Ada x sapa2 nak tlg,kak Nurul dah search dlm google dan cuba.
Tapi malangnya list blog yg kak Nurul follow xleh klr.



Camne nak buat nie?

Bersama Kleenex, Ini Ceritaku


~ Assalamualaikum ~

Jom join Giveaway "Bersama Kleenex,Ini Ceritaku"


Tarikh tutup: 29 November 2012



Nie Izzat ngan sepupunya Haziq nak pegi main basikal.

Tapi sblm tu x lupa juga bawa tisu kleenex sekali,

 standby nak lap2 peluh nanti.

Klu dah main basikal tu mesti nak main kat luarkan dlm 

cuacanya panas terik jadi kelembutan tisu kleenex nie 

amat2lah diperlukan Izzat dan Haziq.


Jumaat, 23 November 2012

Kan dah jatuh....

~ Assalamualaikum ~


Jangan lari2 nanti jatuh!

Kan dah jatuh,itulah x dengar cakap mama.....

Eeeee banyaknya darah dia.

JANGAN NANGISS..... SALAH SENDIRI OK!

Itulah namanya budak2 klu dah dpt kaki memang
nak seronok ajekan.

Ok,nenek tlg lapkan dgn tisu.

Lps tu ayah plk belanja mkn dlm kuali lg tu.

Si abang izzat jgn ketawakan Iyan ok.







Khamis, 22 November 2012

FIELD WORK!

~ Assalamualaikum ~

Hari nie kak Nurul nak pegi kerja luar.Sejak duduk HQ nie
memang xde kerjaluar berbanding duduk kat Sibu dulu
memang tiap2 hari nak kena field work.
Sini dlm setahun ada le 2 kali atau sekali nak kena pegi field work.
Tapi ok juga sini xde field work,klu ada memang mati kutu kak
Nurul sbb jlnnya yg byk dan tempat2 pun jauh.
Sebab kerja kak Nurul nak kena field work tu le salah satunya
malas lg nak minta pindah ke Melaka wlpn rumah sana dah siap.
Ok,jumpa lg,Insya Allah lps nie BW rumah kwn2.



Selasa, 20 November 2012

Sampai sudah

~ Assalamualaikum ~

Terlebih dahulu kak Nurul nak ucapkan ribuan terima kasih buat
Syiela dr Sg Petani Kedah sbb susah2 nak poskan FM buat 
kak Nurul. Comelnya fm sudu nie,Insya Allah klu kak Nurul
ada rezeki lebih nak tukar peti ais baru,baru kak Nurul lekatkan.
Sbb peti ais skrg rendah je,senang si Izzyan nak capai dan ambik
nanti klu lekatkan skrg. Buat sementara waktu nie kak Nurul lekatkan 
dulu kat cpu di opis kak Nurul dulu. Sebenarnya Syiela kasi fm
 nie dekat kak Nurul  sbb jadi salah seorang pengomen terbanyak 
dlm bulan okt klu x silap.Terima kasih Syiela.....betul tu semoga ikatan
 yg terjalin di alam maya nie akan berkekalan hendaknya.



Isnin, 19 November 2012

Comel kucing2 itu.

~ Assalamualaikum ~

Lamanya rasa dah x update blog. Rasanya dah byk ketinggalan 
nak ikuti cite kwn2 semua.Maaflah lama dah x jenguk kwn2.
Insya Allah di kelapangan masa akan menjenggah jugak.

Hari sabtu lps hubby tanya nak bela kucing lg x? klu nak
bolehlah ambik kucing2 yg kwn dia nak bagi.Tp sblm tu 
hubby minta dia  hantar dulu gambar kucing tu. Macam budget
 klu kucing tu comel nak ambik le tu..... mcm x ikhlas je nak
bela kucing. Tgk gambar nie kucing2 tu semuanya comelkan.
Tp iya le tgk semuanya dah besar2 je,klu boleh kita nak
kucing yg masih baby lg,lg kiutkan......
Kucing2 nie semua  parsi mix. Tgk kucing2 nie teringat ngan
si Tom yg x blk2 sampai skrg,mana ya agaknya si Tom nie pergi.
Entry si Tom x blk2 ada di sini. Apa2 pun semoga skrg nie
si Tom sihat aje hendaknya.





Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

~ Assalamualaikum ~


Dikesempatan ini kak Nurul ingin ucapkan slmt menyambut Maal Hijrah
buat semua kwn2.Semoga kedtgan Maal Hijrah thn nie akan lebih
bermakna buat kita semua dgn amalan kita akan diterima  dan 
dosa diampuni oleh-NYA.


sumber gambar:http://www.klgreetings.com

sumber:Google

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

sumber:Google

Doa Awal Tahun. Dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.




Rabu, 7 November 2012

Izzyan boleh cuba lg.

~ Assalamualaikum ~




Nak tahu x apa yg Iyan bawa dlm plastik hitam tu?

Macam sampah nak buang dlm tong besar pun adakan.

Pagi nie tgk cuaca elokkan haraplah panas hingga ke ptg.

Klu x.x keringlah tilam iyan nie.

Nielah dia apa yg dlm plastik hitam tu .........tilam

Anak dara nie tido tghari kat nurserynya telah terkencing.

Baru berapa minggu kak Nurul dah x bekalkan pampers utk dia
tido ptg.

Hari nie mungkin sebab hujan kat luar sana tu yg terkencing kot. 

Tilam tu balik kak Nurul cuci dan keringkan kat mesin basuh
dan letak bawah kipas angin plk,cepat juga ianya kering.

Pagi tadi kak Nurul jemur ltk kat luar bg betul2 kering.

Nampaknya kurang berjaya sikit nak tranning dia x pyh pki pampers lg.

Pagi tadi pun kak Nurul x bekalkan pampers,tgk ptg nie camne.
Adakah terkucil lg........


Ada suatu hari kak Nurul menyapu kat rumah kami yg belum diduduki
bukan main byknya tahi cicak.

Iyan: Mama buat apa tu?(dgn pelatnya)

Mama:Menyapu tahi cicak,bukan main byk lg nie.....

Iyan :ooooo,nape tahi cicak nie byknya mama?
cicak sakit perut ke?

Mama:Iyolah..........(sambil menahan nak gelak)


P/s: xpe Iyan mama x marah iyan kencing tilam,boleh cuba lg belajar xyah pki pampers ok!

Selasa, 6 November 2012

Baru nak shaklee

~ Assalamualaikum ~

Minggu nie minggu terakhir anak2 sekolah.
Cuti sekolah nie planning nak khatankan si Najmi ngan si Izzat.
Hari tu dah byr deposit RM10 sorang kat klinik di kpg.
Macam mana agaknya nak jaga anak2 yg berkhatan nie ya.
My first experience nie,huhuhu......

Ok minggu nie jgk kak Nurul start mkn supplements shaklee.
Sbb member opis dia dealer jadi kak Nurul cuba juga.
Klu beli luar online tu memang rasa malas sikit,nie dah ada
dekat oklah tu.Kak Nurul ambik vitamin B Complex,C
dan alfafa.Alfafa diorg ckp sesuai utk kak Nurul nie yg 
selalu hidung tersumbat,ok kita cuba dulu.
Mkn shaklee nie nak kena minum byk air juga.Hari minggu
tu kak Nurul x byk minum air kena sembelit,huhuhu....
Semoga kesihatan lebih baik lps nie.



Tahu x ubat apa nie,si kakak tumpahkan ubat minda examo dlm keta,dia x beritahu
kak Nurul pun  2 hari lps tu baru kak Nurul perasaan kat bawah seat ada
sikit2 lps tu angkat kat bwh carpet lg ada byk, boleh mkn utk berapa minggu yg tertumpah tu,alahai kakak2....sayangnya 

Isnin, 5 November 2012

Terima kasih sajalah Puan Zannierah.....



~ Assalamualaikum ~

Selalu benar dpt email yg camni,macam2 nama digunakan.

Memang xde kerja lain,hanya menipu sahaja.

Klu benar2 nak menghulurkan sumbangan tu dermalah
 cara yg betul dan pada orang yang memerlukannya.













Assalammuailaikum, 


Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Zannierah Binti Moksin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata. 








Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £1,000.000.00 (satu Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana. 









Salam, 
Puan Zannierah Binti Moksin. 
Reply to: mrs.zannierah@hotmail.com

Sabtu, 3 November 2012

boring menunggu......

assalamualaikum:


selamat berhari minggu buat kwn2 semua
camne hari minggu nie, apa aktiviti?
kak nurul blk kpg lg

pagi nie temankan hubby pegi services keta kat proton
boring x tahu nak buat apa
jom kita tgk  video nie
ada juga ya org camni,dah langgar nak langgar lg
memanglah geram sb si mamat tu  nak seberang jln 
main redah je,....

Khamis, 1 November 2012

Tahniah pd yg menang....

 ~ Assalamualaikum ~

Klu dah tertulis bukan rezeki kita x payahlah
kita kecewa sgt,tp sebaliknya syukur alhamdulillah
apa yg dah ada skrg,di samping itu kita digalakkan
lg berusaha lebih dr itu.Apa yg kak Nurul tulis nie
sekadar peringatan buat kak Nurul sendiri je.

Hari tu ada join contest sunsweet
"The cool kids contest" yg syaratnya mesti 
bergambar dgn apa2 item sunsweet.
Hari nie keputusannya di FB sunsweet.
Tahniah buat pemenang semua.
Kak Nurul pun nak join sbb nak cari 
pengalaman dlm contest2 yg simple nie.





Kak Nurul htr gambar Izzyan sbg modelnya.



p/s:hari nie badan rasa lenguh2,kepala sakit,hidung dan mata berair tu tandanya nak demam,dah telan ubat kul 10 tadi tp still camtu juga.........

Selasa, 30 Oktober 2012

Kamera AES

~ Assalamualaikum ~

Raya haji dah pun berlalu,semoga semua umat Islam yg mengerjakan
haji di Tanah Suci sudah pun mendapat haji yg mabrur.
Kwn2 pula dah berkorban ke?berapa ekor korban thn nie
di kwsn kwn2 semua dan dpt x daging korban? hehehe.....

Ok dah habis cite raya haji tu nie plk setiap pagi kak Nurul klu
 pegi kerja dan htr anak2 ke sklh
mesti melalui kamera AES,apa kamera AES tu ya kwn2.
Mesti dah tahu semuakan sbb byk diperkatakan di dlm media2 massa.
Sistem Penguatkuasaan  Automatik atau englishnya Automated 
Enforcement System  (AES) mula dikuatkuasakan  pd 23 September
 2012. Klu lalu je  kat kamera AES tu mesti di bawah 70 km/j klu ikut 
signboard di tepi jln tu. Lepas dah lalu kamera AES tu kak Nurul tgk 
berdesub lg kebanyakkan keta.

Jom tgk video nie lebih kurang sama je cam kamera AES,tp kamera
nie boleh berjln,mula2 tgk ketawa juga,ada juga org yg camnie yea.
Dia nie namanya Remi Gaillard dr.Perancis.


Rabu, 24 Oktober 2012

Sedapnya bluberry cheese tart

~ Assalamualaikum ~

Sebelum cite pasal chesse tart nie,kak Nurul mohon maaf
sbb xleh lg nak gi melawat rumah kwn2.
Hari isnin tu bukan main lg monday blues kak Nurul nie yea.
Smlm dan hari nie  dah mula bz plk,sbb tu x dpt
lg nak gi jenguk rumah kwn2 semua.

Dua hari lepas hubby ada beli cheese tart nie kat member opisnya.
RM45 satu bekas,berapa biji dlm tu x tahu,sbb tanya ngan
hubby dia order je x tahu berapa biji semuanya dlm tu.
Hubby order satu bekas lg buat adik ipar di kpg
yg tgh mengidam tart nie.

Balik kerja ptg smlm sambung lg mkn tart nie dgn anak2.
Pagi tu si Izzyan siap bawa bekal tart nie  ke taskanya.
Kak Nurul bekalkan 6 biji buat dia.Ptg ambik dia kat
taska teachernya ceritalah habis tart tu dia mkn semua.....sedaplah tu.
Siap teacher tanya siapa buat,jadi si Izzyan jwblah mamanya
yg buat, pandai ko iyan yea jual nama mama yg x pandai buat
apa2 tart nie....malu mama tau ngan teacher tu.Pagi tadi 
siap dia sendiri cari bekas dlm kabinet nak bekal lg kek nie
(si Iyan sebut tart nie kek). Naik jenuh juga kak Nurul
nak memujuk dia ckp yg kek tu dah habis,siap tunjukkan
dia bekas yg kosong lg,nasib baik dia x tgk tart yg satu
bekas lg dlm peti ais tu,tu org mengandung punya x boleh
nak ambik nanti meleleh air liur sepupu iyan yg sorang nie.
Dahlah pagi kita nak cepat klr dr rumah,last2 nasib baik
le ada satu bungkus jelly yg x buka lg boleh pujuk
dia,huhuhu...........sedap sgt ke cheese tart tu?
Insya Allah klu mama rajin nak belajar juga buat tp
x tahu bila..........kwang3x.



dscn2586
Imej dr google.


P/S:Terima kasih pd semua yg mendoakan semoga Iyan dpt tadika dekat dgn 
opis kak Nurul nie,Insya Allah dgn berkat doa kalian dimakbulkan Allah SWT.



Isnin, 22 Oktober 2012

Monday Blues.........

~ Assalamualaikum ~

Selamat hari isnin kwn2 semua.....

Camne dgn weekend lepas?

Semangat x kerja hari nie?
Hari permulaan utk minggu nie.

Mungkin ada yg monday blues hari nie?
Macam kak Nurul  nie,huhuhu.....

Rasa nak rehat2 duduk kat rumah tanpa fikir2 apa.....
Boleh ke macam tu?




Jumaat, 19 Oktober 2012

Semoga dapat

~ Assalamualaikum ~

Salam jumaat  buat semua kwn2.

Pagi tadi kak Nurul dah htr satu permohonan untuk sklh tadika
Izzyan.Apply kat taska dpn opis kak Nurul je dulu.
Borangnya baru klr hari selasa  tu dan hari nie last day 
hantar dia punya application. Borang yg kak Nurul ambik tu
pun dah bil. yg ke163 borang.Kak Nurul suka taska nie
sbb ramai kwn kak Nurul yg htr anak kat situ ckp bagus
dr segi akademiknya.Antara syarat nak htr anak situ
mesti x pki pampers lg,huhuhu.....syukur alhamdulillah Izzyan
skrg dah x pki pampers tp yg satu kak Nurul risau sbb dia
waktu tido pki lg,klu di taska tghari diorg nie mesti tidokan.
Jadi start weekend nie nak latih dia tido x yah pkai pampers.
Selain tu  lg yg kak Nurul risau jgk dia nie ckp masih lg pelat
yg teramat sgt,takut plk nanti cikgu2 sana x faham apa
yg dia ckp.nie dah berangan je dpt htr taska tu.
Doakan ya kwn2 kak semoga Izzyan dpt sklh situ.
Sbb dekat dgn opis,yuran bulanannya pun rendah berbanding
dgn taska yg kak Nurul dah survey sblm nie.




Borang yg telah siap diisi.

Mesti ada gambar 4 keping.Nie gambar hubby ambik sendiri
pagi smlm sblm kitaorg pegi taskanya.Bila kak Nurul tgk gambar
nie kak Nurul gelak sbb besarnya kelapa iyan,.....
Ayah x pandai lg ambik gambar nie.
Ibu2 bapa2 inilah jadi bila anak2 mkn x cuci tgn.

Rabu, 17 Oktober 2012

Wordless Wednesday





~ Assalamualaikum ~



Buku yg kak Nurul start baca dr. thn lepas x habis2.........huhuhu.

Simple Segmen : Saya Nak Blogwalking



miss Z berceloteh


Nak join sila klik banner di atas
Tarikh tutup:19 Okt.2012

Jom join ramai2


Jumaat, 12 Oktober 2012

Cara tertibkan anak berkunjung rumah tetamu

~ Assalamualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua.
Sekejap je dah nak hujung minggu  balikkan. Lately nie kak Nurul
macam xde idea nak tulis di blog,tu yg dlm minggu nie cuma ada
2 je entry kak Nurul,idea kering dan kontang,huhuhu......
Sebab tu berblog hanya untuk mengisi masa lapang je dan 
klu masa bz tu xdelah nak paksa2 sgt diri utk update blog dan bw.

 Meh sini kak Nurul nak berkongsi tips2 camne nak handle anak2
klu kita bawa ke rumah kawan2 atau sedara.Bukanlah anak kak Nurul
nie klu ke rumah kwn2 dan sedara duduk diam dan baik je xdelah,tp selalunya
sebaliknya sbb tuelah kak Nurul nak berkongsi tips tu bersama.
Biasalah budak2kan,nak kena kita ingatkan selalu.Macam tu lah anak2
 kak Nurul esp.si Najmi klu kitaorg pegi rumah
sedara atau kawan2 memang Kak Nurul dah warning awal2 lg dlm
keta, kadang2 sekejap je ingat apa yg kita dah warning tue........bila tuan 
rumah x nampak startlah kita nie  jeling2 maut kat diaorg.Kadang tu macam 
kita nie x ajar plk si anak2kan,wlpn disebaliknya.



sila klik utk pembesaran imej.

Sumber: LayarMinda

P/s:Jom main teka teki,teka teki kat radio IKIM smlm.
    Buah apa yg jatuhnya ke atas? xde hadiah buat yg mjwb dgn betul
    sekadar suka2 shj,huhuhu.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...