! My Lovely Family Blog !: Julai 2011



Ahad, 31 Julai 2011

3
Komen

Si Tom n Kitty.....

By Nazayiena Ayiena | Ahad, 31 Julai 2011@9:59 PTG | Filed under
hai................................
Nie le Si Tom n Kitty skrg......
dah bertambah montel.......

Si Tom sedang merenung kura2.....
si kitty............




0
Komen

Selamat berpuasa.....

By Nazayiena Ayiena | @9:51 PTG | Filed under
Assalamualaikum

Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak kepada semua keluarga,saudara mara
dan kawan2.Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan sama2 kita menambahkan
dan meningkatkan amal ibadat dan mendekati diri pd Allah SWT...............amin

Jumaat, 29 Julai 2011

0
Komen

Perfume Miracle,Lancome

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 29 Julai 2011@4:50 PTG | Filed under
sapa pakai minyak wangi nie?
saja2 je upload pic nie..........
aku mana mampu nak pkai minyak wangi mahal nie.......
lebih baik aku pki budget 2 utk beli pampers dan
susu anakku............
acceli nie minyak wangi hubby aku beli Langkawi
tempohari.......adik ipar aku kirimkan.........





0
Komen

Tahun nie langsung x merasa..........

By Nazayiena Ayiena | @4:21 PTG | Filed under
Assalamualaikum.........

Petang nie baru ada kesempatan nak update stlh pagi nie asyik nak join GA je.....
Nie kisah balik kpg minggu lps nie....(tgk aku nie memang cite selalu ketinggalan)...
Tp xpe klu ada kesempatan aku akan selalu dan cepat update blog aku....
Minggu lps dah 3 minggu x blk kpg,ingatkan blk kali nie dptlah nak merasa buah
durian yg pokok sbtg depan rumah mak mentua aku 2....sampai rumah dah masukkan
segala beg dan brg2 jadi aku roundlah bwh pokok tu(masa blk xde org kat rumah sbb
mak mentua aku bawa Izzat pg pertandingan mewarna kat taman berdekatan)
dah rezeki aku jumpalah 2 biji buah yg comel nie......dpt juga merasa sikit.....

Mlm 2 mak mentua aku citelah si Izzat ckp ngan alangnya kenapa tgk atas pokok
durian byk buahnya tp xde jatuh pun kat tanah......jadi alangnya jawablah tikus
kepala hitam dah ambik...........tu yg adik iparku ckp nak tebang je pokok tu coz
diorg sebijik pun x merasa thn nie buah durian dr pokok tu......
Tu le namanya bukan rezeki kita walaupun dah ada di depan mata pun klu bukan
kita punya rezeki memang x akan dpt..........Sebab Allah Swt yg mengatur itu semua
dan kita hanya mampu berusaha dan mungkin ada hikmah di sebaliknya semua itu.....
rezekiku ....nie le 2 biji comel....

anak panah menunjukkan pokok durian 2 ....

maaf ye tuan puan....nie buah durian adik iparku beli
ngan kwnnya utk gantikan buah yg atas pokok tu yg dah ghaib....






Rabu, 27 Julai 2011

3
Komen

Wordless Wednesday

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 27 Julai 2011@9:43 PG | Filed under
" Langkawi "




Selasa, 26 Julai 2011

2
Komen

Pengorbanan Isteri..........

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 26 Julai 2011@2:49 PTG | Filed under
Assalamualaikum.........

Petang nie sekadar berkongsi sebuah kisah atau cerita semata2 utk tatapan
kawan2......cerita nie aku dpt email dr boss aku dan aku rasa dah pernahlah
baca cite nie tp x ingat mana sblm nie..............
sedih weii....berapa kali air mata nie jatuh tp aku tahan dan stop dulu baca
dan buat kerja lain........

"Bagi isteri2 yg sensetif awal2 sediakan tisu......hehehe"

Sebuah kisah tatapan utk semua...

Yang baik jadikan pengajaran...wahai suami reda lah dengan apa yang ada pada isterimu.......... Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi.

"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.

"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu.

Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.

Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.

Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.

***************************

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, hai semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

***************************

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.

Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

***************************

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan" jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.

***************************

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.

Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anakdicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.

Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.

Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

***************************

"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

***************************

"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.

Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.

Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

***************************

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

***************************

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.

Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

***************************

Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

***************************

"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.

Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.

Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.

Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

***************************

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.

Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

***************************

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi.

Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

***************************

Abang yang Nura rindui,

Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang.

Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang... ...

Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah



Camne dah baca sedihkan...huhuhu



Isnin, 25 Julai 2011

6
Komen

Mak maafkan Ina.....

By Nazayiena Ayiena | Isnin, 25 Julai 2011@4:47 PTG | Filed under
Assalamualaikum.............

Baca tajuk cam bunyi cerpen jekan.....kawan2 semua mesti respect aku x pandai
menulis cerpenkan.....memang betul pun bacalah kebykkan n3 aku semuanya
pdk2......memang ketandusan idea betul........
citenya camni....kisah ari minggu smlm....minggu nie aku blk kpg,dah blk kpg
2 doklah rumah mak mentua........ smlm biasanya hubby aku sempat beli lauk
awal pagi dan mak mentua aku sempatlah masak sblm dia gi kenduri kahwin
kul 12 tghri....tp hr 2 dah lambat jadi dia ckplah x sempat nak masak dan nak
masak blk dr kenduri kahwin nanti............jadi hubbyku ckplah xpe nanti Ina(
nama panggilanku di rumah) yg masak.......aku dgr diam jelah.....nak masak apa ye....
(bukan senang nak masak utk mak mentua dan ipar duai.....klu masak
utk suami dan anak2 2 dah biasalah.....aku klu blk kpg bukannya ada masak
semuannya mak mentua masak......jadi mak mentua aku suruhlah anaknya
beli ikan tenggiri dan nanti ina masak asam pedas ........) dlm hatiku sengaja
ke org tua nie nak test asam pedas yg aku masak..........maklumlah org Melaka
kan terkenal dgn masak asam pedasnya...........selama nie mana ada mak
mentuaku rasa masak asam pedas yg aku masak..........jadi aku tanyalah
dia nak masak asam pedas ikan tenggiri tu masuk rempah kari x? dia cakaplah
masukkan rempah kurma..........ok, cubalah nanti kata dlm hatiku...blk hubby dr
pasar xde ikan tinggiri dia beli ayam,udang,sotong dan ikan merah..............
dlm hati nie berkata selamat x masak asam pedas ikan tenggiri.........
hehehehe jadi aku masaklah apa yg aku fikir boleh masak dgn confidentnya............

Malas nak cite pjg,ayam aku masak merah je......ikan merah aku masak sup
(khas utk si kakak yg sakit mulut lg....ulcer) sotong aku goreng tepung je......
Klu aku goreng sotong biasanya aku goreng pki tepung jagung atau kanji.....
jadi aku selongkarlah kabinet dapur mak mentua cari tepung jagung.....xde
jumpa yg ada hanya tepung patato(tulis kat penutup botol) jadi aku pki jelah
tepung 2.....baru sikit aku ltk, sotong dah jadi merah......x blh jadi nie, kenapa
sotongku kaler merah,nanti takut lak org nak mkm....jadi last2 aku pkilah tepung gandum...........ok juge rasanya...........

Part nak masak sup plk......ikan merah tu hubby x suruh org jual ikan tu
ptong sekali ikan,hanya buang sisik je.....jadi aku ptglah sendiri...........cari2
pisau besar ada jumpa......tp ptg kena ketuk pisau tu guna anak lesung
batu atas pisau 2......sbb takut tetak berulang2 kali kang hancur plk ikan tu........
dah dua kali ptg.......tup2 alamak.....patah mak mentua aku punya anak lesung
batu..........camne nie.......ahhh lantaklah,blh pki lg bhgn yg pjg sblhnya 2.......
dlm hati camne nak beritahu dgn mak mentuaku nanti....dahlah aku nie berat
mulut sikit........ tu le cite aku........"minta maaflah mak,maafkan Ina.....baru je
suruh sekali masak dah hbs pecah brg2"........klu selalu disuruh masak di rumah
mak mentua ntah apa lg barang yg lain musnah........hehehehe

Last2 masak juga apa menu yg aku nak masak............dah mlm baru aku
beritahu mak mentua aku telah patahkan anak lesung batunya..........
apa dia ckap................xpe,benda memang dah lama nak patah tunggu
masanye je..............(baik x mak mentua aku.........) x tahu dlm hati.........
tp ku fikir mak mentua org yg menyimpan dlm hati..............

Itu jelah sempat aku tulis ptg nie...........kawan2 di luar sana mesti ada
pengalaman masak-memasak dgn mak mentua niekan........
Aku bersyukur sbb mak mentuaku bukan org yg cerewet dan juga
bukan org yg suka berleter...................


tgklah anak lesung patah 2 aku kerjakan....



ayam masak merah....
sotong goreng jadi merah coz pki tepung patato....

tambahan menu....



Jumaat, 22 Julai 2011

2
Komen

Jambu Batu oh Jambu batu.....

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 22 Julai 2011@4:28 PTG | Filed under
Assalamualaikum.....

Hari nie awal2 pagi aku dah potong buah jambu batu,....
bukannya apa malam tadi lps mkm aku cadang nak mkn
jambu batu dgn asam boi.....tp x sempat nak kupas
dan mkm sbb si Izzyan dah nangis nak ajak tido kat
bilik atas....aku suruh baring sambil minum susu kat
dpn tv x nak....jadi aku turutlah kehendaknnya itu
utk tidokannya........tahu sama tahu sajalah klu tidokan
anak mesti aku terus tetido sekali spi pg......
Esok bangun tgk buah jambu batu 2 masih atas sinki
lg xde org yg nak mkm....jadi aku kupaslah mkm sikit
sblm pegi keje........
Dulu waktu kecik2 kat kpg klu mkn jambu batu nie
aku mkn bijinya aje sbb fikir tu isinya dan kulit buang....
dulu kat kpg aku jarang tanam jambu batu yg buahnya
besar dan bijinya putih macam nie......yg tanam byk bijinya
yg kaler merah tu.....
tu jelah cite pasal jambu batu nie.....acceli hr nie sibuk
kat opis,ingatkan hr nie nak upload gambar family
day opis aku bln 6 tempohari..... keje plk dah
dtg.....hehehe...


teringat kecik dulu klu mkn jambu batu nie mkn
bijinya je......




Rabu, 20 Julai 2011

3
Komen

Wordless Wednesday

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 20 Julai 2011@8:49 PG | Filed under

sapa nie di sblk mask???



Selasa, 19 Julai 2011

2
Komen

Menu org demam

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 19 Julai 2011@10:10 PTG | Filed under
As salam.........

Ptg smlm ambik kakak dr sklh dia dah
monyok,demam jugak.........aku kasi je
paracetemol dan ok smlm,hr nie demam lg,
aku mls nak bawa gi klinik sbb baru smlm
dah dekat stgh hr kat sana...........
blk ptg tadi aku masaklah makanan org
org kurang sihat.........dah 5 hr berturut2 aku masak
bubur utk Izzyan nie Izzyan dah ok sambung
lak si kakak.Di samping tu mlm nie aku
masak sup ayam jugak dan telur goreng
dadar request org yg sihat(Najmi)........
Mlm nie satu aku lupa aku kasi kakak
sebiji je ubat paracetemol tu,tu yg kul 10
lbh demamnya x kebah lg,rasanya
sepatutnya dah blh kasi 2 biji utk dia
klu dibandingkan dgn berat bdnnya skrg
69 kg........tgklah nanti kul 1 pg nanti kaci 2
biji plk.........Tadi si kakak dah ckp sok
x leh nak sklh,jadi aku serba salah nak ambik
el lagi ke.....aku ckp kakak tinggal rumah
sorang nanti tghri mama blk tgk,dia
kata ok,jadi lega sikit rasanya........x kejam
sgtkah aku nie membiarkan anak demam tinggal
rumah sorang2?InsyaAllah blk keje ptg sok
bawa gi klinik atau minta time off ptg bawa dia
gi klinik.....


Sup ayam....

bubur nasi..........


telur dadar kosong,klu msk bwg,cili daun sup

bukan si Najmi 2 mkn dia pilih telur je..........





0
Komen

Besday Izzat 5 Thn.......

By Nazayiena Ayiena | @4:49 PTG | Filed under
Assalamualaikum.............
Baru skrg ada kesempatan nak update
besday Izzat yg dah lps.........
Minggu besday Izzat yg aku ckp dgn dia
x blk hr 2,sebenarnya kitaorg sempat blk
kpg jadi kita org celebratelah besday izzat
yg 30 Jun 2 pd 2 July lps...........
layanlah gambarnya........

Add Image
dr Putrajaya kul 5 lbh spi Melaka terus ke Tesco pg kedai kek
king oder kek coklat utk Izzat........
acara memotong kek

beli ayam goreng kfc sekali.....

call adik ipar suruh belikan satey sekali.........

juga meehon goreng basah..........

keesokkan harinya pegi MP....si Izzat nak heli lak plk sbg present........

dah beli utk si Izzat,abgnya plk nak jadi belilah utk dua2 dan utk
si Najmi ini adalah advance present utk besdaynya bln 9 nanti.
Hubby aku kopaklah RM150.......(klu aku mls nak beli mainan kat
diorg nie bukannya apa main sekejap je dah boring campak mana
bukannya pandai nak simpan)






7
Komen

Izzyan demam lagi...........

By Nazayiena Ayiena | @3:53 PTG | Filed under
Assalamualaikum..................

Semalam aku full housewife,ambik el coz nak
jaga Izzyan demam.Klu ikut hr khamis lps dah
dia demam tp on- off2 je.... hr jumaat 2 baru
aku perasan mulutnya penuh ulser patutlah
ptg khamis 2 aku kasi air dia menangis sambil
tunjukkan mulutnya memang ada darah ingatkan
dia tergigit lidah jadi aku xlah ambil berat sgt.
Hr jumaat ambik dia dr nursery kaci mkn x nak
patutlah byk ulser kat dlm mulutnya...
Aku ltklah bonjella 2 pun susah nak ltk dia
tutup mulutnya dgn kuat............

Hr ahad htr hubby kat erl dia gi Langkawi.....
Hr isnin lps htr Izzati dan najmi baru aku bawa
Izzyan gi klinik dia ambik darah sekali coz dah
lbh 3 hr demam takut denggi,alhamdulillah result
darah xde denggi cuma panas dlm badannya je
2 yg ulser. Hbs cek semua kat klinik hampir kul 10.30
jadi dah keroncongnya perut ini jadi aku
tapaulah nasi kerabu dan nasi ayam utk
izzyan.Lps beli si Izzyan tgk taman dan swimming
pool plk jadi dia ajaklah main dulu jadi aku layanlah
kejap..........

tgn berplaster lps ambik darah.....x nangis pun

tgklah xde org main kat taman masa nie kul 11 lbh...
kecuali izzyan sorang je............

swimming pool pun tgh org cuci....
nasi kerabu.....rasanya ada kureng sikit...

Utk minum ptg aku buat sandwich bakar(merangkap mkn mlm
sbb semua dah kenyang xnak mkn mlm lg di samping itu
aku buat coz nak hbs stok roti aku 2......hehehe)


Jumaat, 15 Julai 2011

6
Komen

Pesta bunga lagi

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 15 Julai 2011@3:26 PTG | Filed under
Hari nie saja je n3 foto yg gi pesta bunga kat Putrajaya
2 hari lps.....dgn adanya watermark baru yg SyamilaMohd
designkan......Tq Sya....








Khamis, 14 Julai 2011

2
Komen

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011

By Nazayiena Ayiena | Khamis, 14 Julai 2011@4:33 PTG | Filed under
Assalamualaikum............

Semua tahukan minggu nie berlangsungnya pesta
bunga kat Putrajaya di Presint 2 sehingga 17 July nie.
Aku pun x nak ketinggalan nak pegi yelah dah dok
kat Putrajaya nie kan....blk keja smlm kita pegi sana.
Dr pg dah aku ckp ngan hubby nak pegi pas keja dan
sblm pegi keje 2 aku makesure si Izzyan ada pki
sandle cos selalu aku dukung je dia htr kat nursery
dan kadang2 x pki sandle,sbb nak gi pesta bunga 2
nanti.Blk ambik kat nursery sandle dia plk xde ntah
sapalah budak salah ambik(ptg nie tgk ada ke x)
Aku ckplah ngan akak nursery 2 kita nie gi pesta
bunga dan sandle lain yg kat keta plk sblh xde....
jadi akak 2 kaci pjmlah kasut sapa ntah dgn besarnya...
nak x nak pki jelah wlpn aku sumbat dgn tisu dlmnya
bagi ketat sikit tp bila jln je t'bukak last2 aku dukung
jelah bila jln2 kat taman bunga 2,lenguh tgn oii.....
tgk kasut 2 kaler biru match plk dgn baju yg dia
pki ptg 2......huhuhuhu macam2...tp ptg 2 kita x
hbs jln2 semua taman situ sbb dah nak maghrib.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink